Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Ikhlas aku cakap, Anwar patut contohi Badrulamin

Jangan salah sangka lak bila aku kata Anwar patut contohi Badrulamin tu mksdnya pegi berkhalwat dengan chinadoll plak lepas ni. Badrulamin kata dia sanggup berundur wpun dia yakin dia tak bersalah dalam kes tangkap khalwat dia baru baru ni.



Tapi Anwar Ibrahim teruskan jugak 'perjuangan' dia, kerana dia yakin tiada siapa yang boleh mengubah negara ni ke arah sebuah negara ideal bagi dia. Memang la tapi tak payah tarik orang lain, tak payah memecah belahkan rakyat Malaysia.

Dah banyak pemimpin lain yang bila ditimpa skandal, sama ada angkara sendiri atau fitnah, mereka berundur seketika, kerana tidak mahu membabitkan parti yang diwakili. Tapi Anwar mungkin nak namanya tercatat dalam buku sejarah, sampaikan dia tak mahu turun dari tangga kuasa PKR. haha

Aku bukan apa, cuma geram tengok perangai pengikut Anwar. Aku ada ramai kawan yang menyokong parti pembangkang tapi majoriti mengatakan tidak mahu mengundi disebabkan oleh Anwar. Tak ke rugi namanya tu?

Thursday, August 25, 2011

Tian Chua dan Nurul Izzah dah mula cuak

Semalam Tian Chua ada buat press conference pasal kata Raja Nong Chik beri perhatian lebih pada Lembah Pantai dan kata untuk kepentingan politik dia. Haha, dah tak ada topik lain ke nak bantai orang pon. 

Aku orang Lembah Pantai memang la seronok kalau betul Raja Nong Chik beri perhatian pada Lembah Pantai. Siapa tak seronok terutamanya melibatkan kawasan aku sendiri. Tapi yang aku peliknya, aku nampak Raja Nong Chik banyak je buat program luar kawasan Lembah Pantai. Ke aku sorang je yang ada baca? Ke mata Tian Chua dan Fahmi Fadzil dah tapis berita-berita pasal Raja Nong Chik buat program atau bagi sumbangan pada kawasan lain? Apa kes macam tu? Ada ke boleh main tapis-tapis, pastu kata tak nampak berita tu. 

Nak bukti? 





Nak lagi? Boleh tengok kat FB Dato' Raja Nong Chik. 

Dan ada banyak program di kawasan luar bandar. Macam kat Labuan, Muar, Sungai Petani dan lain-lain. Tian Chua dan Fahmi Fadzil tu sebenarnya tak ada isu nak bantai Raja Nong Chik sebenarnya. Sengaja cari isu dan sengaja cari pasal. 

Pakatan Rakyat nak buat juga BERSIH 3.0

Dalam Haraqah Daily ada diberitakan bahawa BERSIH 3.0 akan diteruskan. Ni sebab diorang ingat BERSIH 2.0 tu berjaya menakutkan kerajaan. Makin tak tentu hala la diorang ni. Ni petikan berita tersebut.



Bersedia untuk Bersih 3.0, tolak JK Khas
http://wfauzdin.blogspot.com/

APABILA Najib mengumumkan bahawa PRU ke 13 akan diadakan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan apa yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan penambaikan Sistem Pilihanraya, maka sudah sampai masanya BERSIH dengan kerjasama Pakatan Rakyat dan semua NGO yang mendukung BERSIH merancang mulai sekarang untuk mengadakan BERSIH 3.0.

Sebenarnya, majoriti penyokong BERSIH boleh dikatakan tidak mempercayai lagi Najib, tetapi sebagai menghormati pimpinan di dalam BERSIH dan Pakatan Rakyat, kita serahkan kepada mereka untuk memikirkan adakah Najib boleh dipercayai atau tidak. Nah, sekarang terbukti Najib penipu besar apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak bertangungjawab itu. Ini lah rupanya PM kita yang hanya pentingkan kerusi empuknya semata-mata.

Kenyataan Najib itu merupakan satu cabaran kepada BERSIH untuk mengulangi apa yang telah kita lakukan pada 09 Jul yang lalu. Mungkin kali ini Najib mahu melihat gerakan yang lebih besar kalaupun tidak menyamai gerakan rakyat di Dataran Tahrir, Mesir. Kita mesti tentukan Najib akan menyesal dengan tindakannya itu yang mengundang semangat rakyat untuk bangkit menjatuhkan rejim Umno/Bn.

