Raja Nong Chik pernah menggesa KWP supaye turun padang dan itu saya anggap satu tindakan yang tepat. Antara pemimpin dan rakyat, komunikasi adalah salah satu hubungan terpenting untuk memahami satu sama lain dan melalui komunikasilah terhasilnya kepercayaan.
Artikel berita di bawah ini, saya terbaca dalam berita rtm online.
---------------------------------------------~~~~~~~~~~~~~------------------------------------
Putrajaya 15/04/09 - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang baru, beriltizam menyalurkan perkhidmatan yang terbaik kepada warganya untuk mencapai wawasan Satu Malaysia.
Datuk Raja Nong Chik berkata konsep Satu Malaysia sangat relevan dengan Wilayah Persekutuan dari segi kepelbagaian bangsa warganya.
Beliau akan meneruskan program menteri terdahulu selain mencari kaedah penambahbaikan dalam perkhidmatan agar rakyat di peringkat akar umbi mendapat manfaat.
Datuk Raja Nong Chik akan mengamalkan dasar turun padang dan mengurangkan protokol sebagaimana yang disarankan Perdana Menteri.
Pada peringkat awal, beliau ingin beri perhatian kepada kebajikan, peluang perniagaan dan pekerjaan bagi masyarakat yang ketinggalan dari kehidupan serba moden di Wilayah Persekutuan.
Selain itu katanya, isu pengangkutan awam dan penempatan penduduk juga antara perkara yang perlu diberi perhatian.
Berita oleh Noor/sumber RTM
----------------------------------------~~~~~~~~~~~~~~~~------------------------------------
Raja Nong Chik yang baru diangkat menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, saya percaya bahawa beliau sedar yang tanggungjawab beliau bukanlah sesuatu yang main-main atau remeh. Sikap tanggungjawab dan keinginan untuk berbakti kepada rakyat akan menjadi tonggak utama ke arah kemajuan rakyat dan negara. Itulah harapan dan kepercayaan saya terhadap Raja Nong Chik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment