Thursday, December 30, 2010

Ahli Parlimen Serdang terdesak sangat ke?

Siapa tak kenal dengan ahli parlimen Serdang yang sedang hangat diperkatakan. Bukan pasal menjaga kebajikan rakyat, bukan dicop sebagai pembela rakyat, bukan juga sebagai pemimpin yang berwibawa. Malah lebih terkenal dengan isu masuk masjid tanpa tutup aurat. Kali ni dia terdesak sangat hendakkan perhatian, dia buat sekali lagi di perkarangan Masjid Taman Cheras jaya, Balakong.

Lihat berita pasal dia buat apa di perkarangan masjid



Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang ni agaknya mahu berebut jawatan Ketua JAIS. Mana taknya, banyak lagi tempat umum, tempat orang ramai berkumpul untuk dijadikan tempat menarik undi. Tapi kenapa masjid yang menjadi mangsa. Bukan sekali, malah 2 kali. Memang tak serik. Kesihatan tak boleh dijadikan alasan nak guna kawasan masjid. Sebab tu lah wujudnya taman permainan, dewan serbaguna, padang bola dan sebagainya. Kalau hendak sangat guna masjid tu, suruh jemaah masjid sembahyang di padang bola atau dewan serbaguna.

Harap-harap ada yang beritahu dia yang orang ke masjid untuk beribadat, bukan untuk bersenam robik. Sambutan Maal Hijrah adalah untuk memperingati penghijrahan dari jahil ke berilmu, bukan untuk kembali kepada zaman jahil yang mempergunakan agama untuk menarik undi rakyat semata-mata.

Bawak-bawak lah sedar diri, tak perlu tunggu orang lain tegur.


Thursday, October 28, 2010

Najib Tun Razak dan Dr Manmohan Singh rasmikan Little India Brickfields

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan rakan sejawatan beliau dari India, Dr Manmohan Singh, hari ini merasmikan "Little India" sebuah kawasan kediaman masyarakat India di Brickfields di sini.


Datuk Seri Najib Tun Razak dan Dr Manmohan Singh merasmikan pelancaran Little India Brickfields. Turut hadir adalah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik.

Pada majlis penuh bersejarah itu, Najib bersama Manmohan yang sedang melawat negara ini, melancarkan sebuah kolam pancutan air yang menjadi simbol bermulanya suatu langkah baru dalam hubungan rapat antara kerajaan dan kerajaan serta rakyat dengan rakyat kedua-dua negara.

"Ini lebih daripada suatu simbol...ia akan menjadi tempat untuk pelancong dan yang pasti, akan memberi manfaat kepada penduduk di sini," kata Najib sebelum bermulanya majlis perasmian itu yang dihadiri kira-kira 5,000 orang dalam kawalan ketat keselamatan di sekitar kawasan berkenaan.
Najib Tun Razak berjalan sekitar Little India Brickfields selepas pelancarannya.

Little India meliputi kawasan dari Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan, dengan fasa pertamanya dijangka siap Disember ini.

Kerja bagi fasa pertama, yang membabitkan kos RM17 juta, bermula Mei tahun ini dan mengandungi pembangunan sebuah kawasan dari Jalan Travers ke Jalan Tun Sambanthan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Projek dua fasa berharga RM35 juta itu membabitkan pembinaan premis perniagaan baru dan kompleks parkir serta pembesaran jalan.

Kolam pancutan air berkenaan adalah yang tertinggi di negara ini, berukuran 7.62 meter dan terletak tidak jauh dari KL Sentral, hab pengangkutan di ibu negara.

Dalam ucapannya, Najib berkata kehadiran Manmohan ke majlis itu melambangkan keinginan mendalam kedua-dua negara untuk meningkatkan hubungan Kuala Lumpur-New Delhi, bukan saja dalam konteks antara kerajaan dan kerajaan, yang berkembang dengan positif, tetapi "hubungan ini juga menyentuh hati kebanyakan orang yang tinggal di Malaysia dan di kawasan Brickfields".
 Dianggarkan lebih kurang 5,000 orang hadir untuk menyaksikan pelancaran Little India Brickfields. Turut hadir Menteri Wilayah Dato' Raja Nong Chik

Katanya, kunjungan pemimpin India itu juga amat penting kerana ia mencerminkan bahawa hubungan antara Malaysia dan India semakin kukuh dari semasa ke semasa dalam banyak bidang.

