Wednesday, June 30, 2010

Penjara Pudu tiada ciri warisan

Salam 1Malaysia,

Apa cerita pasal Penjara Pudu kena roboh ni? Ramai yang tak setuju, dan ramai juga yang tak ambil kisah pun. Ada banyak pro dan cons nya tindakan robohkan penjara pudu ni.

Memanglah sayang, bangunan yang lebih 100 tahun dibina. Datuk Seri Rais Yatim kata tak ada nilai warisan, aku rasa sebab bangunan tu bukanlah sesuatu yang boleh ditunjuk-tunjuk dan dibanggakan. Yalah, tengokla keadaan nya macam mana. Tapi bagi aku, bangunan tu ada nilai sejarah dia. Tak cukupkah nilai sejarah tu dikekalkan, supaya kita ingat asal usul kita?

=============================================
30/6/2010

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menolak tanggapan bahawa Penjara Pudu yang berusia lebih 100 tahun adalah sebuah bangunan warisan.

Beliau berkata, sesuatu yang dianggap warisan mestilah mempunyai ciri-ciri kebangsaan yang besar nilainya, ciri-ciri sejarah yang membentuk masyarakat serta nilai estetika dan nilai seni bina.

“Penjara semata-mata bukanlah satu warisan yang boleh melonjakkan nilai nasional atau nilai estetika. Namun demikian bagi mereka yang mempunyai kerinduan di zaman lampau, kita boleh menggunakan pintu gerbang sebagai satu preservasi,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang 2009 bagi warga kementerian itu di Istana Budaya, di sini, semalam.

Rais berkata, Uda Holdings Berhad bebas membuat sebarang pembangunan di tapak penjara itu tetapi kementerian mahu pintu gerbang penjara itu dirizabkan.

Minggu lalu, tembok Penjara Pudu sudah dirobohkan kontraktor dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi membina laluan bawah tanah di Jalan Pudu. Penjara Pudu dibina pada 1895. - Bernama

Petikan dari Sinar Harian

=============================================

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...