Thursday, April 23, 2009

Raja Nong Chik jamin baiki DBKL

Raja Nong Chik memberi jaminan akan membaiki perkhidmatan DBKL, kata beliau dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Hari Potensi Tabika Kemas Parlimen Lembah Pantai yang dihadiri beliau beberapa hari yang lepas. 

----------------------------------------------------------------------------------------

Jamin baiki perkhidmatan DBKL

KUALA LUMPUR 19 April - Kementerian Wilayah Persekutuan memberi jaminan akan terus meningkatkan tahap perkidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menjamin keselesaan warga kota.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau akan bertemu dengan kakitangan pihak berkuasa tempatan itu bagi membincangkan perkara-perkara yang perlu ditekankan untuk memperbaiki perkhidmatan DBKL.

"Ini adalah strategi yang mampu membawa nilai tambah kepada organisasi.

"Dalam hal ini, kita mesti menerima hakikat bahawa di luar sana, harapan masyarakat umum terhadap DBKL semakin meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Hari Potensi Tabika Kemas Parlimen Lembah Pantai di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Wilayah Persekutuan, Norizan Muda.

Menurut Raja Nong Chik, beliau akan menekankan peluang perniagaan dan pekerjaan kepada warga kota memandangkan kos kehidupan ketika ini tinggi, selain isu pengangkutan dan setinggan.

"Masalah tersebut sering menjadi pertikaian dan rungutan masyarakat. Saya telah meneliti kesemua laporan dan saya akan cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah ini.

"Bagaimanapun, saya memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan maklum balas yang memuaskan hati rakyat," jelasnya.

-------------------------------------------------------------------------------

Bagi saya, Raja Nong Chik pandai menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan. Jika kita baca surat akhbar, tiap-tiap hari ada saja berita mengenai kemudahan rosak, jalan kurang elok, taman kotor dan seumpama. Ini bukan benda baru, satu fenomena umum bagi negara yang sedang membangun. 

Oleh yang demikian, dengan tindakan Raja Nong Chik ini, saya harapkan penduduk KL akan sedikit demi sedikit makin dekat ke arah kehidupan yang selesa. Maju KL bersama Raja Nong Chik!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...