Najib berkata, majlis perasmian itu amat besar ertinya bagi penduduk Brickfields kerana ia sebahagian usaha penting usaha kerajaan untuk membangunkan semula bandar.

"Kami ingin mempamerkan kedinamikan, kesegaran dan kemajuan Brickfields...Brickfields memiliki keindahan tersendiri...tempat menjamu selera yang hebat. Paling penting, kerajaan telah mengotakan janjinya untuk membangunkan semula Brickfields," katanya.

Najib berkata, kerajaan membuat keputusan untuk membangunkan kawasan itu sebagai Litte India kerana Brickfields, yang merupakan sebuah kawasan menarik, telah hilang serinya.

Katanya, majlis hari ini menjadi pembuka tirai bagi era baru yang akan dinikmati oleh Brickfields.

"Brickfields tidak akan seperti sebelum ini lagi...ia akan menjadi Brickfields yang akan menampilkan kepada dunia...sebuah Little India di Malaysia," katanya.

Dalam ucapannya pula, Manmohan berkata Malaysia mewakili segala yang terbaik dari Asia.

"Ia memiliki kepelbagaian dalam banyak hal dan sebuah negara yang sungguh indah...tempat tinggal rakyat daripada etnik, agama dan latar belakang yang berbeza," katanya.

Beliau berkata, Malaysia juga menampilkan contoh tentang sikap tolak-ansur, keharmonian dan kehidupan bersama secara aman.

"Inilah sebenarnya apa yang kami cuba wujudkan di India," katanya.

Beliau berkata, masyarakat India di Malaysia memberi sumbangan penting terhadap pembangunan negara ini dan mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang profesional.

"Keputusan membangunkan Little India ini... adalah suatu penghargaan terhadap sumbangan semua rakyat Malaysia berketurunan India dalam memajukan negara ini," katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana mengilhamkan idea besar ini dan katanya, di bawah kepimpinan Najib, Malaysia memasuki era baru yang penuh dengan kemajuan dan kemakmuran.

Katanya, hubungan Malaysia-India akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang.

Sementara itu, ketika berjalan-jalan di sekitar kawasan itu selama beberapa minit selepas Manmohan meninggalkan majlis berkenaan, Najib diberi sambutan mesra oleh beribu-ribu hadirin yang berkumpul di situ.



Dalam ucapannya, Raja Nong Chik berkata Memorandum Persefahaman (MOU) antara Malaysia dan India mengenai penubuhan bandar raya berkembar KL-Chennai telah diluluskan secara dasarnya dan dijadualkan dimeterai menjelang akhir bulan depan. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian Online

Wednesday, August 18, 2010

Majlis Pelancaran Skim Prihatin Wilayah Persekutuan

Dato' Raja Nong Chik menghadiri Majlis Pelancaran Skim Prihatin Wilayah Persekutuan dan Majlis Berbuka Puasa peringkat WP 2010/1431H yang dirasmikan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Masjid Wilayah Persekutuan pada 16 Ogos 2010.












Tuesday, August 17, 2010

Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan dilancar

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan skim khairat kematian untuk warga kota yang dikenali dengan nama Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau, skim itu bertujuan mengurangkan kesedihan dan meringankan beban mereka yang kematian ahli keluarga.

Beliau mengakui, dalam kesibukan mengejar kemajuan ekonomi, memang terdapat golongan yang tersisih daripada arus pembangunan.

