Monday, February 14, 2011

Orang lain masuk politik, dia pon sibuk nak berpolitik jugak

Hangin betul aku satu badan tengok gelagat mat-mat dan minah minah yang baru setahun jagung dalam bidang politik. Aku pun takde la banyak sangat pengalaman, setakat dengar orang berdebat. Fikir sikit sana sini, pas tu tanya khabar orang kampung. Semua tu perkara biasa. Tapi sesetengah orang muda sekarang ni ringan mulut berbanding tangan. Malu sungguh aku tengok perangai depa ni.

Rasulullah SAW pon pernah kata, kurangkan bercakap, banyakkan perbuatan. Aku pun dah tak tau nak labelkan golongan macam ni dengan panggilan apa dah. Ni salah satu dari golongan yang nak panjat tangga rapuh tapi tengok betol betol. Main hentak kaki je. Akhirnya makan padah sendiri.




Dia pun nak terlebih tunjuk pandai, pegi kira balik berapa kos. Tapi dia tak tahu, dia dah membazir masa dia yang sepatutnya dia guna untuk jaga kebajikan masyarakat dan orang awam.

Ni Dato' Raja Nong Chik dah jawab.

--------------------------------------------------------------------------------

Nong Chik: RM10 Million Overhead Bridge Is KLCC Project

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- The RM10 million pedestrian bridge linking the Kuala Lumpur Convention Centre to the KLCC Impiana Hotel is not a government project.

The cost of building the 153 metre bridge is borne fully by the Petronas subsidiary, KLCC (Holdings) Sdn Bhd, the Federal Territory and Urban Wellbeing Minister, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abdidin, clarified today.

The government is not at all involved in the project, and neither is he or the Mayor of Kuala Lumpur, Raja Nong Chik said in a statement.

"The appointment of the contractor was by rigorous tender and 100 per cent handled by the KLCC," he said.

The pedestrian bridge, which would be air-conditioned and have escalators and lifts for senior citizens and disabled people along with security features such as CCTV, was being built as a corporate social responsibility, he said.

As such, the allegation by Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar that the project cost too much and was a waste of money was baseless, Raja Nong Chik said.

Nurul had also asked whether the contractor had been appointed by open tender.

Raja Nong Chik had said the bridge was the first phase in the overall project of building 12km of pedestrian bridges to link all major roads in Kuala Lumpur to public transport stations.

Source:  BERNAMA

Tuesday, January 18, 2011

Jangan main tuduh semberono

Isu minta laungan azan diperlahankan di Masjid Al-Ikhalasiah di Kampung Kerinchi tarik perhatian banyak pihak. Mana pernah kita dengar sebelum ni. Jadi apa lagi, pro-pro PR tanpa melengahkan masa terus tulis macam-macam. Semua buat spekulasi, kata Pak Najib kita ni tak nak jaga hal ehwal orang Islam la, kata Menteri Wilayah kita tak ambil tahu pasal kerohanian di WP la.

Masa mula mula isu tu keluar kat berita, aku fikir takkan la Pak Najib kita dengan Raja Nong Chik nak biar macam tu aja. Depa pun orang Islam, depa tau apa yang perlu buat. Depa bukan asyik dok goyang kaki kat pejabat berhawa dingin tu aja. Jadi Raja Nong Chik pun buat pertemuan supaya masalah ni dapat selesai.



Tengok! Kan dah settle. Dalam blog Nurul Izzah pun ada dia tulis pasal isu ni. Nasib baik dia tak tuduh semberono. Tapi apa Izzah buat untuk selesaikan masalah ni? Dia tulis dalam blog dia aja, konon cuba meleraikan apa fakta yang ada. Kalau macam tu, aku pon bulih buat benda sama. Kalau macam tu, aku pun bulih jadi MP lembah Pantai, betul tak?

Akhir kata, kalau nampak sarang tebuan, jangan dijolok. Nanti kena padahnya. Kalau dengar satu-satu isu, jangan main hentam saja. Kan dah jadi macam MP malang ni.

