Kadang kadang sempat juga aku jenguk ke Laman Facebook Dato' Raja Nong Chik.
Bawah ni adalah aduan dan rungutan dari org awam.
Noris Helmi Nordin
Aduan:
Jalan Burhanudin Helmi di TTDI sudah 3 kali turap kembali rosak. harap pihak YB boleh arahkan DBKL (bahagian R&D atau JKAL atau yg berkaitan) bagi cadangan untuk atasi jalan2 yg memberi masalah seperti ini. Pemanduan yang selesa harus diutamakan juga.
Jawapan:
Kerosakan Jalan Burhanuddin Helmi, TTDI yang rosak adalah akibat tumpahan minyak diesel dari kenderaan terutama bas. Diesel akan melemahkan tar dan akibatnya jalan akan rosak.
Bahagian penyelenggaraan telah melakukan kerja-kerja baikpulih di bahagian -bahagian rosak tersebut namun kerja-kerja tesebut adalah merupakan tindakan jangkamasa pendek.
Buat masa ini perancangan sedang dibuat untuk menggantikan bahan tahan lasak di sepanjang lokasi bermasalah.
Bahan yang dicadangkan adalah sama seperti yang telah digunakan di sebahagian Jalan Burhanuddin Helmi iaitu : Interlocking pavements. Pada masa ini DBKL sedang menyediakan anggaran kos untuk kerja2 tersebut.
Khalil Khan As
Aduan:
Salam Dato, sy telah melihat jawapan kpd aduan sy yg dikatakan jalan berlubang telah diturap pada 21 Feb. Tapi realiti sebaliknya. Sy turun ke bwh melihatnya hari ini dan jalan masih lg berlubang.. Selain itu, lif bomba di Blok B PPR Pekan Batu tidak berfungsi lebih dari 1 minggu. Harap Dato dpt meneliti apa yg berlaku. Terima kasih.
Jawapan:
Dimaklumkan sebelum ini pihak DBKL ada membuat kerja-kerja penurapan di lokasi berhampiran Blok B seperti yang dimaklumkan. Namun terdapat juga di 3 lokasi berhampiran Blok A dan Blok B di PPR Pekan Batu yang dikatakan masih berlubang. Walau bagaimanapun, didapati perkara ini tidak begitu serius.
Namun demikian Arahan Kerja berkenaan perkara ini akan dikeluarkan dan pelaksanaan akan dijalankan dalam tempoh terdekat ini.
Selain itu, lif bomba di Blok B telah berfungsi semula dengan baik setelah tindakan baikpulih diambil pada 1 Mac 2011.
Mohd Sabri Mohd Jamin
Aduan:
assalammualaikum datuk..saya warga OKU di PPR BATU MUDA.utk pengetahuan datuk PARKING kaw.PPR batu muda terlalu sesak...hinggakan parking OKU,kecemasan digunakan.bile waktu malam dah mula menjadi sesak dgn kenderaan...hinggakan kenderaan OKU di halang,susah la bagi kami utk keluar masuk.kami harap datuk dpt mencari jalan supaya orang seperti kami mudah utk keluar masuk...
Jawapan:
DBKL telah menyediakan satu petak tempat letak kereta OKU di depan setiap blok di PPR Batu Muda dan petak ini dikhaskan kepada Golongan OKU.
Namun , disebabkan kekurangan petak letak kereta di kawasan ini, ada segelintir penghuni telah menghalang dengan meletakkan kereta di belakang petak OKU ini.
DBKL akan mengeluarkan notis makluman kepada para penghuni dan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan-peratuan lalulintas seperti menmbuat halangan kenderaan dsb
Friday, March 11, 2011
Aduan & Rungutan kepada Datuk Raja Nong Chik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment