Showing posts with label mp titiwangsa. Show all posts
Showing posts with label mp titiwangsa. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Dr. Lo'Lo' telah kembali Rahmatullah

Salam Perjuangan,

Saya mendapat berita dari kawan kawan Facebook bahawa MP PAS Titiwangsa telah kembali ke Rahmatullah, kira-kira sejam yang lalu. Semoga Allah SWT merahmati beliau, dan takziah saya ucapkan buat keluarga almarhumah Dr. Lo'Lo' bt Mohd Ghazali.



Walaupun kita berada di landasan fahaman politik yang berbeza, namun apabila dia telah kembali kepada Pencipta Yang Maha Esa, sebenarnya negara telah kehilangan seorang tokoh yang banyak berbakti kepada negara.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Dr. Lo'Lo', dan berdoa agar perjuangan beliau dirahmatiNya.

Friday, June 17, 2011

Raja Nong Chik dah tukar kerja

Siapa tak kenal dengan Raja Nong Chik? Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar. Tapi bila aku tengok gambar-gambar macam kat bawah ni, aku rasa Raja Nong Chik dah boleh tukar profession lain dah.

Tukang cat

Tukang masak

Tukang kebun

Tukang layan tetamu

Orang kata, kalau nak memahami cara hidup seseorang tu, kita kena buat sendiri. Betul ke?

Apa pemimpin lain buat ek?

Main boling

Makan kek

Bestnya jadi pemimpin, ada masa main boling dan ada orang ajak makan kek free. Aku ni yang kerja macam tak cukup 2 kaki & 2 tangan ni, dah nak dekat setahun tak pegang bola boling. Makan kek pon 6 bulan yang lalu kot.

Friday, January 7, 2011

MP Titiwangsa malukan diri sendiri

Ni sorang lagi kes memalukan diri sendiri dan tak buat homework macam geng PR sorang ni (baca sini). Agaknya bila depa ni dapat isu hangat, mata abis dah rabun dah tak nampak apa yang benar apa yang fitnah. Haih~ mana keadilannya? mana kebenaran yang depa dok perjuangkan ni? ke dah tukar haluan dah? Bukan apa, niat tak menghalalkan cara, betul tak?

Baca sini.

Tak ke mengarut namanya tu. Bila Raja Nong Chik naik jadi Menteri Wilayah, aku tengok bukan main lagi hentam. Dah tak tengok kiri kanan dah. Ada saja isu yang ada kaitan dengan Raja Nong Chik, dia hentam. Begini ke cara wakil rakyat sebenarnya? Mengecewakan sungguh.

Dulu, aku tak dak la tak suka sangat dengan Dr. Lo'Lo' ni. Yelah, orang pandai, ada gelaran doktor, pandai bercakap, nampak baik. Tapi entah mana silapnya, atas tiket pemimpin, macam-macam statement dia aku tak setuju. Termasuk yang ni lah. Satu lagi yang ni.





Baca sini.

Jadi, sekarang ni macam mana? Bagi aku, kalaulah Dr. Lo'Lo' ni ada kewibawaan sebagai pemimpin, dia akan pegi mintak maaf kat Jawatankuasa Kg Baru (MAS) sendiri. Lagi baik kat semua orang-orang kg baru. Bagitau, "apa yang saya tulis dalam twitter tu adalah ditujukan kepada Raja Nong Chik dan Najib, takde pun nak perli-perli orang kg baru sebab tak jemput saya." Nanti kita tengok nak ke orang kg baru panggil dia ke apa-apa majlis.

Haih~ ni lah manusia, bila suka mempolitikkan semua benda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...