Saturday, May 19, 2012

Fitnah tak kenal ayah anak, Raja Nong Chik jadi mangsa


Tak cukup dengan serangan ke atas Raja Nong Chik, kini anak beliau pun turut jadi mangsa fitnah mengenai syarikat Istijuara Sdn Bhd.

Baca petikan blogpost dari http://apakecoh2.blogspot.com (klik pada imej untuk view penuh imej)

Apa kecoh-kecoh ni Nurul & RPK? 
Sebelum ni aku dah bagi tau, Nurul dah terdesak kerana populariti Dato Raja Nong Chik semakin meningkat di Lembah Pantai sedangkan imej Nurul sendiri semakin suram. Oleh itu, untuk memburukkan imej Dato Raja Nong Chik, Nurul pun gunakan RPK sebagai proksi untuk menyerang Dato Raja Nong Chik.
Apa tuduhan yang dibuat oleh RPK?  
RPK mempertikaikan bagaimana syarikat yang pemegang saham utamanya adalah anak Dato Raja Nong Chik boleh mendapat kontrak dari Kementerian Belia dan Sukan. 
Dalam hal ni, nasib baik ada sumber dari Kementerian Belia dan Sukan yang sanggup membantu untuk menerangkan keadaan sebenar. 
Apa ceritanya ya? 





Istijuara Sdn Bhd telah menerima Surat Niat (Letter of Intent) dari KBS pada 18 Julai 2006 untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan untuk Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Johor. Pada masa ini, Dato Raja Nong Chik tidak memegang sebarang saham dalam syarikat ini. Begitu juga anak beliau. 
Pada tahun 2007, Dato Raja Nong Chik telah membeli saham di dalam syarikat berkenaan dan meletakkannya di bawah nama anak beliau. Pada masa ini, Dato Raja Nong Chik masih belum dilantik menjadi Menteri. Pada masa ini beliau juga bukan Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai. 
Dato Raja Nong Chik dah lebih 30 tahun jadi ahli perniagaan. Jual beli saham dalam syarikat ni perkara biasalah. Orang biasa pun main jual beli saham, takkan ahli perniagaan macam Dato Raja Nong Chik tak boleh beli saham kan? 
Setakat ni nampak tak apa-apa urusan yang melanggar undang-undang? Takda kan? 
Seterusnya Dato' Raja Nong Chik dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar pada tahun 2009.  
Pada 22 Mei 2010 kompleks IKBN Bandar Penawar telah siap. Selepas kompleks tersebut siap, barulah surat tawaran (Letter of Award) untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan dikeluarkan kepada Istijuara Sdn Bhd.
Haaaa, inilah yang cuba dijadikan isu oleh RPK. Dia cuba membayangkan kononnya tawaran ini diberikan kerana Dato Raja Nong Chik menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri, sedangkan surat niat dah dikeluarkan pada tahun 2006 sebelum Dato Raja Nong Chik menjadi Menteri lagi!!  
Mungkin ada yang akan tanya, kalau surat niat dikeluarkan pada tahun 2006, mengapa surat tawaran hanya dikeluarkan pada tahun 2010 selepas kompleks IKBN siap? 
Inilah yang RPK tak faham, atau mungkin sengaja buat-buat tak faham. Kalau spesifikasi dan kontrak dimuktamadkan pada tahun 2006 sedangkan kompleks hanya akan siap pada tahun 2010, sudah tentu spesifikasi peralatan yang ditetapkan akan ketinggalan zaman! Cuba bayangkan, dalam tahun 2006, komputer mungkin pakai teknologi Pentium 1, tapi sekarang dah pakai teknologi Pentium 5! Logik ke kalau kompleks serba moden, tapi pakai peralatan kuno! Mesti pembangkang macam Nurul lah orang yang pertama akan bising pertikaikan mengapa Kerajaan buat kontrak untuk bekal peralatan guna spesifikasi out of date! 
Jadi, kena tunggu sampai kompleks dah nak siap, baru boleh dimuktamadkan spesifikasi peralatan yang perlu dibekalkan. Bila dah muktamadkan spesifikasi, baru boleh tetapkan harga untuk tawaran. Nak muktamadkan spesifikasi dan harga pun bukan senang. Mesti kena runding banyak kali untuk memastikan harga yang ditawarkan berpatutan. Kalau tak, kena jawab dengan Audit Negara lah. Bila dah tetapkan harga, baru boleh keluar Surat Tawaran (Letter of Award). Tak tahu spesifikasi, macam mana nak tetapkan harga kan? Inilah SOP atau Standard Operating Procedure perolehan Kerajaan. Kalau tak ikut SOP, pembangkang juga yang akan bising. Tapi sekarang, bila ikut SOP pun dia cuba nak buat isu! Terdesak sangat ke Nurul? Benda macam ni pun nak buat kecoh? 
Setakat ni, apa yang melanggar undang-undang? Takda apa-apa pun. 
Nampak sangat pembangkang dah takda modal. 
Apa kecoh-kecoh ni Nurul dan RPK?