BERSIH tiada pilihan lain lagi melainkan menolak syor untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas berkenaan yang dijadikan umpan untuk memerangkap BERSIH dan parti Pembangkang. Apabila kita sibuk untuk merancang serta mengemukakan pindaan bagi membaikpulih sistem pilihanraya di negara ini melalui Jawatankuasa Khas itu nanti, Najib serta merta akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi mengadakan Pilihanraya Umum. Ketika kita tidak bersedia, mereka menyerang kita.

Kami sentiasa menanti BERSIH 3.0 dan kami menolak untuk mempercayai Najib lagi.


Friday, August 12, 2011

Niat baik pun tak guna kat kawasan Pakatan Rakyat

Sila rujuk entri blog Semut Hitam, mengenai masjid di Pulau Pinang dilarang menggunakan loud speaker ketika memperdengarkan ayat al-Quran. Kat masjid tu. Inilah hasilnya kalau tampuk pemerintahan dipegang oleh Pakatan Rakyat.


TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Memang aku tak tahu secara detail apa yang terkandung dalam hukum syarak, tapi baca ayat al-Quran kuat-kuat tu bercanggah dengan hukum syarak? Wah! Dulu kes azan subuh. Ni kes bacaan al-Quran. Lepas ni apa pulak eh tak boleh? Bukan ke agama Islam agama rasmi negara ni ke? Bukan ke PAS perjuangkan Islam ke?

Kalau betul dia perjuangkan Islam, sepatutnya PAS tak setuju dengan tindakan ni. Jadi, apa kata PAS?

Dulu masa Pakatan Rakyat rampas Pulau Pinang, bukan DAP saja yang berjasa. Jadi sekarang ni jelas terang usaha PKR dan PAS di Pulau Pinang masuk tong sampah. Mintak-mintak la DAP(Pakatan Rakyat) tak dapat Lembah Pantai. Kalau tak, tercemar la tanah Lembah Pantai.

Friday, August 5, 2011

Lawak: parody KL Gangster guna nama Anwar Ibrahim

Parody KL Gangster ni dah lama, aku pun memang dah tengok lama dah. Pada mulanya, aku memang tak perasan. 

Tapi cuba dengar betul-betul pada minit ke 0:52-0:53 hahahahahah





Nama Anwar Ibrahim pun jadi lawak bebudak sekarang. hahahah~

Tuesday, August 2, 2011

DAP nak naik kepala orang Melayu

DAP dah mula tunjuk belang, mula menunjukkan hasrat untuk menguasai kawasan yang majoriti bangsa lain selain Cina. Tak caye? Ni petikan dari Utusan Malaysia.

"DAP berasa cukup yakin kerana mereka tahu Pas dan PKR tidak akan membantah bagi memperlihatkan kepada rakyat bahawa parti pembangkang ketika ini bersatu dalam ikatan yang kuat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berasakan sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Kenapa Lim Kit Siang buat statement macam tu, sedangkan dia bekerjasama dengan PKR dan PAS? Adakah selama ni dia nampak PKR dan PAS cuma batu loncatan supaya DAP dapat menguasai negeri2 yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat?




Tengoklah di Pulau Pinang dan Selangor. Bukan Pakatan Rakyat yang memerintah, tapi sebenarnya DAP. 


Kit Siang dalam wawancara eksklusif bersama portal pembangkang MalaysiaKini itu turut menambah, ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat 'keputusan yang sukar'. Che Hamdan menambah, DAP mungkin mendapat kebenaran daripada pemimpin kanan parti pembangkang lain dalam hasratnya itu namun bakal berdepan dengan tentangan hebat daripada ahli akar umbi.

Jadi Lim Kit Siang dah tau ramai akan sedar akan niat sebenar dia, sebab tu dia sebut pasal 'keputusan yang sukar'. 


Jadi aku nak tanya pada PKR dan PAS, adakah mereka akan terus berdiam diri, bersetuju dengan 'keputusan sendiri' DAP, atau bangun menentang keputusan tersebut? 

Thursday, July 28, 2011

Nurul Izzah lari dari Lembah Pantai?