Kalau degil, tunggulah tulah

Aku ada tulis sebelum ni pasal 'MB Selangor kena bidas tapi buat buat tak sakit', kali ni aku nak tegur sikitlah. Dengar kata geng geng Selangor nak buat demo hari ahad ni. Ramai jugak yang mintak batal demo ni. Bukan apa, tengok keadaan la. Sikit sikit nak demo, ada hal tak setuju sket nak demo. Aku bukan apa, demo ni memang la salah satu cara nak tunjuk kita tak setuju, tapi ada juga keburukannya.



Hal pelantikan SUK ni dah muktamad, dah diterima. Walaupun MB Selangor kata tak setuju, dia sendiri pegi hadiri Majlis Pelantikan SUK tu. DYMM Sultan Selangor dah cakap jangan politikkan pelantikan tu. Tapi diorang ni degil jugak. Depa dok politikkan pelantikan tu. Aku rasa DYMM Sultan Selangor pon dok mengeluh tengok perangai depa ni.

Aku ingat lagi dulu dulu masa aku studi, demo atau pertunjukan perasaan ni jarang sangat buat pasal politik. Biasanya sebab nak selamatkan orang Palestin yang kena serang dengan Israel sana nu. Kalau tak pun, pasal pembunuhan beramai-ramai di Bosnia. Sekarang ni ada depa buat demi semua tu? Kalau ada pun sekali setahun. Keadilan apa yang diorang dok sebut sebut ni?

Setau aku SUK yang baru dilantik tu tak pernah pun jadi SUK Selangor, jadi biar la dia buat kerja dulu. Ni tak, belum apa-apa dah nak buat demo. Sikit sikit demo, kena tulah sultan baru tau!

Friday, January 7, 2011

MP Titiwangsa malukan diri sendiri

Ni sorang lagi kes memalukan diri sendiri dan tak buat homework macam geng PR sorang ni (baca sini). Agaknya bila depa ni dapat isu hangat, mata abis dah rabun dah tak nampak apa yang benar apa yang fitnah. Haih~ mana keadilannya? mana kebenaran yang depa dok perjuangkan ni? ke dah tukar haluan dah? Bukan apa, niat tak menghalalkan cara, betul tak?

Baca sini.

Tak ke mengarut namanya tu. Bila Raja Nong Chik naik jadi Menteri Wilayah, aku tengok bukan main lagi hentam. Dah tak tengok kiri kanan dah. Ada saja isu yang ada kaitan dengan Raja Nong Chik, dia hentam. Begini ke cara wakil rakyat sebenarnya? Mengecewakan sungguh.

Dulu, aku tak dak la tak suka sangat dengan Dr. Lo'Lo' ni. Yelah, orang pandai, ada gelaran doktor, pandai bercakap, nampak baik. Tapi entah mana silapnya, atas tiket pemimpin, macam-macam statement dia aku tak setuju. Termasuk yang ni lah. Satu lagi yang ni.





Baca sini.

Jadi, sekarang ni macam mana? Bagi aku, kalaulah Dr. Lo'Lo' ni ada kewibawaan sebagai pemimpin, dia akan pegi mintak maaf kat Jawatankuasa Kg Baru (MAS) sendiri. Lagi baik kat semua orang-orang kg baru. Bagitau, "apa yang saya tulis dalam twitter tu adalah ditujukan kepada Raja Nong Chik dan Najib, takde pun nak perli-perli orang kg baru sebab tak jemput saya." Nanti kita tengok nak ke orang kg baru panggil dia ke apa-apa majlis.

Haih~ ni lah manusia, bila suka mempolitikkan semua benda.

MB Selangor kena bidas tapi buat buat tak sakit

Macam macam lah geng pakatan nak mempolitikkan isu isu terkini sekarang ni. Yang paling sensasi pasal kes rogol amah, pasal tiger show kat hotel marriott dan pasal pelantikan SUK selangor. Kes rogol amah dengan tiger show tu dah ramai pakat2 hentam geng pakatan kat blog memasing. Ni aku nak cakap sikit pasal pelantikan SUK Selangor.

Aku ada baca artikel dari agenda daily. Klik sini.




Banyak dah dok hentam si khalid ni, tapi aku tak nampak lak geng2 ngan bloggers2 pakatan ni ada fakta kukuh nak defend khalid. Kenapa ye? Bukti terang lagi bersuluh. Mula mula khalid kata tak setuju dengan pelantikan Khusrin tu.  Pastu kata diorg (khalid n d geng lah) ada kuasa lantik SUK selangor. (ni lah org panggil gila kuasa) Pastu kelam kabut tutup kurap sendiri, panggil sidang dun tergempar pasal kuasa lantikan SUK. Budak- budak sekolah kalau nak exam, diorg akan bukak buku, paling tidak pon baca formula-formula atau fakta-fakta yang cikgu kata akan masuk dalam exam. Yang bijak pandai tu akan buat homework siap-siap. Ni si khalid ni lagi teruk dari budak sekolah gamaknya. Bukan setakat tak buat homework, tapi nak masuk exam pon tak bukak buku. Tapi cakap bukan main besar.

Lagi satu punca PR selangor bakal kehilangan sokongan rakyat, adalah pendirian khalid dan geng PR sendiri. Baca sini. MK tulis pasal khalid tak bagi khusrin angkat sumpah kerahsiaan. aduyai~ DYMM Sultan Selangor dah bertitah kata jangan politikkan pelantikan tu. Baginda dah kata, jangan sensaikan dan politikkan isu pelantikan tu sampai mengelirukan rakyat.

Aku pelik betul dengan geng geng PR ni. Kejap kata itu, kejap kata ini. Pandai cakap tapi putar belit sampai rakyat pon dah kurang percaya cakap diorang ni. Haih~ bila la nak insaf.

Thursday, December 30, 2010

Ahli Parlimen Serdang terdesak sangat ke?

Siapa tak kenal dengan ahli parlimen Serdang yang sedang hangat diperkatakan. Bukan pasal menjaga kebajikan rakyat, bukan dicop sebagai pembela rakyat, bukan juga sebagai pemimpin yang berwibawa. Malah lebih terkenal dengan isu masuk masjid tanpa tutup aurat. Kali ni dia terdesak sangat hendakkan perhatian, dia buat sekali lagi di perkarangan Masjid Taman Cheras jaya, Balakong.

Lihat berita pasal dia buat apa di perkarangan masjid. 



Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang ni agaknya mahu berebut jawatan Ketua JAIS. Mana taknya, banyak lagi tempat umum, tempat orang ramai berkumpul untuk dijadikan tempat menarik undi. Tapi kenapa masjid yang menjadi mangsa. Bukan sekali, malah 2 kali. Memang tak serik. Kesihatan tak boleh dijadikan alasan nak guna kawasan masjid. Sebab tu lah wujudnya taman permainan, dewan serbaguna, padang bola dan sebagainya. Kalau hendak sangat guna masjid tu, suruh jemaah masjid sembahyang di padang bola atau dewan serbaguna.

Harap-harap ada yang beritahu dia yang orang ke masjid untuk beribadat, bukan untuk bersenam robik. Sambutan Maal Hijrah adalah untuk memperingati penghijrahan dari jahil ke berilmu, bukan untuk kembali kepada zaman jahil yang mempergunakan agama untuk menarik undi rakyat semata-mata.

Bawak-bawak lah sedar diri, tak perlu tunggu orang lain tegur.


Thursday, October 28, 2010

Najib Tun Razak dan Dr Manmohan Singh rasmikan Little India Brickfields

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan rakan sejawatan beliau dari India, Dr Manmohan Singh, hari ini merasmikan "Little India" sebuah kawasan kediaman masyarakat India di Brickfields di sini.


Datuk Seri Najib Tun Razak dan Dr Manmohan Singh merasmikan pelancaran Little India Brickfields. Turut hadir adalah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik.

Pada majlis penuh bersejarah itu, Najib bersama Manmohan yang sedang melawat negara ini, melancarkan sebuah kolam pancutan air yang menjadi simbol bermulanya suatu langkah baru dalam hubungan rapat antara kerajaan dan kerajaan serta rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.

"Ini lebih daripada suatu simbol...ia akan menjadi tempat untuk pelancong dan yang pasti, akan memberi manfaat kepada penduduk di sini," kata Najib sebelum bermulanya majlis perasmian itu yang dihadiri kira-kira 5,000 orang dalam kawalan ketat keselamatan di sekitar kawasan berkenaan.
Najib Tun Razak berjalan sekitar Little India Brickfields selepas pelancarannya.

