Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Ikhlas aku cakap, Anwar patut contohi Badrulamin

Jangan salah sangka lak bila aku kata Anwar patut contohi Badrulamin tu mksdnya pegi berkhalwat dengan chinadoll plak lepas ni. Badrulamin kata dia sanggup berundur wpun dia yakin dia tak bersalah dalam kes tangkap khalwat dia baru baru ni.



Tapi Anwar Ibrahim teruskan jugak 'perjuangan' dia, kerana dia yakin tiada siapa yang boleh mengubah negara ni ke arah sebuah negara ideal bagi dia. Memang la tapi tak payah tarik orang lain, tak payah memecah belahkan rakyat Malaysia.

Dah banyak pemimpin lain yang bila ditimpa skandal, sama ada angkara sendiri atau fitnah, mereka berundur seketika, kerana tidak mahu membabitkan parti yang diwakili. Tapi Anwar mungkin nak namanya tercatat dalam buku sejarah, sampaikan dia tak mahu turun dari tangga kuasa PKR. haha

Aku bukan apa, cuma geram tengok perangai pengikut Anwar. Aku ada ramai kawan yang menyokong parti pembangkang tapi majoriti mengatakan tidak mahu mengundi disebabkan oleh Anwar. Tak ke rugi namanya tu?

Friday, August 5, 2011

Lawak: parody KL Gangster guna nama Anwar Ibrahim

Parody KL Gangster ni dah lama, aku pun memang dah tengok lama dah. Pada mulanya, aku memang tak perasan. 

Tapi cuba dengar betul-betul pada minit ke 0:52-0:53 hahahahahah





Nama Anwar Ibrahim pun jadi lawak bebudak sekarang. hahahah~

Thursday, July 28, 2011

Nurul Izzah lari dari Lembah Pantai?

Reputasi Nurul Izzah kat Lembah Pantai dah jatuh, jadi ada desas desus orang kata dijangka Nurul Izzah akan lari ke Permatang Pauh, tempat papanya. Betul ke? Cakap-cakap macam ni kadang kadang boleh percaya, kadang kadang permainan politik je. Tapi pasal Nurul Izzah lari dari Lembah Pantai tu aku rasa kemungkinan besar.



Nurul Izzah dapat Lembah Pantai tahun 2008 tu pun sebab orang Lembah Pantai kecewa dengan BN masa tu, bukan sebab reputasi Nurul Izzah kat situ. Dia pun bukan orang situ. Sedangkan setiausaha politik dia pun dia ambil orang luar. Nurul Izzah memang pandang remeh kat Lembah Pantai. Dia ingat, dia dah pegang ketat-ketat dah Lembah Pantai.

Semut Hitam ada tulis jugak pasal Nurul Izzah kemungkinan lari ke Permatang Pauh. Parpukari pun ada ulas pasal masalah dalaman geng geng PKR ni. Dijangka Azmin ada bertanding di Lembah Pantai. Orang kuat anwar tu. Tapi boleh ke Azmin menang kat Lembah Pantai? Dah la Gombak tu pun dia rampas dari puak PAS. haha. Memang perasan bagus habis mamat tu.

Satu lagi kemungkinan, kalau Nurul Izzah lari ke Permatang Pauh, Anwar yang bertanding kat Lembah Pantai. Kalau dia tak pegi bercuti kat Sungai Buloh la. Macam-macam spekulasi, tapi yang pasti, Nurul Izzah akan lari dari Lembah Pantai. haha~ bior dier.. bior.. macam la dia banyak jasa sangat kat Lembah Pantai ni.

Wednesday, July 27, 2011

Nasihat buat Izzah, kaum kerabat Anwar tak ke mana

Aku rasa kesian pulak kat Nurul Izzah, lepas baca blog entri dari Duke of UMNO. Tapi menarik jugak apa yang dibawa oleh Duke of UMNO.


Siapa tidak kenal dengan nama Bill Clinton, seorang bekas Presiden Amerika Syarikat yang pernah masyhur namannya kerana terlibat dengan skandal seks oral dengan pembantu Rumah Putih, Monica Lewinski. Memang parah. Setelah skandalnya diterjah, beliau “jatuh” dari kerusi Presiden sebuah negara besar dan paling maju di dunia. Jatuhnya tak bangun-bangun hingga sekarang.

Meskipun karier beliau cuba disambung oleh isterinya, Hillary Clinton, namun usaha tersebut tidak juga membuahkan hasil. Hillary tewas di tangan Barrack Obama pada pemilihan yang bakal Presiden negara “uncle sam” itu. Meskipun Obama berkulit hitam, namun atas dasar moral yang tercalar akibat skandal seks suami Hillary, Obama “terpaksa” dipilih rakyat Amerika.

