Tuesday, February 28, 2012

Ikhlas aku cakap, Anwar patut contohi Badrulamin

Jangan salah sangka lak bila aku kata Anwar patut contohi Badrulamin tu mksdnya pegi berkhalwat dengan chinadoll plak lepas ni. Badrulamin kata dia sanggup berundur wpun dia yakin dia tak bersalah dalam kes tangkap khalwat dia baru baru ni.



Tapi Anwar Ibrahim teruskan jugak 'perjuangan' dia, kerana dia yakin tiada siapa yang boleh mengubah negara ni ke arah sebuah negara ideal bagi dia. Memang la tapi tak payah tarik orang lain, tak payah memecah belahkan rakyat Malaysia.

Dah banyak pemimpin lain yang bila ditimpa skandal, sama ada angkara sendiri atau fitnah, mereka berundur seketika, kerana tidak mahu membabitkan parti yang diwakili. Tapi Anwar mungkin nak namanya tercatat dalam buku sejarah, sampaikan dia tak mahu turun dari tangga kuasa PKR. haha

Aku bukan apa, cuma geram tengok perangai pengikut Anwar. Aku ada ramai kawan yang menyokong parti pembangkang tapi majoriti mengatakan tidak mahu mengundi disebabkan oleh Anwar. Tak ke rugi namanya tu?

Friday, February 17, 2012

Nurul Izzah takut duit dia dalam KWSP/EPF hilang

Dengar kata Nurul Izzah, ahli parlimen Lembah Pantai, yg byk mulut tp tak buat kerja tu, melatah takut duit dia dalam kwsp lesap, dek sbb Raja Nong Chik nak tolong penyewa perumahan awam dbkl. Biar benar Nurul Izzah ni. Bukan ke dia yang lelong nama sendiri kata nak tolong rakyat, kata rakyat lagi penting dari diri sendiri, yang jaja nama demi keadilan rakyat. eh ye ke? bukan ke keadilan papa dia ke?



Apa Nurul Izzah cakap sebenarnya?

Dia kata, EPF disalahgunakan jadi sumber dana untuk skim yang Raja Nong Chik perkenalkan. Aku nak tergelak pon ada. Yang EPF pegi letak 5.5% keuntungan kepada peruntukan yang disediakan kepada skim tu ape kebenda nya? Nanti keuntungan tu masuk akaun dia jugak (dividen).

Nurul Izzah cakap lagi, dia kata kenapa letak 6.5% keuntungan dikenakan kepada pembeli. haha. lawak ni kalau masuk maharaja lawak, confirm dapat jadi juara. Kalau kwsp/epf letak keuntungan 5.5% kepada dbkl(atau kementerian), jadi Nurul Izzah suruh dbkl/kementerian letak 2% keuntungan kepada pembeli dan byr guna duit sendiri 3.5% tu kepada KWSP/EPF. Memang kaya benar dbkl di mata Nurul Izzah. Atau dia ingat beli rumah ni macam beli goreng pisang gamaknya.

 Memanglah kiraan 6.5% keuntungan tu akan menyebabkan harga rumah tu lebih tinggi dari harga asal. Dah tu dbkl nk banyar 5.5% tu dengan apa?

Aku yang tak suka ekonomi dan seangkatan dengannya pun paham yang dbkl/kementerian bukan nak cari untung di sini. Takkan la Nurul Izzah yang wakil rakyat, belajar luar negara, anak konon-bakal perdana menteri plak tu, tak faham konsep tu?

Aku rasa la kan, kalau Nurul Izzah memerintah negara, bankrupt la jawabnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...