Little India meliputi kawasan dari Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan, dengan fasa pertamanya dijangka siap Disember ini.

Kerja bagi fasa pertama, yang membabitkan kos RM17 juta, bermula Mei tahun ini dan mengandungi pembangunan sebuah kawasan dari Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Projek dua fasa berharga RM35 juta itu membabitkan pembinaan premis perniagaan baru dan kompleks parkir serta pembesaran jalan.

Kolam pancutan air berkenaan adalah yang tertinggi di negara ini, berukuran 7.62 meter dan terletak tidak jauh dari KL Sentral, hab pengangkutan di ibu negara.

Dalam ucapannya, Najib berkata kehadiran Manmohan ke majlis itu melambangkan keinginan mendalam kedua-dua negara untuk meningkatkan hubungan Kuala Lumpur-New Delhi, bukan saja dalam konteks antara kerajaan dan kerajaan, yang berkembang dengan positif, tetapi "hubungan ini juga menyentuh hati kebanyakan orang yang tinggal di Malaysia dan di kawasan Brickfields".
 Dianggarkan lebih kurang 5,000 orang hadir untuk menyaksikan pelancaran Little India Brickfields. Turut hadir Menteri Wilayah Dato' Raja Nong Chik

Katanya, kunjungan pemimpin India itu juga amat penting kerana ia mencerminkan bahawa hubungan antara Malaysia dan India semakin kukuh dari semasa ke semasa dalam banyak bidang.

Najib berkata, majlis perasmian itu amat besar ertinya bagi penduduk Brickfields kerana ia sebahagian usaha penting usaha kerajaan untuk membangunkan semula bandar.

"Kami ingin mempamerkan kedinamikan, kesegaran dan kemajuan Brickfields...Brickfields memiliki keindahan tersendiri...tempat menjamu selera yang hebat. Paling penting, kerajaan telah mengotakan janjinya untuk membangunkan semula Brickfields," katanya.

Najib berkata, kerajaan membuat keputusan untuk membangunkan kawasan itu sebagai Litte India kerana Brickfields, yang merupakan sebuah kawasan menarik, telah hilang serinya.

Katanya, majlis hari ini menjadi pembuka tirai bagi era baru yang akan dinikmati oleh Brickfields.

"Brickfields tidak akan seperti sebelum ini lagi...ia akan menjadi Brickfields yang akan menampilkan kepada dunia...sebuah Little India di Malaysia," katanya.

Dalam ucapannya pula, Manmohan berkata Malaysia mewakili segala yang terbaik dari Asia.

"Ia memiliki kepelbagaian dalam banyak hal dan sebuah negara yang sungguh indah...tempat tinggal rakyat daripada etnik, agama dan latar belakang yang berbeza," katanya.

Beliau berkata, Malaysia juga menampilkan contoh tentang sikap tolak-ansur, keharmonian dan kehidupan bersama secara aman.

"Inilah sebenarnya apa yang kami cuba wujudkan di India," katanya.

Beliau berkata, masyarakat India di Malaysia memberi sumbangan penting terhadap pembangunan negara ini dan mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang profesional.

"Keputusan membangunkan Little India ini... adalah suatu penghargaan terhadap sumbangan semua rakyat Malaysia berketurunan India dalam memajukan negara ini," katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana mengilhamkan idea besar ini dan katanya, di bawah kepimpinan Najib, Malaysia memasuki era baru yang penuh dengan kemajuan dan kemakmuran.

Katanya, hubungan Malaysia-India akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang.

Sementara itu, ketika berjalan-jalan di sekitar kawasan itu selama beberapa minit selepas Manmohan meninggalkan majlis berkenaan, Najib diberi sambutan mesra oleh beribu-ribu hadirin yang berkumpul di situ.



Dalam ucapannya, Raja Nong Chik berkata Memorandum Persefahaman (MOU) antara Malaysia dan India mengenai penubuhan bandar raya berkembar KL-Chennai telah diluluskan secara dasarnya dan dijadualkan dimeterai menjelang akhir bulan depan. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...