Reputasi Nurul Izzah kat Lembah Pantai dah jatuh, jadi ada desas desus orang kata dijangka Nurul Izzah akan lari ke Permatang Pauh, tempat papanya. Betul ke? Cakap-cakap macam ni kadang kadang boleh percaya, kadang kadang permainan politik je. Tapi pasal Nurul Izzah lari dari Lembah Pantai tu aku rasa kemungkinan besar.



Nurul Izzah dapat Lembah Pantai tahun 2008 tu pun sebab orang Lembah Pantai kecewa dengan BN masa tu, bukan sebab reputasi Nurul Izzah kat situ. Dia pun bukan orang situ. Sedangkan setiausaha politik dia pun dia ambil orang luar. Nurul Izzah memang pandang remeh kat Lembah Pantai. Dia ingat, dia dah pegang ketat-ketat dah Lembah Pantai.

Semut Hitam ada tulis jugak pasal Nurul Izzah kemungkinan lari ke Permatang Pauh. Parpukari pun ada ulas pasal masalah dalaman geng geng PKR ni. Dijangka Azmin ada bertanding di Lembah Pantai. Orang kuat anwar tu. Tapi boleh ke Azmin menang kat Lembah Pantai? Dah la Gombak tu pun dia rampas dari puak PAS. haha. Memang perasan bagus habis mamat tu.

Satu lagi kemungkinan, kalau Nurul Izzah lari ke Permatang Pauh, Anwar yang bertanding kat Lembah Pantai. Kalau dia tak pegi bercuti kat Sungai Buloh la. Macam-macam spekulasi, tapi yang pasti, Nurul Izzah akan lari dari Lembah Pantai. haha~ bior dier.. bior.. macam la dia banyak jasa sangat kat Lembah Pantai ni.

Wednesday, July 27, 2011

Nasihat buat Izzah, kaum kerabat Anwar tak ke mana

Aku rasa kesian pulak kat Nurul Izzah, lepas baca blog entri dari Duke of UMNO. Tapi menarik jugak apa yang dibawa oleh Duke of UMNO.


Siapa tidak kenal dengan nama Bill Clinton, seorang bekas Presiden Amerika Syarikat yang pernah masyhur namannya kerana terlibat dengan skandal seks oral dengan pembantu Rumah Putih, Monica Lewinski. Memang parah. Setelah skandalnya diterjah, beliau “jatuh” dari kerusi Presiden sebuah negara besar dan paling maju di dunia. Jatuhnya tak bangun-bangun hingga sekarang.

Meskipun karier beliau cuba disambung oleh isterinya, Hillary Clinton, namun usaha tersebut tidak juga membuahkan hasil. Hillary tewas di tangan Barrack Obama pada pemilihan yang bakal Presiden negara “uncle sam” itu. Meskipun Obama berkulit hitam, namun atas dasar moral yang tercalar akibat skandal seks suami Hillary, Obama “terpaksa” dipilih rakyat Amerika.

Betul tak? Dah tu apa guna Nurul Izzah dok pong pang bagi ceramah la, jumpa orang sana sini. Sebab nak buktikan bapak dia 'bersih'? haha. Ibarat nak tutup bangkai gajah dengan nyiru. Sebab tu lah Nurul Izzah dan papanya beria benar perjuangkan bersih. Mintak-mintak rakyat nampak diorang tu 'bersih'. Taktik lama dohh~

p/s: Apa penyokong nampak kat Nurul Izzah sebenarnya? Apa yang Nurul Izzah buat sebenarnya? Aku tengok Lembah Pantai macam tu jugak. Nurul Izzah banyak ketengahkan isu antarabangsa dan isu satu negara. Oh, nanti kalau selesai masalah dunia dan negara, maka terbela lah nasib orang Lembah Pantai eh? Taktik baru ni..

Thursday, July 21, 2011

Luahan perasaan ahli PKR Lembah Pantai

Saya nak ketengahkan satu isu yang salah seorang sahabat blogger tulis dalam blog beliau. Ni entri tersebut. Saya pun pernah tulis dalam blog ni pasal gaya hidup seorang ahli politik bernama Nurul Izzah Anwar, MP Lembah Pantai.

Dalam entri tu ada tulis pasal seorang ahli PKR Lembah Pantai luah perasaan bagaimana terseksanya kerja bawah Nurul Izzah. Saya tak pernah kerja direct bawah dia, jadi saya taknak kata apa la. 



Baca sini.

Baca sini.

Baca sini. 

Memang ramai dah sedar perangai dia sebenarnya. Sebelum ni dia dapat raih undi banyak sebab orang tengok luaran dia elok saja. Tapi bila dah menang, barulah nampak siapa sebenarnya Nurul Izzah Anwar yang sebenarnya.

Hari tu saya ada borak dengan seorang kakak yang kerja kat Bangsar South City. Dia kata dalam pilihanraya umum sebelum ni dia memang undi Nurul Izzah. Tapi dia kata lepas ni dia taknak undi dia dah. Kakak tu kata dia dah serik. Kakak tu kata lagi, Nurul Izzah pandai ambil hati tapi tak reti buat keja. Cakap pong-pang pong-pang, tapi kerja tak jalan jugak.

Saya senyap je la bila dia cakap macam tu, kata orang tak nak simbah petrol dalam api. Jadi saya berharap dalam pilihanraya umum akan datang nanti, orang Lembah Pantai akan semakin bijak pilih siapa pemimpin yang boleh buat kerja. Bukan apa, kalau seorang pemimpin yang tak reti buat kerja, nanti akan effect orang kawasan tu jugak. Semua ni adalah untuk rakyat jugak.

Tuesday, July 19, 2011

MP Lembah Pantai doa Queen Elizabeth hidup lama

Bila seseorang dah lupa daratan, lupa asal usul, lupa bangsa sendiri, lupa warganegara, lupa tanah tumpah darah sendiri, inilah contohnya.

Saya tak nak cakap banyak atau cakap panjang. Perhatikan screenshots kat bawah ni.




Takdak pon dia doa/mintak panjang umur YMDA kita. Kalau dah sayang sangat kat queen tu, pegi la dok sana. Pegi buat demo bersih kat sana lak, pegi tubuh parti politik kat sana.

Inilah rupa sebenar orang Melayu sendiri yang lupa asal usul, yang minta keistimewaan bangsa sendiri dihapuskan, yang merajakan orang yang hendak menjatuhkan bangsa sendiri, yang menyokong penganut agama lain mempermainkan agama sendiri.

Nota: Sebenarnya depa ni syok sendiri. Kalau depa buat tema kaler bersih tu kaler oren, takdak maknanya queen nak pakai oren. Harharhar! perasan bagos!

Monday, July 18, 2011

Naluri pembangkang tolak kemajuan

Aku tertarik dengan entri blog Pisau.Net, yang ketengahkan isu puak pembangkang menolak penggunaan sistem biometrik dalam pilihanraya umum yang akan datang.



Antara ayat yang menarik perhatian adalah,

Sedangkan yang mengaut jutaan ringgit projek projek kerajaan ada juga datangnya dari haprak pakatan sendiri contohnya Hospital Temerloh apabila calon khawarij PAS turut mendapat laba daripada pembinaan Hospital tersebut tidak lama dahulu.

lagi,

Nak jadi pembangkang pun kena pandai jugak,jika pelaksanaan dasar kerajaan menguntungkan rakyat apa salahnya sokong.Nak bangkang biarlah bertempat jangan bangkan semborono tak tentu hala.
 
Bagi aku, memang perlu ada pihak pembangkang politik dalam sesebuah negara. Semua negara ada. Tapi macam mana pihak pembangkang bersama-sama memajukan politik di negara tersebut yang berbeza-beza. Jangan sekadar kerana parti pemerintah hendak laksanakan sesuatu, semua ditentangnya.

Contohnya isu Menara Warisan, menara 100 tingkat yang diumumkan oleh PM kita tahun lepas. Ada seorang sahabat saya yang pada pilihanraya nanti akan memangkah PAS tapi secara peribadi sangat menyokong menara warisan tersebut. Apabila ditanya kenapa, dia jawab sama jugalah macam menara KLCC. Banyak peluang pekerjaan, negara dapat pendapatan dan rakyat pun makin hidup senang. Ada ramai yang kata baik beri duit tu kepada orang miskin. Nanti masa depan macam mana nak jana pendapatan lebih untuk beri subsidi pada orang miskin tu?

Fikir-fikirkanlah, bukan main bantah semborono.

