Bila baca berita kat Sinar Harian ni, pasal 12 setinggan kat Cheras dapat rumah baru, terimbas lak kes-kes PPR yang memang tak sudah. Kenapa baru sekarang orang dok sibuk pasal PPR la, rumah setinggan la.
Hari tu, Raja Nong Chik kata nak buat lagi banyak-banyak PPR. Nampaknya untung la orang yang yang layak mohon nak beli rumah kat PPR tu. Aku ni pulak berputih mata la nak pohon sebab tak layak. Terpaksalah simpan duit beli rumah biasa. Tapi aku rasa, ok jugak la. Masih ramai lagi yang kurang bernasib baik berbanding aku. Ada yang anak ramai dan tak mampu nak beli baju sekolah baru untuk semua. Yang adik terpaksa pakai baju lama si kakak atau abang-abang. Itulah nasib si adik-adik. Yang lebih tua dapatlah merasa pakai baju baru.
Jadi, aku harap isu-isu negatif pasal PPR ni takkan timbul lepas ni. Dengan pelbagai cara Raja Nong Chik cuba buat supaya adil untuk semua pihak, harap-harapnya tiadalah pihak yang cuba sebarkan fitnah atau sengaja buat hal supaya mereka dapat untung, manakala orang lain tertindas.
Wednesday, June 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment