Tuesday, April 19, 2011

Boleh ke wakil rakyat menipu rakyat? - Edisi Lembah Pantai

Aku nak tanya orang lain, seorang wakil rakyat dengan selamba nya menipu rakyat tanpa berkelip mata pun (ala englishnya, "without blinking his/her eyes") adakah rakyat boleh menerima dia? Bagi aku, TIDAK SAMA SEKALI!

Sekali dua demi kepentingan majoriti tak apa lagi. Tapi kalau demi kepentingan sendiri dan reputasi kumpulan dia tambah pula dah banyak kali buat, aku rasa kalau betul betul dia ada kuasa besar nanti, habis lah orang bawahan dia.

Ni aku dengar cerita kata seorang wakil rakyat ni (aku pun teragak agak nak panggil dia wakil rakyat sebenarnya) siang siang depan muka dia tipu orang. "Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama lama mencuri," kata orang tua tua.

MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memang rata rata orang kenal. Jumaat lepas ada berlaku kebakaran di Pantai Dalam, habis 14 buah rumah hangus. Tapi masa tu dia kat Sarawak. Tak apa lah kalau dia rasa dia diperlukan di Sarawak, pas tu dia canang kat orang kata penempatan sementara kat Surau al Falah.



Jauhnya lah penempatan sementara. Dia tak fikir ke kesenangan mangsa kebakaran tu? Dia fikir nak nama parti dia aja. Terang terang surau al Falah tu kubu PR.

Aku dengar cerita majoriti mangsa ditempatkan di Dewan UMNO Simpang 3, Jalan Kubur. Tak apalah, mungkin yang ditempatkan di Surau al Falah tu adalah kroni kroni PKR. Tapi hidup hidup la dia kencing orang pasal penempatan tu. Last last dengar kata dia pergi melawat mangsa kat Dewan UMNO Simpang 3 tu.

Satu lagi.



Sekejap kata 15, lepas tu kata 14. Selama ni kita pening kepala sebab lain lain surat khabar info dia lain lain, tapi ni dari mulut/tangan seorang saja. Macam mana dia boleh auta orang sesedap rasa dia saja.

nota kaki: muda-muda dah pandai tipu orang, bila tua nanti jadi apa agak nya?

Friday, April 15, 2011

Nurul Izzah menyanyi dan main gitar

Aku bukan blogger tegar tapi bila ada masa free, aku suka blogwalking. hari ni aku agak free sikit. aku pon terfikir nak jalan jalan kat blog Nurul Izzah, ahli parlimen Lembah Pantai. Aku rasa semua orang kenal.

Ada satu entri blog dia yang menarik perhatian aku.

(klik imej untuk besarkan imej)

Aku bukan seorang male chaunivist, malah jauh dari seorang yang prejudice. Tapi pada aku sebagai seorang WAKIL RAKYAT dan seorang yang mengaku memperjuangkan ISLAM, malah sering melaungkan ayat ayat alQuran, perangai mcm ni eloklah dijauhkan.

1. wakil rakyat
- aku rasa banyak lagi kerja lain yang sedang memerlukan wakil rakyat ambil kisah. bukan senang hati pergi bersuka ria. itu nilai bayaran kepercayaan rakyat kepada wakil rakyat.

2. seorang yg memperjuangkan Islam
 - aku memang tak banyak ilmu agama dan masih lagi menuntut, tapi aku percaya kalau seseorang tu nak membawa ayat ayat alQuran & hadis sebagai hujah dia, kenalah ikut betul betul dalam alQuran & hadis tu. jgn ambil separuh separuh. aku rasa Nurul Izzah pasti dengar kata hiburan 'boleh' melalaikan. (bukan mksd aku 'akan' menyesatkan). ah! kalau nak cerita panjang, sampai esok pun belum tentu habis. gitar tu! bukan kompang, bukan gendang. Ada ulama' kata alat musik berunsurkan 'petik tali' adalah haram. Jadi, tak sepatutnya seseorang seperti Nurul Izzah mengamalkan aktiviti sebegini, dan elakkan perkara syubhat juga.