Friday, July 15, 2011

Pakcik depan SOGO pun tak sokong BERSIH 2.0

Ramai kecoh pasal pakcik depan SOGO. Aku pelik la, sebab aku tak tengok lagi video pakcik depan SOGO tu. Bila aku tengok video ni, memang sedikit sebanyak ada betulnya point pakcik ni. Pakcik ni cakap pasal perhimpunan BERSIH 2.0

Pakcik ni pon reti pasal sejarah, perhimpunan haram, peraturan semua. Inikan pula rakyat Malaysia dah pandai guna komputer, gaji besar tapi tak reti reti nak nilai baik buruk perhimpunan BERSIH tu.



Aku suka part pakcik tu kata, "kalau perhimpunan macam tu terjerit-jerit nak hantar memorandum kepada Agong (YMDA), Agong pun takut tengok cara engkau buat semalam."

Thursday, July 14, 2011

Anwar vs Haji Hadi

Aku dah kata, Anwar Ibrahim ni banyak benor kelentong dia. Ni apa dia nak jawab?

Video kat bawah ni tunjuk 2 orang ni bercakap pasal layanan polis terhadap Haji Hadi.

Anwar tau, kalau dia bercakap pasal dia, orang PKR memang tanpa usul periksa percaya kat dia, tapi belum tentu orang atas pagar dengan orang PAS. Jadi, dia gunakan nama Haji Hadi. Dia tau, kalau dia guna nama Haji Hadi, orang ulamak, dia dapat point lebih.




Tapi masih ada lagi orang percaya kat dia ni. Walaupun ni berita TV3 yang diorang tak nak tengok dah tu, dah boikot dah tu, tapi video diorang bercakap tu bukan video edit. Ke ade pakar video PKR tegar nak claim kate video diorang berucap tu video tipu? haih~

Wednesday, July 13, 2011

Siapa Ambiga Sreenevasan?

Siapa Ambiga Sreenevasan?

Ambiga Sreenevasan(tengah) bersama Hillary Clinton dan Michelle Obama ketika menerima anugerah "Women of Courage" pada 11 Mac 2009

Aku terpanggil nak buat entri blog pasal ni. Pasal siapa Ambiga Sreenevasan yang mengetuai BERSIH 2.0. Ramai bloggers dah lama tulis pasal dia ni, tapi aku ada sesuatu nak sampaikan mengikut pendapat dan pendirian aku.

Ambiga menerima anugerah "Women of Courage" pada 12 Mac 2009. Bersama-sama Ambiga menerima anugerah yang sama adalah Dr Musdah Mulia dari Indonesia. Siapa Dr Musdah? Tidak menghairankan mengapa Ambiga menyokong pluralisme kerana ada seorang lagi penyokong pluralisme di Malaysia yang juga sefahaman dengan Ambiga dan Dr Musdah.

Dalam satu forum anjuran DAP pada Jun 2007, Ambiga mempertikaikan perlaksanaan hukum syariah dalam artikel 121 (1A) berkaitan dengan kes Lina Joy (baca sini). Apakah Ambiga yang menyokong kebebasan beragama yang dimahukan oleh Lina Joy ini dianggap BERSIH oleh ahli-ahli PAS?.
- petikan dari blog Angin Perubahan. 

Jadi, siapa Ambiga Sreenevasan nak mempersoalkan SPR dan mengetuai rakyat yang majoritinya orang Islam, bila masa dia sendiri mempertahankan Lina Joy yang hendak keluar dari Islam suatu ketika dahulu.

Bagi aku, PAS sudah tersilap pilih ketua untuk mengepalai BERSIH 2.0 dan PKR syok sendiri konon diorg boleh mempergunakan nama Ambiga untuk mendapatkan pengaruh. Untuk meminta perubahan sistem pilihanraya kepada SPR, itu tidak salah tapi procedure dan details nya mestilah kena.

Aku suka ayat ni.

Eh! Siapa yang melaksanakan proses pengendalian pilihan raya di negara ini? Ambigakah? Tidak terlintaskah di kepala Ambiga — jika pilihan raya di negara ini tidak adil, masakan pakatan pembangkang boleh menguasai lima negeri pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008. Tidak cukup itu, sebahagian besar kerusi Parlimen di Kuala Lumpur dan terbaru, DAP menang besar di Sarawak April lepas.

- petikan dari TheMalaysianInsider 

Jadi, aku ulang soalan aku. Siapa Ambiga Sreenevasan nak pinda sistem pilihanraya negara kita, bila masa dia sendiri memperjuangkan Interfaith Commission (IFC) pada tahun 2001?

Tuesday, July 12, 2011

Cabar Anwar buat sistem meritokrasi di SBP termasuk MCKK

Aku rasa tertarik nak ulas pasal isu ni. Tak ada kaitan pun dengan isu bersih ke tong sampah ke, tapi aku rasa perkara ni pun perlu diberi perhatian.

Isu ni aku baca kat blog Aboudiabydoo.

PR banyak laungkan slogan2 memperjuangkan hak sama rata antara semua bangsa. Padahal diorg  tak sedar yang diorg membesar dengan kelebihan-kelebihan dan hak-hak yang senang org Melayu dapat.

Kalau baca kisah Anwar masa dia jadi Menteri Pelajaran dulu, dia lah yang bersuara lantang mempertahankan hak Melayu. Malah dia masukkan unsur pro-Melayu ke dalam sistem pendidikan dan tukar Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu.

Tapi tengok skrg apa pendirian dia bila dia dah tak ada kuasa dalam pemerintahan. Semata -mata nak meraih undi dan kepercayan orang bukan Melayu, dia KONON nya berkobar-kobar memperjuangkan hak kaum lain. Memang hipokrit habis!

Anwar ni dia pandai pengaruh orang. Terang -terang dia nak hapuskan hak orang Melayu, tapi ramai lagi orang Melayu yang ikot belakang dia. Kenapa? Sebab mereka ni tak nampak lagi muka sebenar manusia bernama Anwar Ibrahim tu. Orang Melayu macam kena cucuk hidung ikut dia, orang bukan Melayu ada agenda sendiri. Tak caya?

Tengok video ni.



Sengaja dia naikkan semangat orang ramai, provoke polis, dia dok depan2 konon mengetuai la. Lepas tu, dia yang lari lintang pukang tak hiraukan keselamatan orang lain. Orang macam ni boleh percaya ke? Ketua yang macam ni ke yang kita nak serahkan negara kita? Orang macam ni la yang dok ampu Anwar Ibrahim. Anwar pun ikut telunjuk orang yang pentingkan diri sendiri ni.

Wednesday, July 6, 2011

BERSIH 2.0 - dah tukar tempat, bila nak tukar objektif?

Aku tertarik ngan ayat kat blog ni. Suara lensa.

Ambiga dan sekutu tidak menjalankan demonstrasi jalanan Bersih 2.0 di kawasan tumpuan wargakota mencari rezeki. Tahniah buat Ambiga dan sekutu-kutu yang boleh mendengar nasihat DYMM Tunku Mizan.
NAMUN harus diingat bahawa walaupun Bersih 2.0 dilancarkan di stadium, awasilah pengikut-pengikut anda wahai pembela Lina Joy! Kerana pengikut anda terutamanya dari kalangan PAS dan PKR sentiasa dalam panas baran dan semua maklum golongan-golongan sesat ini suka mengamuk dan mencetus kacau-bilau!
Dengan adanya lampu hijau untuk dijalankan didalam stadium (sememangnya berhimpun didalam stadium bukanlah satu kesalahan), diharap Ambiga dan sekutu-kutu tidak mengambil peluang untuk melakukan sesuatu yang buruk! Diharap pembela keamanan negara seperti Patriot, Gerakan Aman dan yang lain-lain sentiasa berada dalam keadaan berhati-hati dengan tindak tanduk Ambiga dan sekutu-kutu! Kesimpulannya, buatlah apa sahaja didalam stadium itu (lokasi belum dipastikan lagi). Kalian mahu menyalak kah, melolong kah, buatlah. ASALKAN TIDAK MEROSAKKAN HARTA BENDA DIDALAM STADIUM! dan YANG PALING PENTING, IA BUKAN DIJALANAN! 

Kite tengoklah nanti, mesti stadium tu nanti banyak harta benda yang rosak.  Perhimpunan BERSIH ni dah tukar tempat, bila lagi nk tunjukkan objektif sebenar?

