Thursday, August 25, 2011

Tian Chua dan Nurul Izzah dah mula cuak

Semalam Tian Chua ada buat press conference pasal kata Raja Nong Chik beri perhatian lebih pada Lembah Pantai dan kata untuk kepentingan politik dia. Haha, dah tak ada topik lain ke nak bantai orang pon. 

Aku orang Lembah Pantai memang la seronok kalau betul Raja Nong Chik beri perhatian pada Lembah Pantai. Siapa tak seronok terutamanya melibatkan kawasan aku sendiri. Tapi yang aku peliknya, aku nampak Raja Nong Chik banyak je buat program luar kawasan Lembah Pantai. Ke aku sorang je yang ada baca? Ke mata Tian Chua dan Fahmi Fadzil dah tapis berita-berita pasal Raja Nong Chik buat program atau bagi sumbangan pada kawasan lain? Apa kes macam tu? Ada ke boleh main tapis-tapis, pastu kata tak nampak berita tu. 

Nak bukti? 





Nak lagi? Boleh tengok kat FB Dato' Raja Nong Chik

Dan ada banyak program di kawasan luar bandar. Macam kat Labuan, Muar, Sungai Petani dan lain-lain. Tian Chua dan Fahmi Fadzil tu sebenarnya tak ada isu nak bantai Raja Nong Chik sebenarnya. Sengaja cari isu dan sengaja cari pasal. 

Pakatan Rakyat nak buat juga BERSIH 3.0

Dalam Haraqah Daily ada diberitakan bahawa BERSIH 3.0 akan diteruskan. Ni sebab diorang ingat BERSIH 2.0 tu berjaya menakutkan kerajaan. Makin tak tentu hala la diorang ni. Ni petikan berita tersebut.



Bersedia untuk Bersih 3.0, tolak JK Khas
http://wfauzdin.blogspot.com/

APABILA Najib mengumumkan bahawa PRU ke 13 akan diadakan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan apa yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan penambaikan Sistem Pilihanraya, maka sudah sampai masanya BERSIH dengan kerjasama Pakatan Rakyat dan semua NGO yang mendukung BERSIH merancang mulai sekarang untuk mengadakan BERSIH 3.0.

Sebenarnya, majoriti penyokong BERSIH boleh dikatakan tidak mempercayai lagi Najib, tetapi sebagai menghormati pimpinan di dalam BERSIH dan Pakatan Rakyat, kita serahkan kepada mereka untuk memikirkan adakah Najib boleh dipercayai atau tidak. Nah, sekarang terbukti Najib penipu besar apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak bertangungjawab itu. Ini lah rupanya PM kita yang hanya pentingkan kerusi empuknya semata-mata.

Kenyataan Najib itu merupakan satu cabaran kepada BERSIH untuk mengulangi apa yang telah kita lakukan pada 09 Jul yang lalu. Mungkin kali ini Najib mahu melihat gerakan yang lebih besar kalaupun tidak menyamai gerakan rakyat di Dataran Tahrir, Mesir. Kita mesti tentukan Najib akan menyesal dengan tindakannya itu yang mengundang semangat rakyat untuk bangkit menjatuhkan rejim Umno/Bn.

BERSIH tiada pilihan lain lagi melainkan menolak syor untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas berkenaan yang dijadikan umpan untuk memerangkap BERSIH dan parti Pembangkang. Apabila kita sibuk untuk merancang serta mengemukakan pindaan bagi membaikpulih sistem pilihanraya di negara ini melalui Jawatankuasa Khas itu nanti, Najib serta merta akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi mengadakan Pilihanraya Umum. Ketika kita tidak bersedia, mereka menyerang kita.

Kami sentiasa menanti BERSIH 3.0 dan kami menolak untuk mempercayai Najib lagi.


Tuesday, August 23, 2011

Video menarik dari Digi: Dear Malaysians

2 3 hari ni ramai yang sebarkan video dari Digi ni. Meh kita tonton. Agak menarik jugak la.


Digi: Dear Malaysians

Monday, August 15, 2011

Sumbangan siapa patut dihargai? - Ridhuan Tee Abdullah

Berikut adalah penulisan Ridhuan Tee Abdullah dalam kolumnis Sinar Harian. Selamat membaca. 

oleh RIDHUAN TEE ABDULLAH
8/15/2011 6:52:07 AM

Insiden serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja Methodist di Damansara Utama sengaja diperbesar-besar untuk meraih simpati, seolah-olah mereka ditindas, tidak bersalah dan tidak diberikan hak. Tindakan Jais dipersalahkan seratus peratus. Mereka sahaja yang betul dan suci. Licik sungguh perancangan ultra kiasu ini. Awalnya saya cuba bersangka baik terhadap mereka ini demi dakwah, tetapi berdasarkan pengalaman berkecimpung dalam NGO, amat sukar rasanya untuk berbuat demikian. Saya tidak menafikan sumbangan semua kaum di negara tercinta ini. Tetapi jika semuanya mahu berkira, elok kita melakukan kira-kira dan tolak campur untuk melihat siapakah yang memberi lebih banyak sumbangan?

Perlu diingat, negara ini bukan seperti negara kepulauan Melayu lain seperti Indonesia atau Singapura. Janganlah terlalu biadab dan kurang ajar mencampuri hal ehwal Islam. Agama Islam dilindungi Perlembagaan Persekutuan. Bukan itu sahaja, hal ehwal Islam dan keadaan umat Islam di bawah bidang kuasa penuh negeri dan sultan. Jabatan Agama ada hak untuk bertindak sekiranya wujud keadaan yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam.

Oleh kerana pihak Kristian terlalu banyak bercakap soal sumbangan, sempena bulan kemerdekaan ini mari kita nilai sumbangan siapakah yang paling besar kepada negara tercinta ini, supaya kita tidak terlalu terhutang budi dan terjebak dalam perangkap mereka. Setelah dicongak-congak, pada hemat saya, sumbangan Peribumi Melayu Islamlah yang paling besar. Tidakkah toleransi Melayu Islam hari ini yang menyebabkan orang lain boleh jadi kaya-raya dan mengamalkan agama mereka seolah-olah negara ini bukan lagi negara Islam? Sumbangan yang tidak ada tolok bandingnya adalah memerdekakan negara tercinta ini daripada penjajah berniat jahat membawa mesej gold, glory dan gospel (3G) serta ancaman komunis.

Bacalah bersama sejarah mengenai kebangkitan nasionalisme. Tokoh-tokoh Melayu dan Bumiputera seperti Penghulu Dol Said, Naning (1831-32), Raja Mahadi, Selangor (1867-74), Sultan Abdullah, Raja Ismail, Dato Maharaja Lela, Tok Sagor, Pandak Endut, Perak (1875), Tengku Antah, Negeri Sembilan (1875-76), Tok Gajah, Dato Bahaman, Mat Kilau, Pahang (1891-95), Sharif Masahor, Rentap, Banting (1853-1908), Mat Salleh, Antanum, Sabah (1894-1905), Tok Janggut, Kelantan (1915), Abdul Rahman Limbung (1921-28) dan banyak lagi tokoh yang boleh ditonjolkan akan besarnya sumbangan mereka menentang 3G tersebut. Siapa pula tokoh-tokoh yang menentang komunis?

Kenapa jarang sekali mendengar nama-nama bukan Melayu atau orang Kristian ketika itu, yakni saat yang paling getir era 1800an hingga 1900an? Ketika itu orang bukan Melayu sudah berada di Tanah Melayu. Wajah-wajah bukan Melayu hanya muncul sekitar tahun 1950-an, detik ketika penjajah sudah memang tidak dapat bertahan lagi. Maka, sebagai syarat, kemerdekaan hanya diberikan jika Melayu dapat menerima bukan Melayu. Sebagai timbal balik hak-hak istimewa Melayu diberikan dan kedudukan agama Islam dilindungi. Penjajah sedar ‘dosa besar’ yang mereka telah lakukan. Penyatuan antara kaum hanya alasan British sahaja. Jika ketiga-tiga kaum ini tidak bersatu pun ketika itu kebangkitan nasionalisme Melayu Islam sudah sampai ke peringkat puncak.

Bayangkan ketika Melayu Islam berkeras untuk tidak menerima bukan Melayu. Selepas merdeka, apakah nasib bukan Melayu ketika itu? Tetapi inilah kebaikan Melayu Islam yang kita tidak boleh lupakan sama sekali, malah seumur hidup.

Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao janganlah mengeluarkan kenyataan tanpa mendengar dahulu penjelasan Jais. Jais dan polis menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama dalam ruang lingkup yang dibenarkan undang-undang. Apakah majlis tersebut benar-benar makan malam? Atau ada udang di sebalik batu? Janganlah menipu. Saya tidak nampak tindakan Jais melanggar kebebasan rumah ibadat yang dijamin Perlembagaan.

Lihatlah betapa besarnya pengorbanan dan toleransi Melayu Islam. Orang lain bagaimana pula? Misalnya, kerajaan negeri Perak meminta Ipoh Hindu Devastana Paripalana Sabah menyerahkan lebih kurang setengah ekar tanah rizab perkuburan Hindu di Buntong bagi pembinaan sebuah krematorium moden bagi masyarakat bukan Islam. Idea ini ditentang habis-habisan secara bersepadu. Berita ini disensasikan. Bila tanah rezab mereka diambil sedikit, heboh satu dunia. Tetapi sedarkah kita berapa banyak tanah rezab Melayu yang telah tergadai? Melayu tetap diam, tidak pernah bising pun. Orang lain pantang diusik. Malang sungguh jadi Melayu, Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

Friday, August 12, 2011

Niat baik pun tak guna kat kawasan Pakatan Rakyat

Sila rujuk entri blog Semut Hitam, mengenai masjid di Pulau Pinang dilarang menggunakan loud speaker ketika memperdengarkan ayat al-Quran. Kat masjid tu. Inilah hasilnya kalau tampuk pemerintahan dipegang oleh Pakatan Rakyat.


TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Memang aku tak tahu secara detail apa yang terkandung dalam hukum syarak, tapi baca ayat al-Quran kuat-kuat tu bercanggah dengan hukum syarak? Wah! Dulu kes azan subuh. Ni kes bacaan al-Quran. Lepas ni apa pulak eh tak boleh? Bukan ke agama Islam agama rasmi negara ni ke? Bukan ke PAS perjuangkan Islam ke?

Kalau betul dia perjuangkan Islam, sepatutnya PAS tak setuju dengan tindakan ni. Jadi, apa kata PAS?

Dulu masa Pakatan Rakyat rampas Pulau Pinang, bukan DAP saja yang berjasa. Jadi sekarang ni jelas terang usaha PKR dan PAS di Pulau Pinang masuk tong sampah. Mintak-mintak la DAP(Pakatan Rakyat) tak dapat Lembah Pantai. Kalau tak, tercemar la tanah Lembah Pantai.

Wednesday, August 10, 2011

[VIDEO] Pelajar Malaysia dirompak di London

Ini video yg kecoh diperkatakan. Seorang pelajar Malaysia dirompak oleh sekumpulan perusuh di London ketika dia sedang perjalangan untuk membeli makanan untuk berbuka. Ada sumber lain yang mengatakan dia dalam perjalanan ke rumah kawannya.




Sekarang musim rusuhan, mintak2 la BERSIH 3 (kalau depa nk buat la) tak jadi macam ni.

Monday, August 8, 2011

Mangsa korban tanah runtuh - peringatan buat kita

Terkini dilaporkan 7 maut dan 2 orang cedera dalam tragedi tanah runtuh di Cameron Highland. 


Dasyat jugak tanah runtuh tu. Dah la kawasan perumahan orang asli yang kena. Aku tak ingat ayat apa dalam Al-Quran, tapi ada sebut kalau Allah SWT nak bagi peringatan untuk satu kawasan tu, dia akan turunkan bencana alam.

Tanah runtuh ni salah satunya lah. Tengok masa tragedi tsunami yang kena kat Indonesia. Kawasan tepi pantai yang banyak berlaku maksiat yang teruk kena. Indonesia memang terkenal dengan ekstremist Kristian dan Islam, juga percampuran agama. Ramai antara mereka yang kahwin campur. Tapi disebabkan maksiat yang berlaku, habis semua kena. 



Jadi, peringatan untuk kita, sebelum kita kena macam Indonesia baik kita buang semua maksiat, tak kisah la khalwat lelaki perempuan ke, liwat ke. Kita dah dapat warning kecik ni - tanah runtuh kat Brinchang - ingat2 lah kat akhirat. 

Friday, August 5, 2011

Lawak: parody KL Gangster guna nama Anwar Ibrahim

Parody KL Gangster ni dah lama, aku pun memang dah tengok lama dah. Pada mulanya, aku memang tak perasan. 

Tapi cuba dengar betul-betul pada minit ke 0:52-0:53 hahahahahah





Nama Anwar Ibrahim pun jadi lawak bebudak sekarang. hahahah~

Thursday, August 4, 2011

Pemuda PAS buat dakwah sambil lewa

Pemuda PAS dah pandai berdakwah sekarang. Kalau sebelum ni, diorang pilih isu-isu remeh temeh untuk dijadikan isu. Bantah sana, bantah sini apa-apa aktiviti pun. 




Ni terbaru, diorang bangkitkan isu iklan tv9 dan 8tv pasal bulan Ramadhan. Mungkin sebab diorang rasa terpanggil sebab atas nama PAS. Diorang fikir kalau pasal isu agama, diorang yang lagi hebat dari orang lain. Kalau orang kata pemikiran diorang ni kolot, diorang marah. Tapi diorang tak nak terima pendapat orang lain. Memang kolot!


