Friday, October 21, 2011

Gila tak sudah Nurul Izzah



Dengan herot-benyot mulutnya Nurul izzah berkata, "Saya bimbang, tak tahu kerajaan nak dapatkan dari mana sumbernya untuk perbelanjaannya.Potongan perbelanjaan pun tidak disebut, kemudian mahu ditambah pula elaun untuk ahli parlimen.


Kita nak perkasakan parlimen tetapi tidak semestinya dengan naikkan gaji ahli parlimen bila masa rakyat terbanyak sedang susah."

Hehe....cakap orang dah terlebih kaya....yang aku tau, orang gila je yang tak mau duit. Memang ko gila sepera macam mak bapak ko jugak...

Mulut Nurul Izzah, muka tak sudah ni elok dilumur cabai jer.. Apa saja kerajaan buat, semuanya tak betul. Padahal, rakyat cukup teruja dengan bajet yang dibentangkan dek PM.

Memang le kau tak tau dari mana kerajaan dapat duit nak tolong rakyat, sebab korang anak beranak sendiri pun tak pernah nak fikir bagaimana nak tolong rakyat. Korang mana pernah ambik tau kesusahan rakyat. Yang korang tau, sebar fitnah, peh tu cuci kaki, belaaah......

Bajet merapu yang korang fuckatan bentangkan ari tu nak cekau duit dari mana? Bapak ko dapat ilham bajet tu masa menoron amoi ker? Sikit punya mewah ke bajet yang korang janjikan tu. Kerajaan bunian pun tak terbuatkan macam tu. Atok kau ke yang sponsor? Piiirah la Nurul Izzah...dengar cerita ko tak berani dah bertanding kat Lembah Pantai ya...sedar pun diri kau tu dah nak lingkup....

Sunday, October 9, 2011

Sejarah Kg Baru bakal buka lembaran baru

Selepas Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu ditarik balik awal minggu lepas, pembangkang bersorak gembira. Dikatakan kemenangan berpihak kepada mereka, mengatakan Raja Nong Chik sudah tunduk menyerah kalah. Tetapi sangkaan mereka meleset.

Raja Nong Chik pandai mengatur rancangan, memikirkan apa yang terbaik untuk semua pihak. Maka beliau kembali dengan rang undang-undang yang baru. Seperti mana biasa, mulut-mulut yang tidak reti memikirkan kebaikan dan kepentingan penduduk Kampung Bharu mula memainkan iramanya. Kalau mata sudah dikaburi dengan kepentingan sendiri dan politik, maka sudah tentu rang undang-undang yang baru ini pun dikatakn bakal membawa musibah kepada penduduk Kampung Bharu. Bahkan sesetengah dari mereka yang menentang rang undang-undang tersebut tidak pernah merasai keperitan akibat kemunduran di Kampung Bharu.

Berikut adalah petikan dialog semasa pembentangan rang undang-undang tersebut.

[petikan]

Tuan Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff [Balik Pulau]:
Yang Berhormat, saya sebenarnya di sini ialah kita dalam membangunkan masyarakat, pendekatan yang diajar ialah muafakat.

Muafakat maksudnya berunding dulu, itu yang diajar dalam kebudayaan. Cuma di sini ada satu semangat yang ditunjukkan oleh rakan saya Yang Berhormat Kinabatangan tadi yang menggunakan perkataan transparency, tidak sempat hendak jawab saya tadi, saya harap Menteri jawab. Yang Berhormat Menteri, saya hendak cadangkan kalau Yang Berhormat Menteri boleh setuju, referendum. Apabila menteri menggunakan perkataan referendum itu, saya mohon Menteri kalau boleh sebab di sini kita memerlukan fakta. Mungkin Menteri boleh menunjukkan kepada kita berapa ramai, siapa duduk?

Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin:
Fasal referendum Yang Berhormat, elok saya hendak tegaskan di sini mungkin ada salah faham daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan dengan soal hak ataupun kuasa Perbadanan Kampung Baru ini. Kalau kita tengok tidak ada kuasa untuk memiliki mana-mana tanah daripada Kampung Baru. Itu adalah kuasa kalau ada pun daripada hak kerajaan di bawah land acquisition, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Bermakna perbadanan tidak akan sekali-kali menjadi badan yang akan seperti banyak Yang Berhormat menuduh, menjadi badan yang akan ambil alih tanah orang Melayu, tidak. Kita akan menjadi pemudah cara, perunding dengan orang-orang Melayu di Kampung Baru. Kalau mereka tidak setuju, kita tidak akan bangunkan, kalau ada orang Melayu yang setuju, umpamanya ada sekarang satu syarikat Melayu bernama Zikay, mereka boleh bangunkan kawasan mereka, kita dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kita facilitate mereka, memberi mereka insentif dengan CCC 10, dengan facilitation grant.

Jadi dengan izin supaya lepas itu memberi insentif dari segi premium atau development
charge supaya mereka dapat bangunkan kawasan. Kita tidak sekali-kali berniat untuk mengambil alih tanah sesiapa pun tetapi Yang Berhormat perlu fikir ada banyak mereka yang ada tanah sikit-sikit ini, 5,000 kaki persegi, 10,000 kaki persegi yang mungkin ada sepuluh pemilik. Ada satu yang ada 143 pemilik, keluarga mereka. Jadi bagaimana mereka hendak bangun sendiri Yang Berhormat, bagaimana? Hanya perbadanan yang boleh menjadi pemudah cara, perunding dengan GLC-GLC yang dimiliki oleh bumiputera, faham tidak?

Bermakna pihak kerajaan telah luluskan empat GLC, kita dah kenal empat GLC yang
semua berkepentingan bumiputera seperti PNB, Tabung Haji, Pelaburan Hartanah dan satu lagi Permodalan Putrajaya Holdings. Ini bermakna kita tidak memberi ruang kepada syarikat-syarikat swasta ambil alih tanah orang Melayu di Kampung Baru kecuali dengan persetujuan mereka dan ini melibatkan GLC sahaja kecuali di Kampung Baru ada orang Melayu sendiri yang memiliki tanah mereka boleh bangun sendiri. Yang ini kita bantu, seberapa boleh kita bantu.

Mengenai dialog penuh, boleh lawati blog Aboudiabydoo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...