Tuesday, February 28, 2012

Ikhlas aku cakap, Anwar patut contohi Badrulamin

Jangan salah sangka lak bila aku kata Anwar patut contohi Badrulamin tu mksdnya pegi berkhalwat dengan chinadoll plak lepas ni. Badrulamin kata dia sanggup berundur wpun dia yakin dia tak bersalah dalam kes tangkap khalwat dia baru baru ni.



Tapi Anwar Ibrahim teruskan jugak 'perjuangan' dia, kerana dia yakin tiada siapa yang boleh mengubah negara ni ke arah sebuah negara ideal bagi dia. Memang la tapi tak payah tarik orang lain, tak payah memecah belahkan rakyat Malaysia.

Dah banyak pemimpin lain yang bila ditimpa skandal, sama ada angkara sendiri atau fitnah, mereka berundur seketika, kerana tidak mahu membabitkan parti yang diwakili. Tapi Anwar mungkin nak namanya tercatat dalam buku sejarah, sampaikan dia tak mahu turun dari tangga kuasa PKR. haha

Aku bukan apa, cuma geram tengok perangai pengikut Anwar. Aku ada ramai kawan yang menyokong parti pembangkang tapi majoriti mengatakan tidak mahu mengundi disebabkan oleh Anwar. Tak ke rugi namanya tu?

Friday, February 17, 2012

Nurul Izzah takut duit dia dalam KWSP/EPF hilang

Dengar kata Nurul Izzah, ahli parlimen Lembah Pantai, yg byk mulut tp tak buat kerja tu, melatah takut duit dia dalam kwsp lesap, dek sbb Raja Nong Chik nak tolong penyewa perumahan awam dbkl. Biar benar Nurul Izzah ni. Bukan ke dia yang lelong nama sendiri kata nak tolong rakyat, kata rakyat lagi penting dari diri sendiri, yang jaja nama demi keadilan rakyat. eh ye ke? bukan ke keadilan papa dia ke?



Apa Nurul Izzah cakap sebenarnya?

Dia kata, EPF disalahgunakan jadi sumber dana untuk skim yang Raja Nong Chik perkenalkan. Aku nak tergelak pon ada. Yang EPF pegi letak 5.5% keuntungan kepada peruntukan yang disediakan kepada skim tu ape kebenda nya? Nanti keuntungan tu masuk akaun dia jugak (dividen).

Nurul Izzah cakap lagi, dia kata kenapa letak 6.5% keuntungan dikenakan kepada pembeli. haha. lawak ni kalau masuk maharaja lawak, confirm dapat jadi juara. Kalau kwsp/epf letak keuntungan 5.5% kepada dbkl(atau kementerian), jadi Nurul Izzah suruh dbkl/kementerian letak 2% keuntungan kepada pembeli dan byr guna duit sendiri 3.5% tu kepada KWSP/EPF. Memang kaya benar dbkl di mata Nurul Izzah. Atau dia ingat beli rumah ni macam beli goreng pisang gamaknya.

 Memanglah kiraan 6.5% keuntungan tu akan menyebabkan harga rumah tu lebih tinggi dari harga asal. Dah tu dbkl nk banyar 5.5% tu dengan apa?

Aku yang tak suka ekonomi dan seangkatan dengannya pun paham yang dbkl/kementerian bukan nak cari untung di sini. Takkan la Nurul Izzah yang wakil rakyat, belajar luar negara, anak konon-bakal perdana menteri plak tu, tak faham konsep tu?

Aku rasa la kan, kalau Nurul Izzah memerintah negara, bankrupt la jawabnya.

Saturday, January 21, 2012

TERBAEK punya exco agama Islam


Aku tak nak cakap banyak, sekeping gambar boleh menceritakan seribu perkataan.

Malu la oi. Senyum lebar sampai ke telinga!

Takkan nak mengelak keadaan tu pun tak reti? Apa raa!!

Wednesday, January 18, 2012

Nurul Izzah garu kepala cari isu

Apa Nurul Izzah nk timbulkan isu plak skrg ni? Ni petikan dari Apa kecoh-kecoh.





Apa kecoh-kecoh ni Nurul?

Selama ni kita dah lama tunjuk bukti yang Nurul cuma pandai menumpang dari usaha orang-orang lain. Bila ada majlis yang dianjurkan penduduk, dia datang tunjuk muka sekejap, lepas tu dalam Facebook dan Twitter berbuih-buih mulut cerita seolah-olah majlis tu dia yang anjurkan. Bila ada projek Kerajaan dilaksanakan, dia jugalah yang hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, cuba nak curi kredit, kononnya projek-projek Kerajaan tu semua dibuat atas desakan dia.

Haaaa… Sekarang ni Dato Raja Nong Chik sendiri, Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai dah umumkan benda yang kita dah lama tahu – bahawa Nurul Izzah memang sah RATU CURI KREDIT!!!

Apa kata Dato Raja Nong Chik?

“PKR hanya tahu mengkritik, tapi hampir empat tahun tiada perkara yang membina telah dibuat, hanya bila kita (BN) berjaya membuat sesuatu, mereka cuba menumpang, contohnya kita dapatkan peruntukan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk cat rumah di Taman Sri Sentosa dan Terminal Sejahtera pun, dia kata atas desakan dia. Bila masa dia desak? Tak ada pun, dia tak buat apa pun selama dua tahun ini.

Selama ini, dia hanya ikut dan perjuangkan bapanya, bila dekat pilihan raya baru nak jadi pejuang rakyat.

BN, UMNO, MCA dan parti komponen laib dah lama berjuang bertahun-tahun, malahan saya sendiri dah 25 tahun di Lembah Pantai, kita tak guna platform untuk keluarga atau kepentingan sendiri.

Kita ikhlas membantu penduduk Lembah Pantai. Itulah perbezaannya dengan PKR."

Adoiiiiii!!!! Mana lagi ko nak sorok muka Nurul oiiiii? Satu dunia dah tahu perangai buruk ko, dah tak boleh nak cover walaupun ko guna penutup tong sampah!!

Peruntukan mengecat flat-flat yang usang dan kusam di Taman Sri Sentosa diumumkan oleh YAB PM semasa beliau turun padang ke Lembah Pantai, macam mana itu pun ko boleh claim kredit Nurul? Gila publisiti betul budak ni…


Terminal Sejahtera pula memang diilhamkan oleh Dato Raja Nong Chik sendiri. Tujuan Terminal Sejahtera ialah untuk mewujudkan ruang belajar dan tuisyen online kepada para pelajar dari keluarga kurang berkemampuan. Insya Allah, bila anak-anak ni dapat peluang dan ruang belajar yang lebih sempurna, mereka akan dapat tingkatkan pencapaian akademik. Kat part mana ko boleh mengaku Terminal Sejahtera ni usaha ko, Nurul? Secuit pun aku tak nampak peranan ko kat sini.

Itulah dia perangai Yang Berhormat dari Lembah Pantai, si Nurul Izzah… Biarkan orang lain buat kerja, lepas tu CURI KREDIT!! Elok juga Dato Raja Nong Chik singkap sikap dia yang sebenar, biar semua penduduk Lembah Pantai tahu macam mana perangai wakil rakyat mereka yang selama ni berlagak macam wakil KELUARGA ANWAR, bukannya wakil rakyat!!

Apa kecoh-kecoh ni Nurul? 


Hah! apa lagi nurul izzah?! jawab lah! nanti ada karut marut yang keluar dari mulut dia ni. Terlajak kereta boleh reverse, terlajak kata, tanggunglah sendiri di PRU nnt.

Saturday, December 17, 2011

Nurul Izzah ajak minum arak

Semua orang tahu yang sejak berkongsi mimpi dengan DAP dan PKR, pendirian dan pendekatan PAS sudah terbalik. Tapi kalau pun betul dah terbalik, sekurang-kurangnyhttp://www.blogger.com/img/blank.gifa dalam benda-benda asas tunjukkanlah juga pendirian sebagai orang Islam, apatah lagi nama parti pun Parti Islam Semalaysia.

Baru-baru ini Wakil Rakyat liberal Lembah Pantai, YB Nurul Izzah dengan selambanya mempromosikan satu wacana Ilmu, malangnya Ilmu Arak, bila dia mewar-warkan Acara Wine Masterclass atau terjemahan kasarnya Kelas Kepakaran Wain. Untuk pengetahuan penyokong-penyokong PAS, wain itu arak, air kencing setan!




Mengapa Nurul mempromosikan wine masterclass itu hanya dia yang tahu. Tetapi mengapa pula PAS terutama PAS Lembah Pantai berdiam diri? Adakah kerana tukang promosinya ialah sahabat mereka, jadi tidak boleh ditegur. Atau PAS Lembah Pantai takut kehilangan undi Cina dan India jika menegur.

