Saturday, April 25, 2009

Raja Nong Chik akan kemukakan semula cadangan monorel di Putrajaya

Raja Nong Chik berkata, "selepas pencen, kebanyakan kakitangan kerajaan terutama mereka yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli rumah di Putrajaya kerana harganya mahal. Justeru itu, saya berharap pembinaan lebih banyak rumah kos rendah pada masa depan akan memberi peluang kepada pesara kerajaan terutama mereka yang berpendapatan rendah boleh memiliki rumah sendiri selepas bersara," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Masjid Besi di Presint 3 di sini"

Lepas ini, bolehlah saya beli rumah di Putrajaya. Dah lama saya mengidam nak beli rumah di sana. Bukan sahaja tempatnya selesa. Malah nampak gayanya, masa depan Putrajaya akan lebih cerah dan nilai tanah di sana juga akan naik. Untuk orang seperti saya, yang tidak mampu hendak memiliki rumah tanpa bantuan bank, hanya tinggal angan-angan sajalah hendak memiliki rumah di Putrajaya. Tapi kini mungkin Raja Nong Chik boleh membuatkan impian saya tercapai.

Kalau demi kemajuan kerajaan, sudah tentu lebih menguntungkan kalau dibuat rancangan membina kawasan untuk orang-orang kaya, dan ia lebih senang diuruskan. Jadi saya rasa tindakan Raja Nong Chik ini seperti meniti di atas titian yang halus. Tidak kena pada caranya, padah nanti. Oleh itu saya harap Raja Nong Chik bukanlah orang yang kurang teliti, malah saya lihat perancangan-perancangan yang beliau laksanakan kena pada tempatnya.

Berikut adalah petikan berita mengenai pembangunan kawasan Putrajaya yang dibentangkan oleh Raja Nong Chik.

--------------------------------------------------------------------------

Lebih banyak tapak rumah murah di Putrajaya


PUTRAJAYA 25/04/09 : Lebih banyak tapak untuk pembinaan rumah kos rendah dan sederhana akan disediakan di kawasan Putrajaya bagi menampung permintaan kakitangan kerajaan yang ramai menyewa di situ serta memberi peluang mereka memiliki rumah selepas bersara.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal, berkata pada masa ini kira-kira 2,000 unit rumah kos rendah dan sederhana yang aad di Putrajaya sudah diduduki.

"Selepas pencen, kebanyakan kakitangan kerajaan terutama mereka yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli rumah di Putrajaya kerana harganya mahal.

"Justeru itu, saya berharap pembinaan lebih banyak rumah kos rendah pada masa depan akan memberi peluang kepada pesara kerajaan terutama mereka yang berpendapatan rendah boleh memiliki rumah sendiri selepas bersara," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Masjid Besi di Presint 3 di sini.

Raja Nong Chik juga berkata beliau akan mengemukakan semula cadangan kepada kerajaan untuk meneruskan projek monorel bagi mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas dan masalah kekurangan tempat letak kereta di sekitar pejabat kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, projek berkenaan tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa terdekat berikutan masalah kegawatan ekonomi sekarang.

"Kita berharap projek monorel itu dapat diteruskan kerana mengikut perancangan asal ia menjadi nadi pengangkutan utama orang ramai di Putrajaya," katanya.

Pembinaan rangkaian sistem monorel bernilai RM400 juta, menghubungkan kawasan perumahan dan pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu adalah antara projek besar yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 8 Jun 2004.

Bagaimanapun, projek itu terpaksa ditangguhkan sejak lima tahun lalu berikutan peningkatan kos dan kekangan kewangan kerajaan.

-------------------------------------------------------------------------------

Raja Nong Chik ada berkata ketika hari pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, bahawa penekanan akan ke arah kemudahan dan keselesaan penduduk. Marilah kita berharap agar impian kita melihat kawasan-kawasan Wilayah Persekutuan maju di bawah kepimpinan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...