--Asian Bloggers and Social Media Conference 29 July 2010--
Minister of Federal Territories and Urban Wellbeing, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin attended the Asian Bloggers and Social Media Conference. He shared his experiences about FB hour, Blog4FT and future new media programs by the Ministry of Federal Territories and Urban Wellbeing to engage the urban rakyat.
More on his news here, here and here.
Friday, July 30, 2010
Wednesday, July 28, 2010
UPSR dan PMR tak jadi mansuh
Isu UPSR dan PMR dikatakan akan dimansuhkan sudah hampir sampai ke penghujungnya. Dalam perbincangan meja bulat semalam, sudah diputuskan bahawa UPSR dan PMR tak akan dimansuhkan tapi sistem pendidikan dan peperiksaan akan diperelokkan. Ramai orang dah luahkan pendapat masing masing dan inilah hasilnya.
Aku rasa berbaloi jugak ramai orang tulis dalam blog dan berbincang pasal isu ni. Bagi aku pun, pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini tidak sepatutnya berlaku. Tapi, bukan bermaksud aku bersetuju dengan keadaan sistem sekarang. Memang tak aku nafikan sistem pendidikan negara kita memang berada di tahap yang membimbangkan, tapi pemansuhan UPSR dan PMR bukanlah jalan penyelesaiannya.
Kalau kita tengok para pelajar kita, memang mereka dalam keadaan belajar semata-mata untuk lulus peperiksaan. Kenapa keadaan sudah sampai ke tahap begini? Adakah para pelajar sahaja yang bersalah? Siapakah yang patut dipersalahkan selain para pelajar sendiri? Banyak persoalan dikemukakan dalam perbincangan untuk mendapatkan kata putus sama ada UPSR dan PMR patut dimansuhkan. Bukan sedikit kesan yang akan berlaku sekiranya langkah pemansuhan UPSR dan PMR ni diteruskan. Dan aku rasa bukan pihak pendidikan sahaja yang akan terkena tempiasnya.
Cuba tengok pada realiti. Pengambilan pekerja ke mana-mana bidang sekali pun, tak kiralah kerajaan atau swasta, sangat mengambil kira keputusan peperiksaan. Jadi disebabkan itulah para pelajar amat mengambil berat keputusan peperiksaan mereka. Tak kiralah apa yang berlaku sepanjang pembelajaran di sekolah, atau ko-kurikulum mereka. Inilah yang mahu dielakkan oleh pihak yang menyarankan pemansuhan UPSR dan PMR. Jadi, pada pendapat aku langkah tidak memansuhkan kedua dua peperiksaan tu adalah langkah yang sesuai, tapi pada masa yang sama sistem pendidikan hendaklah dibaikpulih. Aku bukan kata sistem pendidikan sekarang tidak elok atau seumpama, tapi untuk membetulkan objektif para pelajar.
Namun, semua ni bukan tanggungjawab pihak kementerian pelajaran sahaja. Semua pihak terbabit. Lagipun, ramai pihak yang bersalah dalam hal ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)