Betul tak? Dah tu apa guna Nurul Izzah dok pong pang bagi ceramah la, jumpa orang sana sini. Sebab nak buktikan bapak dia 'bersih'? haha. Ibarat nak tutup bangkai gajah dengan nyiru. Sebab tu lah Nurul Izzah dan papanya beria benar perjuangkan bersih. Mintak-mintak rakyat nampak diorang tu 'bersih'. Taktik lama dohh~

p/s: Apa penyokong nampak kat Nurul Izzah sebenarnya? Apa yang Nurul Izzah buat sebenarnya? Aku tengok Lembah Pantai macam tu jugak. Nurul Izzah banyak ketengahkan isu antarabangsa dan isu satu negara. Oh, nanti kalau selesai masalah dunia dan negara, maka terbela lah nasib orang Lembah Pantai eh? Taktik baru ni..

Sunday, July 17, 2011

Pakcik depan SOGO pun tak sokong BERSIH 2.0 (part 2)

Ni bahagian 2 video pakcik depan SOGO bercakap pasal perhimpunan haram BERSIH 2.0, diceritakan sendiri dari pengalaman beliau.



Antara ayat yang aku suka, "jangan kau tanya apa bakti negara pada engkau, tanya apa bakti engkau pada negara"

".. terjerit terlalak macam tu beratus-ratus orang, bawak senjata lagi. Kau berani jumpe? Kalau bawak kayu pun orang dah takut, bayangkan.. "

Friday, July 15, 2011

Pakcik depan SOGO pun tak sokong BERSIH 2.0

Ramai kecoh pasal pakcik depan SOGO. Aku pelik la, sebab aku tak tengok lagi video pakcik depan SOGO tu. Bila aku tengok video ni, memang sedikit sebanyak ada betulnya point pakcik ni. Pakcik ni cakap pasal perhimpunan BERSIH 2.0

Pakcik ni pon reti pasal sejarah, perhimpunan haram, peraturan semua. Inikan pula rakyat Malaysia dah pandai guna komputer, gaji besar tapi tak reti reti nak nilai baik buruk perhimpunan BERSIH tu.



Aku suka part pakcik tu kata, "kalau perhimpunan macam tu terjerit-jerit nak hantar memorandum kepada Agong (YMDA), Agong pun takut tengok cara engkau buat semalam."

Thursday, July 14, 2011

Anwar vs Haji Hadi

Aku dah kata, Anwar Ibrahim ni banyak benor kelentong dia. Ni apa dia nak jawab?

Video kat bawah ni tunjuk 2 orang ni bercakap pasal layanan polis terhadap Haji Hadi.

Anwar tau, kalau dia bercakap pasal dia, orang PKR memang tanpa usul periksa percaya kat dia, tapi belum tentu orang atas pagar dengan orang PAS. Jadi, dia gunakan nama Haji Hadi. Dia tau, kalau dia guna nama Haji Hadi, orang ulamak, dia dapat point lebih.




Tapi masih ada lagi orang percaya kat dia ni. Walaupun ni berita TV3 yang diorang tak nak tengok dah tu, dah boikot dah tu, tapi video diorang bercakap tu bukan video edit. Ke ade pakar video PKR tegar nak claim kate video diorang berucap tu video tipu? haih~

Tuesday, July 12, 2011

Cabar Anwar buat sistem meritokrasi di SBP termasuk MCKK

Aku rasa tertarik nak ulas pasal isu ni. Tak ada kaitan pun dengan isu bersih ke tong sampah ke, tapi aku rasa perkara ni pun perlu diberi perhatian.

Isu ni aku baca kat blog Aboudiabydoo.

PR banyak laungkan slogan2 memperjuangkan hak sama rata antara semua bangsa. Padahal diorg  tak sedar yang diorg membesar dengan kelebihan-kelebihan dan hak-hak yang senang org Melayu dapat.

Kalau baca kisah Anwar masa dia jadi Menteri Pelajaran dulu, dia lah yang bersuara lantang mempertahankan hak Melayu. Malah dia masukkan unsur pro-Melayu ke dalam sistem pendidikan dan tukar Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu.

Tapi tengok skrg apa pendirian dia bila dia dah tak ada kuasa dalam pemerintahan. Semata -mata nak meraih undi dan kepercayan orang bukan Melayu, dia KONON nya berkobar-kobar memperjuangkan hak kaum lain. Memang hipokrit habis!

Anwar ni dia pandai pengaruh orang. Terang -terang dia nak hapuskan hak orang Melayu, tapi ramai lagi orang Melayu yang ikot belakang dia. Kenapa? Sebab mereka ni tak nampak lagi muka sebenar manusia bernama Anwar Ibrahim tu. Orang Melayu macam kena cucuk hidung ikut dia, orang bukan Melayu ada agenda sendiri. Tak caya?

Tengok video ni.