“Mereka termasuklah golongan mudah miskin yang hidup di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

“Dengan peningkatan kos sara hidup, golongan ini menghadapi kesukaran menampung perbelanjaan harian. Tanpa bantuan kerajaan dan mereka yang prihatin, golongan ini akan terus dihimpit kemiskinan,” katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran skim itu dan majlis berbuka puasa peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Skim khairat kematian itu amat unik kerana ia terbuka kepada semua warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira kaum atau agama selagi memenuhi syarat yang ditetapkan.

Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) selaku pengurus skim akan menyumbang RM2,500 kepada penama setelah membayar yuran RM5 yang hanya perlu dilunaskan sekali sahaja seumur hidup.

Syarat untuk mendapat khairat itu ialah:

– Berusia antara 21 tahun hingga 75 tahun

– Bermastautin di Wilayah Persekutuan

– Berdaftar sebagai pengundi di Wilayah Persekutuan

– Mengemukakan dua orang penama.

Pada majlis sama juga, YWP menyampaikan bantuan Ihya’ Ramadan sebanyak RM80,000 kepada 320 individu yang tidak bernasib baik dengan setiap seorang akan menerima RM250.

Dalam pada itu, YWP turut memperuntukkan RM235,000 untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan seperti anak- anak yatim, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan mereka yang berpendapatan rendah.

Diambil dari: Blog Raja Nong Chik

Sunday, August 15, 2010

Program mengacau bubur lambuk

Dato' Raja Nong Chik menghadiri Program Mengacau bubur lambuk, memenuhi jemputan Datuk Azizah iaitu Ketua Wanita UMNO WP. Pergerakan Wanita WP bekerjasama dengan Kumpulan NST, Petronas dan JMB Kondo Rakyat memasak bubur lambuk untuk edaran percuma sempena Ramadhan.









Kredit kepada RajaNongChikClub.

Monday, August 9, 2010

Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sukma WP

Raja Nong Chik menghadiri Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sukma WP. Semoga pengiktirafan ini akan menyemarakkan semangat para atlet utk lebih cemerlang bukan sahaja di peringkat kebangsaan malahan di peringkat antarabangsa.












Lagi berita mengenai Raja Nong Chik di Rajanongchikclub, AnakWilayah, AnakSeniKL.

Sunday, August 8, 2010

Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang PMR-SPM-STPM

Dato' Raja Nong Chik menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang PMR/SPM/STPM 2009 anjuran Biro Pelajaran UMNO Bahagian Lembah Pantai dgn kerjasama PIBG SMK Bukit Bandaraya. Diharapkan anugerah anugerah seperti ini dapat menaikkan semangat generasi muda kita agar terus cemerlang dalam bidang akademik.












Berita mengenai aktiviti Dato' Raja Nong Chik di blog-blog ini. RajaNongChikClub, AnakSeniKL dan AnakWilayah.

Saturday, August 7, 2010

Majlis Perasmian Jejambat Jln Travers-Jln Bangsar

Majlis Perasmian Jejambat Jln Travers-Jln Bangsar





Lagi berita mengenai Dato' Raja Nong Chik di sini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato' Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menghadiri Majlis Perasmian Jejambat Jalan Travers/Jalan Bangsar. Harap harap dengan pembinaan jejambat ni, dapatlah menyenangkan penduduk di situ. Terima kasih, Dato' Raja Nong Chik!

Aduan Rakyat di Facebook

Aduan Rakyat di Facebook. Sekarang rakyat boleh mendekati pemimpin mereka menggunakan facebook.

>Fazil Ismail<


Soalan:

salam Dato', saya sudah 9 thun tinggal di Taman Perumahan Sg Bedaun yg di selia oleh Perbadanan Labuan. Tidakkah pihak WP ada rancangan utk menjual unit2 rumah kos rendah ini?

harapan saya dan penduduk laqin agar pihak WP dapat membuat tawaran agar unit2 rumah tersebut dijual kpd yg berminat.

trima kasih..

Jawapan:

Buat masa ini, PL masih belum bercadang untuk menjual rumah kos rendah milik Perbadanan Labuan di Taman Perumahan Sungai Bedaun memandangkan kawasan tersebut merupakan satu-satunya kawasan rumah kos rendah untuk disewakan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan isi rumah yang tinggi.

