Monday, September 19, 2011

'Pengganas komunis bukan wira'

'Pengganas komunis bukan wira' - Dato' Jaafar Onn (anak Dato' Onn Jaafar) 

Friday, September 9, 2011

DAP vs Mat Sabu

Sumber artikel: Freemalaysiatoday




PETALING JAYA: Ketika ahli politik Pakatan Rakyat sibuk mempertahankan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu @ Mat Sabu yang dikatakan mengagungkan komunis dan mencemuh peranan anggota keselamatan sebagai alat penjajah dalam isu Bukit Kepong, seorang lagi pemimpin DAP tidak bersetuju dengan kenyataan tokoh penting PAS itu.


Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam satu kenyataan di dalam akhbar New Straits Times minggu ini berkata tafsiran Mat Sabu berkenaan serangan Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 meletakkan Mohamad Sabu sebagai badut politik.


“Dia (Mohamad), ke suatu tahap yang begitu menyakinkan, adalah tidak lebih daripada seorang badut politik, salah seorang daripada ramai yang telah sistem lemparkan dari semua parti-parti politik kita.


“Saya katakan ini dalam nada kesedihan berbanding kemarahan,” kata Tunku Aziz yang juga adalah Senator negeri Selangor.


Pada 28 Ogos lalu, timbalan presiden PAS itu dalam ceramah di Pulau Pinang mendakwa Mat Indera atau nama sebenarnya Ahmad Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong di Johor merupakan pejuang kemerdekaan.
Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan pemimpin parti politik dan bekas pejuang kemerdekaan negara.


Jejaskan Pakatan Rakyat


Beliau menambah bahawa Mat Sabu tidak sepatutnya membuat lawak sebegitu memandangkan kedudukan beliau sebagai pemimpin PAS utama yang akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat menawan Putrajaya di dalam pilihan raya umum ke – 13.


“Saya menerima haknya ke atas pendapatnya, tetapi apabila Mohamad merupakan dirinya di dalam hiraki Pas, iaitu, salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat, satu gabungan yang kini tidak sabar menanti peluang bagi mentadbir negara ini, maka dia tidak lagi boleh bercakap tentang sesuatu sebagai satu jenaka politik”.


Berdasarkan rujukan, Tunku Aziz mempersoalkan samada matlamat boleh menghalalkan cara komunis yang menggunakan kaedah keganasan.


Beliau turut menyoal samada Mohamad mempunyai keberanian moral dan integriti untuk memuliakan wira kemerdekaan yang sebenar.


“Saya tertanya-tanya sama ada Mohamad mempunyai keberanian moral dan integriti untuk berpaling arah di atas hakikat ini, tahap kebinatangan dan kebaculan pihak yang dia sedang cuba muliakan sebagai wira sebenar Merdeka,” kata Tunku Aziz.


Sebelum ini pengerusi DAP, Karpal Singh turut menggesa Mohamad Sabu menarik balik kenyataan berkenaan peranan Mat Indera dalam peristiwa Bukit Kepong yang dibuat dalam ceramah di Pulau Pinang.

Wednesday, September 7, 2011

Komen Tun M mengenai Karpal dan Mat Sabu

Berikut adalah petikan diambil dari blog Tun M ( chedet.cc ) mengenai isu yang ditimbulkan oleh Mat Sabu dan Karpal baru baru ini. 

KARPAL DAN MAT SABU

1. Akhbar melaporkan sesuatu yang pelik.

2. Sementara Mat Sabu memuji pengganas komunis, Karpal Singh pula mencuit perasaan Mat Sabu dan mempertahankan peranan yang dimainkan oleh anggota polis dan pasukan keselamatan Malaysia yang lain dalam menyelamatkan negara daripada pengganas.

3. Sungguh aneh sikap Karpal. Tetapi sebenarnya Karpal sebagai ahli politik amat cekap dan sedar akan kemarahan anggota keselamatan terhadap kenyataan Mat Sabu yang boleh mengurangkan sokongan mereka kepada Pakatan.

4. Sebab itu ia dengan pantas membuat kenyataan untuk mengurangkan kemarahan terhadap Mat Sabu dan seterusnya menyelamat Pakatan sedikit sebanyak.

5. Sesungguhnya di masa lampau terdapat satu usaha dikalangan pemimpin Pas untuk mempertahankan pengganas komunis. Sebabnya ialah kerana ingin mengurangkan rasa terhutang budi kepada pemimpin Umno dahulu yang telah dapat membatal rancangan Malayan Union British, menewaskan pengganas komunis dan memerdekakan negara.

6. Terdapat dikalangan murid sekolah yang diajar oleh entah siapa supaya berkata Tunku Abdul Rahman adalah pemimpin negara yang terburuk sekali.

7. Anwar Ibrahim pula pernah berjanji apabila sahaja ia menjadi Perdana Menteri ia akan benarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia.

8. Pas sekarang sudah gugur matlamat perjuangannya untuk menjadikan Malaysia negara Islam. Juga digugur ialah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud. Bersama dengan pembersihan pengganas komunis, Pas berharap kepercayaan DAP kepadanya akan memberi kemenangan kepada Pas apabila melawan Umno dalam PRU 13.

9. Aliran ini tidak sihat bagi Pakatan. Sedikit sebanyak sokongan rakyat, terutama dikalangan anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka akan terhakis. Saya percaya pemimpin yang lebih berpengalaman diantara mereka seperti Karpal Singh akan cuba mengurangkan kelancaran ke arah pembersihan komunis Malaysia untuk tidak terlalu memburukkan persepsi rakyat, khususnya mereka yang telah berkorban untuk menyelamatkan negara ini.

10. Walau apapun pendirian pemimpin Pas tidak akan menjejas kesetiaan pengikut mereka kerana fanatisme mereka tetapi janganlah pula orang lain juga membutakan mata akan kesanggupan Pas dan sudah tentu PKR, untuk menidakkan apa sahaja sumbangan pemimpin UMNO dahulu demi mendapat sokongan DAP dan orang Cina khususnya.

11. Pas sekarang tidak lagi Pas Ustaz Zulkifli, Burhanuddin Al-Helmi, Asri Muda. Pas sekarang sanggup membelakangkan Islam pun kerana gila kuasa dan Putrajaya. Na’uzubillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...