Aku bukan kata hiburan tak boleh, jgn jadi ahli musik atau sebagainya. Bagilah tugas penghibur pada ahli musik. Kalau wakil rakyat, buat kerja wakil rakyat.

*nota kaki: dah elok pakai tudung, tapi tak bawak imej muslimah sejati. haih~ kuat betul pengaruh dunia.

Monday, April 11, 2011

Jadi menteri kena pandai masak

Salam,

Kalau tengah bosan atau cari idea, aku suka browse-browse gambar. Tiba-tiba aku terjumpa gambar ni.



Waaa, bukan senang jadi menteri sebenarnya. Kena juga tau masak. haha. Bukan satu ni je gambar dia buat benda benda menteri biasa tak buat. Ada juga gambar dia tanam pokok, bersihkan longkang, cat bangunan dan macam macam lagi.

Aku saja tak nak letak, kang orang cakap publisiti murahan. Tapi biasanya orang orang tu mulut je besar, tangan nak pegang batang penyapu pun malas.

Orang atasan ni kena tau kesusahan dan kehidupan seharian orang bawahan, barulah orang orang atasan ni boleh jaga orang orang bawahan ni. Janganlah percaya kalau orang atasan yang pandai cakap je, kena lah tunjuk.

Friday, March 25, 2011

Baiki parit di Kampung Baru

Kampung Baru tu kena baiki sikit. Sedih betul aku tengok.

Tuesday, March 15, 2011

Letih mengadap traffic jam setiap hari

Orang yang bekerja di Selangor dan KL, dan juga bandar bandar besar lain memang tak akan terlepas daripada traffic jam. Bukan sekejap, kadang kadang perjalanan yang sepatutnya makan masa setengah jam saja, jadi sejam lebih angkara jam. Biasanya kena 5 hari seminggu, hari bekerja la tu. Macam mana nak mengelak, laluan alternatif pun memang nasib sama. Letak lah tol mahal 50 sen ke, ramai orang sanggup sebab tak mahu tempuh jam.

Menteri menteri pun pening kepala (menteri yang ambil tahu hal rakyat la, yang tak amik tahu tu belakang kira), dok fikir macam mana nak kurangkan. Rakyat merungut, ekonomi kurang memberangsangkan, kos jalan pun meningkat.

Last last Datuk Raja Nong Chik cuba guna sistem Park & Ride di Malaysia ni. Negara lain memang dah buat, jadi kalau berjaya boleh laksanakanlah sistem ni sepenuhnya.



Aku tak sempat nak ambil gambar signboard Park & Ride ni, tapi ia sudah dijalankan di Putrajaya.

Setakat ni aku tengok, memang dapat kurangkan kereta-kereta yang macam semut pekerja di jalan raya. Harap harap lepas ni kita dapat guna jalan raya dengan senang hati.

 Lawa nya bas, tak macam kat kampung aku

Wah, bestnya dapat replika bas.

Friday, March 11, 2011

Aduan & Rungutan kepada Datuk Raja Nong Chik

Kadang kadang sempat juga aku jenguk ke Laman Facebook Dato' Raja Nong Chik.



Bawah ni adalah aduan dan rungutan dari org awam.

Noris Helmi Nordin

Aduan:

Jalan Burhanudin Helmi di TTDI sudah 3 kali turap kembali rosak. harap pihak YB boleh arahkan DBKL (bahagian R&D atau JKAL atau yg berkaitan) bagi cadangan untuk atasi jalan2 yg memberi masalah seperti ini. Pemanduan yang selesa harus diutamakan juga.

Jawapan:

Kerosakan Jalan Burhanuddin Helmi, TTDI yang rosak adalah akibat tumpahan minyak diesel dari kenderaan terutama bas. Diesel akan melemahkan tar dan akibatnya jalan akan rosak.

Bahagian penyelenggaraan telah melakukan kerja-kerja baikpulih di bahagian -bahagian rosak tersebut namun kerja-kerja tesebut adalah merupakan tindakan jangkamasa pendek.

Buat masa ini perancangan sedang dibuat  untuk menggantikan bahan tahan lasak di sepanjang lokasi bermasalah.

Bahan yang dicadangkan adalah sama seperti yang telah digunakan di sebahagian Jalan Burhanuddin Helmi iaitu : Interlocking pavements. Pada masa ini DBKL sedang menyediakan anggaran kos untuk kerja2 tersebut.


Khalil Khan As

Aduan:

Salam Dato, sy telah melihat jawapan kpd aduan sy yg dikatakan jalan berlubang telah diturap pada 21 Feb. Tapi realiti sebaliknya. Sy turun ke bwh melihatnya hari ini dan jalan masih lg berlubang.. Selain itu, lif bomba di Blok B PPR Pekan Batu tidak berfungsi lebih dari 1 minggu. Harap Dato dpt meneliti apa yg berlaku. Terima kasih.

Jawapan:

Dimaklumkan sebelum ini pihak DBKL ada membuat kerja-kerja penurapan di lokasi berhampiran Blok B seperti yang dimaklumkan. Namun terdapat juga di 3 lokasi berhampiran Blok A dan Blok B di PPR Pekan Batu yang  dikatakan masih berlubang.  Walau bagaimanapun, didapati perkara ini tidak begitu serius.

Namun demikian Arahan Kerja berkenaan perkara ini akan dikeluarkan dan pelaksanaan akan dijalankan dalam tempoh terdekat ini.

Selain itu, lif bomba di Blok B telah berfungsi semula dengan baik setelah tindakan baikpulih diambil pada 1 Mac 2011.


Mohd Sabri Mohd Jamin

Aduan:

assalammualaikum datuk..saya warga OKU di PPR BATU MUDA.utk pengetahuan datuk PARKING kaw.PPR batu muda terlalu sesak...hinggakan parking OKU,kecemasan digunakan.bile waktu malam dah mula menjadi sesak dgn kenderaan...hinggakan kenderaan OKU di halang,susah la bagi kami utk keluar masuk.kami harap datuk dpt mencari jalan supaya orang seperti kami mudah utk keluar masuk...

Jawapan:

DBKL telah menyediakan satu petak tempat letak kereta OKU di depan setiap blok di PPR Batu Muda dan petak ini dikhaskan kepada Golongan OKU.

Namun , disebabkan kekurangan petak letak kereta di kawasan ini, ada segelintir penghuni telah menghalang dengan meletakkan kereta di belakang petak OKU ini.

DBKL akan mengeluarkan notis makluman kepada para penghuni dan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan-peratuan lalulintas seperti menmbuat halangan kenderaan dsb

Monday, March 7, 2011

Lembah Pantai bila nak berubah?

Dalam pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau, BN menang dengan majoriti berganda. Bukan setakat dapat pertahankan tempat-tempat tu, malah penyokong-penyokong BN turut bertambah. Hah! Bukan main lagi ulasan demi ulasan yang kita baca, samada dalam surat khabar, malah dalam blog blog pon banyak membincangkan perihal kemenangan BN di kedua-dua tempat tu.




Ni jelas menunjukkan rakyat dah makin sedar dan bersama-sama menolak perjuangan pembangkang.  Jadi, tempat lain bila lagi nak sama sama bergerak dengan gelombang ni? Kat Lembah Pantai tu aku tengok BN dah banyak buat aktiviti jaga kebajikan, selesaikan masalah rakyat, jaga keharmonian dan macam macam lagi. Kalau tak nampk jugak, memang tak guna ada mata. Aku pon dah banyak kali, dah kalis telinga dah dengar orang mengadu pasal ahli Parlimen Lembah Pantai, tak lain tak bukan Nurul Izzah.

Dengar dengar cerita kata Nurul Izzah lebih pedulikan perihal luar, bukan jaga kepentingan orang Lembah Pantai. Jadi apa guna dia jadi wakil rakyat Lembah Pantai bila masa dia sendiri tak jaga orang Lembah Pantai. Haih~ Masa mengundi nanti aku nak buat-buat tak nampak lah nama dia, dah dia sendiri buat-buat tak nampak keadaan orang Lembah Pantai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...