Monday, June 27, 2011

Nurul Izzah talam 2 muka

Di tengah-tengah orang dok sibuk pasal bersih 2.0 yang bagi aku, menyusahkan dan beri impak negatif pada imej negara, aku terperasan Nurul Izzah sudah mula main wayang lain. Dia kan baru balik dari Turki, yang katanya pergi bersama-sama berkempen untuk Parti AK, parti yang menang dalam pilihanraya baru-baru ni. Adakah Nurul Izzah akan meminta pertolongan parti berkenaan dalam pilihanraya kita yang bakal menjelang nanti?

Haha, besar sungguh cita-cita Nurul Izzah.

Dalam blog dia,



Agak-agak la nak main psycho orang lain. Tengok No. 4, pasal semangat kebangsaan. Wah! Pandai dia bercakap (ops tulis sebenarnya). Kalau betul Nurul Izzah nak ikut contoh pilihan raya Turki, dia sepatutnya perjuangkan semangat kebangsaan negara kita, betul tak?

Tapi, si talam 2 muka ni mana ada kisah semua tu. Dia ikut idea socialism. Dia berkawan rapat dengan geng-geng komunis. Dia pertahankan Part Sosialis Malaysia (PSM). Banyak cantek dia punya semangat kebangsaan. Haha lawak laa~

Banyak benda la si Nurul Izzah ni bercanggah dari segi apa yang dia perjuangkan dengan benda yang dia buat. Ini ke contoh pemimpin yang sebenarnya. Rosak! Rosak!

Wednesday, June 22, 2011

Slogan baru PKR - Demi Rakyat??

Aku rasa terpanggil nak komen pasal slogan baru PKR ni. Demi Rakyat?




Ada yang kata ni tiru BN - Rakyat Didahulukan..

Baca sini..

Ada juga yang kata sebab pilihan raya dah dekat, jadi PKR terdesak buat slogan ni.

Baca sini.. 

Tapi kenapa demi rakyat? Selama ni bukan demi rakyat ke? Kenapa slogan macam ni tak dilaung-laungkan sejak dulu lagi? Sebelum ni berjuang demi apa? Keadilan demi siapa? Siapa lagi kalau kuncu kuncu PKR sendiri. Tengok parti diorang pun dah tau, apa dalam poket selama ni sebenarnya.

Tuesday, June 21, 2011

Bila Nurul Izzah puji Turki

Ada satu isu menarik ni, aku rasa ramai dah perasan. Cuma aku nak tekan kan je. Baca blog ni.



Memang Nurul Izzah hanya pandai berkata-kata. Pandai berkata tak apa, tapi apa yang keluar dari mulut tu kenalah buat. Kalau ayat keluar macam air, tapi tangan kaki dok goyang tak buat apa. Sesiapa pun boleh jadi MP kalau macam tu.

Macam dalam Blog MiM kata, kalau lah Nurul Izzah dan bapanya betul betul nak angkat sistem politik di Turki, Anwar Ibrahim kena lah buat apa yang pemimpin sana buat. Betul tak? Baca tweet dalam twitter Nurul Izzah kalau nak tau apa yang dipuji-pujinya.

"Ini kerana, di Turki, mana-mana pemimpin yang terlibat dalam skandal terutama skandal seks, akan meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada siasatan atau membersihkan nama kerajaan dan parti dipimpinnya."


Apa raa! Tu pon tak boleh fikir ka?

Monday, June 20, 2011

MP Lembah Pantai kaki wayang

Ni aku ada cerita sket pasal MP Lembah Pantai yang memang terkenal dengan mulut suka putar ayat. Baca cerita sket dari Berita Lembah Pantai.



Tak kesah la dia nak kata BERSIH tu memang bersih dari mana-mana parti politik, bahkan dia kata suara BERSIH tu adalah betul betul suara rakyat. Poodah~ Berita Lembah Pantai dah list-kan siapa ajk dalam BERSIH tu. Tapi satu lagi, kalau BERSIH BETUL-BETUL BERSIH, macam mana pulak bapak dia boleh keluarkan statement kata kalau PM boleh janjikan pilihanraya yang bersih, dia akan minta Ambiga batalkan BERSIH.

Kalau BERSIH adalah 100% suara rakyat, Ambiga mana boleh dengar kata Anwar. Kalau aku ada otak waras, TAK NAK aku ikut BERSIH tu. Terang-terang tu sandiwara PKR, bukan 100% suara rakyat.

PKR dah maju, gunakan rakyat. Suruh rakyat berdemo supaya kerajaan dengar cakap PKR. Gunting dalam lipatan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...