Mungkin PAS Lembah Pantai anggap ini perkara kecil, tapi jika seorang wakil Rakyat Islam mengajak orang ramai datang ke Pesta Arak itu perkara kecil, apa perkara besar bagi PAS?

Lagipun, bukankah PAS Lembah Pantai ada pegawai penting dalam kumpulan rapat Nurul Izzah, iaitu Ridzuan yang bertugas sebagai Setiausaha Parlimen Nurul Izzah merangkap pengiring pergi kenduri Nurul Izzah? Tidakkah dengan seruan Nurul supaya orang ramai datang ke Wine Masterclass, PAS Lembah Pantai melalui ahlinya yang satu ini juga turut terpalit, seolah-olah setuju dan takda masaalah dengan seruan Arak itu?

Saya tinggal di Lembah Pantai dan oleh itu tindakan perempuan ini, promosi Nurul Izzah ini, juga terkena pada saya kerana anak-anak saya juga dikira dijemputnya. Biadap sekali mengajak orang Islam seperti kami pergi Pesta Arak dia Saya dengan ini menegur Puan Nurul Izzah, yang juga ada anak-anak, supaya tidak lagi selepas ini cuba mempromosikan sama ada Pesta Arak atau apa saja Pesta Maksiat kepada orang awam.

Saya harap dengan teguran ini tanggungjawab saya menegur sudah tertunai. Tapi sedih bila sebuah organisasi seperti PAS Lembah Pantai sepi tak berbunyi.

Thursday, November 10, 2011

Perangai huduh nurul izzah semua orang dah tau

Apasal la ko perasan bagus sangat Nurul Izzah oi...Bila saja Nurul Izzah bercakap dengan mulut gelebernya tu, orang Lembah Pantai  cebik bibir. Orang Pantai Dalam sudah sedia maklum, pompuan badan kerempeng ni kalau bukak mulut, akan keluarlah kritikan bodoh,  kata-kata hasutan dan umpatan yang menyemakkan otak. Kalau boleh lari, orang akan lari jauh-jauh bila dia datang ke Pantai Dalam. Macam la jiwa dia tu suci murni sangat, macam la bapak dia tu putih bersih tak pernah buat dosa. Padahal...hapraknya anak beranak ni, tuhan aje yang tau.  Kalau bab menyebok hal orang, nombor 1. Tugas dia sebagai wakil rakyat, cincai-cincai aje. Mana tak cincai, segala hal ehwal rakyat kawasan ni, banyak Raja Nong Chik yang settlekan.
Rakyat gembira bila kerajaan nak wujudkan Undang-undang Hubungan Kaum bagi memperkukuhkan perpaduan dan toleransi kaum sesuai dengan konsep 1Malaysia. Pada kita yang cerdik ni..baguslah... cadangan tu wajar dilaksanakan untuk mengawal tingkahlaku kurang ajar sesetengah malaun yang tak tau menghormati agama dan budaya kaum lain, walaupun tumpang duduk dalam rumah orang. Bagi rakyat marhaen seperti aku ni, undang-undang seperti itu akan membentuk budaya saling hormat dalam masyarakat berbilang bangsa ni.
Malangnya pompuan becok ni jadikan ia modal mengumpat dalam berita hari ini. Dia tuduh ini helah kerajaan sengaja nak menarik sokongan rakyat berbilang kaum menerusi konsep 1Malaysia. Kita nampak usaha kerajaan amat murni, tapi dianggap keji bagi anak Bewak ni. Berjaya menarik sokongan atau tidak, bukan masalah kau. Tak kiralah dengan cara apa pun perpaduan rakyat mesti diutamakan supaya negara kita aman tenteram. Bukan macam kau dengan bapak kau, teramat suka melihat bangsa sendiri berpecah belah. Memang dasar kaki kelentong macam bapaknya juga. Tebal betul hasad dengkinya. Dia takut usaha kerajaan tu boleh menyebabkan dia, bapaknya dan parti hancingnya tu jadi lebih tak popular. Untuk pengetahuan Nurul Izzah, kau kelentong macam manapun kat penduduk Pantai Dalam ni, orang tak percaya kau dah.
Cakap pasal tak popular, memang dia dah jadi sangat-sangat tak popular di Lembah Pantai. Cuma orang tak baling telor busuk je. Kalau boleh, orang nak buat road block supaya dia tak masuk lagi kat Pantai Dalam ni. Nasib baik la orang Pantai Dalam ni masih tebal dengan budi bahasa. Dia pegi kenduri pun buat rosak kenduri orang je. Orang sibuk beramah tamah, dia sibuk bagi kalendar murah. Nak salam dengan dia pun, orang dah serba salah. Eloklah... dia dah tau nak kalah kat Lembah Pantai ni..sendiri bungkus la Nurul Izzah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...