Sengaja dia naikkan semangat orang ramai, provoke polis, dia dok depan2 konon mengetuai la. Lepas tu, dia yang lari lintang pukang tak hiraukan keselamatan orang lain. Orang macam ni boleh percaya ke? Ketua yang macam ni ke yang kita nak serahkan negara kita? Orang macam ni la yang dok ampu Anwar Ibrahim. Anwar pun ikut telunjuk orang yang pentingkan diri sendiri ni.

Tuesday, June 21, 2011

Bila Nurul Izzah puji Turki

Ada satu isu menarik ni, aku rasa ramai dah perasan. Cuma aku nak tekan kan je. Baca blog ni.



Memang Nurul Izzah hanya pandai berkata-kata. Pandai berkata tak apa, tapi apa yang keluar dari mulut tu kenalah buat. Kalau ayat keluar macam air, tapi tangan kaki dok goyang tak buat apa. Sesiapa pun boleh jadi MP kalau macam tu.

Macam dalam Blog MiM kata, kalau lah Nurul Izzah dan bapanya betul betul nak angkat sistem politik di Turki, Anwar Ibrahim kena lah buat apa yang pemimpin sana buat. Betul tak? Baca tweet dalam twitter Nurul Izzah kalau nak tau apa yang dipuji-pujinya.

"Ini kerana, di Turki, mana-mana pemimpin yang terlibat dalam skandal terutama skandal seks, akan meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada siasatan atau membersihkan nama kerajaan dan parti dipimpinnya."


Apa raa! Tu pon tak boleh fikir ka?

Monday, June 20, 2011

MP Lembah Pantai kaki wayang

Ni aku ada cerita sket pasal MP Lembah Pantai yang memang terkenal dengan mulut suka putar ayat. Baca cerita sket dari Berita Lembah Pantai.



Tak kesah la dia nak kata BERSIH tu memang bersih dari mana-mana parti politik, bahkan dia kata suara BERSIH tu adalah betul betul suara rakyat. Poodah~ Berita Lembah Pantai dah list-kan siapa ajk dalam BERSIH tu. Tapi satu lagi, kalau BERSIH BETUL-BETUL BERSIH, macam mana pulak bapak dia boleh keluarkan statement kata kalau PM boleh janjikan pilihanraya yang bersih, dia akan minta Ambiga batalkan BERSIH.

Kalau BERSIH adalah 100% suara rakyat, Ambiga mana boleh dengar kata Anwar. Kalau aku ada otak waras, TAK NAK aku ikut BERSIH tu. Terang-terang tu sandiwara PKR, bukan 100% suara rakyat.

PKR dah maju, gunakan rakyat. Suruh rakyat berdemo supaya kerajaan dengar cakap PKR. Gunting dalam lipatan!

Wednesday, March 2, 2011

Tak perlu pilihanraya bila Anwar memerintah

Kecoh abis orang orang PKR bila 250 orang PKR kata mereka mula sokong BN. Apa kes ni? Tak ada angin, tak ada ribut, tup tup diorang nak keluar dari parti yang diorang dok perjuangkan selama lebih kurang 12 tahun dah. Bukan sekejap tempoh tu, kalau besarkan anak pun dah besar panjang dah.

Siapa kata tak ada angin, tak ada ribut? Cuma angin tu kadang kadang tak tertiup ke arah kita je. Sejak pemilihan jawatankuasa dalaman tempoh hari, bunyi bunyi tak sedap pasal diorang ni dah tersebar luas. Pada aku, janganlah ada kes pemimpin tertinggi tak hargai ahli, kalau ahli sendiri pun diorang tak jaga, apatah lagi nak jaga orang awam lain. Pemimpin macam ni la yang tak sepatutnya kita bawak ke depan. Bukan apa, memang nak cari pemimpin yang sempurna tu adalah tak mungkin. Tapi at least biarlah adil dan dihormati ramai.


Lembah Pantai? Aik, CIk Nurul Izzah tak hargai ahli ke? Dalam pemilihan dalaman pemimpin PKR tempoh hari pun banyak cerita tak sedap pasal Nurul Izzah. Takkan la sebab anak pengasas parti, semua orang ditolak ketepi. Tu ala ala pemerintahan diktator namanya. Baik tak payah buat baik baik dengan orang ramai. Kumpul je tentera pastu pergi serang Putrajaya. Rampas tampuk kepimpinan. Nanti kalau-kalau (tak tahulah bila berlakunya) bapaknya dapat naik jadi PM, sah-sah lah Nurul Izzah ni jadi PM seterusnya. Tak perlu buat pilihanraya dah bila Anwar Ibrahim naik jadi PM. Sebab tu dia bertungkus lumus sekarang, sebab nanti tak perlu berusaha dah bila bapaknya dapat kerusi PM tu.

Aku bukan nak tuduh ke apa, tapi tengoklah dia buat main main lak masa pemilihan dalaman kepimpinan PKR tu. Nanti macam macam lagi dia buat dalam pilihanraya umum kalau dia ada kuasa. Na'uzubillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...