Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Naluri pembangkang tolak kemajuan

Aku tertarik dengan entri blog Pisau.Net, yang ketengahkan isu puak pembangkang menolak penggunaan sistem biometrik dalam pilihanraya umum yang akan datang.



Antara ayat yang menarik perhatian adalah,

Sedangkan yang mengaut jutaan ringgit projek projek kerajaan ada juga datangnya dari haprak pakatan sendiri contohnya Hospital Temerloh apabila calon khawarij PAS turut mendapat laba daripada pembinaan Hospital tersebut tidak lama dahulu.

lagi,

Nak jadi pembangkang pun kena pandai jugak,jika pelaksanaan dasar kerajaan menguntungkan rakyat apa salahnya sokong.Nak bangkang biarlah bertempat jangan bangkan semborono tak tentu hala.
 
Bagi aku, memang perlu ada pihak pembangkang politik dalam sesebuah negara. Semua negara ada. Tapi macam mana pihak pembangkang bersama-sama memajukan politik di negara tersebut yang berbeza-beza. Jangan sekadar kerana parti pemerintah hendak laksanakan sesuatu, semua ditentangnya.

Contohnya isu Menara Warisan, menara 100 tingkat yang diumumkan oleh PM kita tahun lepas. Ada seorang sahabat saya yang pada pilihanraya nanti akan memangkah PAS tapi secara peribadi sangat menyokong menara warisan tersebut. Apabila ditanya kenapa, dia jawab sama jugalah macam menara KLCC. Banyak peluang pekerjaan, negara dapat pendapatan dan rakyat pun makin hidup senang. Ada ramai yang kata baik beri duit tu kepada orang miskin. Nanti masa depan macam mana nak jana pendapatan lebih untuk beri subsidi pada orang miskin tu?

Fikir-fikirkanlah, bukan main bantah semborono.

Tuesday, April 19, 2011

Boleh ke wakil rakyat menipu rakyat? - Edisi Lembah Pantai

Aku nak tanya orang lain, seorang wakil rakyat dengan selamba nya menipu rakyat tanpa berkelip mata pun (ala englishnya, "without blinking his/her eyes") adakah rakyat boleh menerima dia? Bagi aku, TIDAK SAMA SEKALI!

Sekali dua demi kepentingan majoriti tak apa lagi. Tapi kalau demi kepentingan sendiri dan reputasi kumpulan dia tambah pula dah banyak kali buat, aku rasa kalau betul betul dia ada kuasa besar nanti, habis lah orang bawahan dia.

Ni aku dengar cerita kata seorang wakil rakyat ni (aku pun teragak agak nak panggil dia wakil rakyat sebenarnya) siang siang depan muka dia tipu orang. "Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama lama mencuri," kata orang tua tua.

MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memang rata rata orang kenal. Jumaat lepas ada berlaku kebakaran di Pantai Dalam, habis 14 buah rumah hangus. Tapi masa tu dia kat Sarawak. Tak apa lah kalau dia rasa dia diperlukan di Sarawak, pas tu dia canang kat orang kata penempatan sementara kat Surau al Falah.



Jauhnya lah penempatan sementara. Dia tak fikir ke kesenangan mangsa kebakaran tu? Dia fikir nak nama parti dia aja. Terang terang surau al Falah tu kubu PR.

Aku dengar cerita majoriti mangsa ditempatkan di Dewan UMNO Simpang 3, Jalan Kubur. Tak apalah, mungkin yang ditempatkan di Surau al Falah tu adalah kroni kroni PKR. Tapi hidup hidup la dia kencing orang pasal penempatan tu. Last last dengar kata dia pergi melawat mangsa kat Dewan UMNO Simpang 3 tu.

Satu lagi.



Sekejap kata 15, lepas tu kata 14. Selama ni kita pening kepala sebab lain lain surat khabar info dia lain lain, tapi ni dari mulut/tangan seorang saja. Macam mana dia boleh auta orang sesedap rasa dia saja.

nota kaki: muda-muda dah pandai tipu orang, bila tua nanti jadi apa agak nya?

Monday, May 25, 2009

Saravanan juga yang backing Raja Nong Chik. Mana pergi UMNO Titiwangsa?

Raja Nong Chik Menteri WP dapat backing dari Timbalannya M Saravanan dalam isu Dr Lo' Lo'.

Thank you Datuk Saravanan. Masalahnya, kawasan ni kawasan Titiwangsa. RNC turun ni pun lawat satu Masalah besar dalam kawasan Titiwangsa yang dah jadi kudis, Pasar Datuk Keramat. Backing sikit, nnt senang-senang je Lo'Lo' menang balik. Tapi persoalannya, mana kenyataan pimpinan UMNO Titiwangsa?

Kebanyakan pemimpin UMNO Titiwangsa ada kat situ dan tahu sendiri apa yang sebenarnya terjadi. Masalahnya, mana statement diorang menyokong Menteri Wilayah Persekutuan yang datang dari Parti UMNO ini? Apabila Datuk Zulhasnan jadi Menteri WP, semua bahagian UMNO di Wilayah mesti sokong. Begitu juga sebelum itu dengan Datuk Isa Samad. Mesti sokong dia walaupun dia dari Nogori. Dan kini bila giliran Raja Nong Chik pula, Bahagian2 UMNO Wilayah kenalah bagi support, tunjuklah solidariti sikit!

Apapun, baca kenyataan Saravnan di bawah.


Minister Not Duty Bound To Inform MPs Of Visits - Saravanan

KUALA LUMPUR, May 23 (Bernama) -- Federal Territories Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin is not duty bound to inform members of parliament (MPs) if he decides to make a surprise visit to their constituencies to check things on the ground, Deputy Federal Territories Minister Datuk M. Saravanan said today.

"These surprise visits are for the minister to gauge what's happening on the ground. What is the point of a surprise visit if everyone is informed earlier. We are working for the betterment of the people. Please do not politicise trivial issues that do not bring benefit to anyone except for your own political mileage," he told Bernama.

Saravanan was commenting on the lashing out of Titiwangsa MP, Dr Lo'Lo' Ghazali of PAS, at Raja Nong Chik for not having informed her of his surprise visit to Keramat Mall here on May 20.

At a news conference at the PAS headquarters yesterday she alleged that she had confronted Raja Nong Chik over what she described as his lack of courtesy for not informing her of the surprise visit and that she was given an unsavory reply on that day.

"I go everywhere and I don't need to tell you all. Now I'm going to the toilet. Should I tell you whether you want to follow me?" Raja Nong Chik allegedly replied, Lo'Lo' was quoted as saying by a news portal yesterday.

Lo'Lo' said she was "shocked and stunned" by Raja Nong Chik's reaction and was embarrassed because the latter's comments were audible to his large entourage consisting of ministry and City Hall officials.

Although Raja Nong Chik apologised to Lo'Lo' at another function the same day, she said it was important for her to publicise the issue to prevent it from happening again and that his comments bordered on sexual harassment.

Saravanan said: "The minister has apologised over the matter to her and there is no reason for her to hold a press conference to highlight the issue. This is not a gender sensitive case but more of one with political malice.

"The minister's comment would have been the same if it was a male MP asking him the same thing. I request the opposition MPs not to politicise everything. We know clearly now that they would politicise anything. Please stop this rhetoric and start working for the people, which is why we are here for in the first place."

-- BERNAMA

Tindakan Datuk Saravanan harus diberikan kredit. Sebagai seorang pemimpin BN yang ada tanggungjawab dalam WP, beliau memberikan kenyataan yang bernas dalam hal ini. Kita harap UMNO Wilayah bangun dari sikap remeh dan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan Menteri WP yang baru Raja Nong Chik.

Wednesday, April 29, 2009

Najib umum perlantikan ahli MT UMNO

Raja Nong Chik turut dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Harap-harap nasib orang melayu KL akan terbela.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...