Namun yang demikian, Perbadanan Labuan kini membuka tawaran untuk pembelian rumah kos sederhana rendah milik Perbadanan Labuan di Taman Mutiara dengan harga RM70,040.00.


>Chui 翠玲 Ling<


Aduan:

Dear Dato. I would like to highlight the transfer of the buses for Seremban-KL and KL-Tg. Malim. why move the buses to the Hang Tuah stop only to have them pass by Central Market again? walking to the HT stop at night is dangerous although there is a Police Station there.

if the case is "obstruction of traffic" then the other buses (Metrobas/RapidKL) should be moved too. they drive recklessly, ignore trafficlights and have the mentality of "might is right" to other road users.

> i am sure a compromise can ...be reached. i.e. the buses cannot park at CM but only can pick up passengers.. those who take the StarLRT/Monorail can still take the bus from HT, but those who use PutraLRT can wait at CM.

- awaiting your kind response. many thanks

and


>Pak Mie<


Aduan:
Salam datuk, pohon yb ambil phatian bhubung larangan bas sks dan suasana edaran untuk laluan ke seremban mengambil penumpang di hadapan CM. Penumpang tpksa ke jln Hg Tuah.. Menyulitkan dan x relevan memandangkan ramai penduduk dr seremban bkerja di KL.. Harap YB tgok2kan lah ye.. Terima kasih..

Jawapan kpd Chui 翠玲 Ling dan Pak Mie:

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) sedang dalam usaha untuk mempertingkat dan menambah baik Puduraya dan kawasan sekitarnya bagi meningkatkan keselesaan pengguna dan orang ramai di kawasan tersebut. Atas tujuan itu, Kementerian telah bersetuju supaya operasi bas ekspres Kuala Lumpur - Seremban dan Kuala Lumpur – Tanjung Malim dipindahkan ke Terminal Bas Jalan Hang Tuah. Dengan pemindahan bas-bas ekspres jarak dekat ini, kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Tan Cheng Lock berdekatan Pasar Seni (Central Market) dapat dikurangkan.

~ Kemudahan dan Keselamatan Pengguna di Terminal Bas Jalan Hang Tuah. ~

Bagi memastikan keselesaan pengguna, Terminal Bas Jalan Hang Tuah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, kantin dan surau dan lokasi terminal ini juga terletak berhampiran dengan stesen LRT dan Monorail yang dapat memudahkan para penumpang untuk pergi ke destinasi seterusnya, di samping itu perkhidmatan bas perantara turut disediakan oleh pihak Rapid KL di terminal berkenaan.

Selain itu, pihak UDA juga turut menempatkan beberapa anggota pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam di kawasan terminal berkenaan dan kedudukan Terminal Bas Jalan Hang Tuah yang terletak bersebelahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dilihat dapat meningkatkan keyakinan dan keselamatan pengguna-pengguna Terminal tersebut.

~ Isu bas ekspres jarak dekat KL-Seremban ~

Menyedari akan permasalahan yang dialami oleh orang ramai khususnya pengguna bas ekspres jarak dekat Kuala Lumpur – Seremban, pihak Kementerian bersama-sama DBKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan LPKP sedang mengkaji kesesuaian laluan bagi memudahkan pergerakan bas-bas ekspres terbabit. Pihak Kementerian bersama agensi-agensi berkepentingan dengan menggunakan kaedah penyelesaian secara bersepadu (Concerted Efforts), akan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi memastikan kedua-dua hasrat Kerajaan iaitu mempertingkatkan keselesaan pengguna perkhidmatan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur dapat dicapai.

Diambil dari Facebook Dato' Raja Nong Chik.

Tuesday, August 3, 2010

People's Voice, Brickfield

Karnival anjuran The Star bersama Red FM, People's Voice, di Brickfield












More about Federal Territories at other blogs such as here, here or here.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...