Memang lah aku ni masih tak cukup ilmu macam diorang tu, tapi mesej yang nak disampaikan sebenarnya terang dan jelas. Islam adalah agama yang fleksible. Bukan fleksible dari segi hukum hinggakan apa sahaja ulamak kata, kita kena terima tanpa usul periksa. Fleksible maksud aku adalah dari segi cara berdakwah dan mendidik generasi sekarang.


Aku rasa ada betulnya situasi yang berlaku dalam iklan tv tu sebenarnya memang berlaku. Itulah realiti umat Islam dan masyarakat Malaysia sekarang. Aku harap Pemuda PAS dapat buka mata dan lihat sekeliling. Jangan duduk berkepompong dalam lingkungan kroni-kroni anda sahaja. Lihat apa yang umat Islam dan masyarakat sekarang perlukan. Sesuaikan dengan pendekatan yang lembut. 


Untuk masyarakat yang masih tidak tahu, atau kurang jelas dengan didikan agama, kita hendaklah mulakan dengan amalan ibadah yang senang dan ringkas. Contohnya penutupan aurat, takkan la nak suruh orang yang tidak bertudung terus pakai jubah dan tudung labuh. Aqal ada buat apa? Fikir pasal politik saja? Takkan la nak tunggu aku yang cetek ilmu ni yang ajar? 


notakaki: kalau kita kata diorang ekstrimis, marah pulak. 

Tuesday, August 2, 2011

Raja Nong Chik sibuk hadiri majlis keagamaan

Aku tengok Raja Nong Chik makin banyak hadiri majlis keagamaan. Sejak hujung minggu sebelum puasa. Ada saja event atau majlis yang memerlukan kehadiran beliau. 


Ni aku ada beberapa gambar majlis-majlis tersebut. 


Menutup Majlis Khatam Al-Quran dan Tahlil Perdana Kemas Lembah Pantai di Surau Ihsaniah Kondo Rakyat Desa Pantai. Hampir 300 peserta jayakan - 30 Julai 2011

Menyampaikan sumbangan peribadi saya untuk moreh Ramadhan bagi 14 Masjid dan 50 Surau Lembah Pantai selepas Majlis Tilawah - 30 Julai 2011

Menyampaikan Sumbangan Ramadhan anjuran Wanita Kolam Air & Staf Sokongan Fakulti Perubatan UM. Majlis melibatkan penerima warga emas & OKU - 29 Julai 2011

Merasmikan Forum Perdana Di Ambang Ramadhan 2011 anjuran Masjid Al-Khatijah Jalan Pantai Dalam - 28 Julai 2011

Merasmikan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran anjuran Pemuda UMNO Lembah Pantai dgn kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai - 30 Julai 2011



Harap2 amalan Raja Nong Chik ni jadi ikutan buat kita-kita, tak kiralah pemimpin ke orang bawahan ke. Mari kita banyakkan sedekah dan beribadah.

DAP nak naik kepala orang Melayu

DAP dah mula tunjuk belang, mula menunjukkan hasrat untuk menguasai kawasan yang majoriti bangsa lain selain Cina. Tak caye? Ni petikan dari Utusan Malaysia.

"DAP berasa cukup yakin kerana mereka tahu Pas dan PKR tidak akan membantah bagi memperlihatkan kepada rakyat bahawa parti pembangkang ketika ini bersatu dalam ikatan yang kuat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berasakan sudah tiba masanya bagi parti itu meluaskan pengaruh dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Kenapa Lim Kit Siang buat statement macam tu, sedangkan dia bekerjasama dengan PKR dan PAS? Adakah selama ni dia nampak PKR dan PAS cuma batu loncatan supaya DAP dapat menguasai negeri2 yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat?




Tengoklah di Pulau Pinang dan Selangor. Bukan Pakatan Rakyat yang memerintah, tapi sebenarnya DAP. 


Kit Siang dalam wawancara eksklusif bersama portal pembangkang MalaysiaKini itu turut menambah, ia adalah sesuatu yang baik untuk pembangkang meskipun mengakui mungkin terpaksa membuat 'keputusan yang sukar'. Che Hamdan menambah, DAP mungkin mendapat kebenaran daripada pemimpin kanan parti pembangkang lain dalam hasratnya itu namun bakal berdepan dengan tentangan hebat daripada ahli akar umbi.

Jadi Lim Kit Siang dah tau ramai akan sedar akan niat sebenar dia, sebab tu dia sebut pasal 'keputusan yang sukar'. 


Jadi aku nak tanya pada PKR dan PAS, adakah mereka akan terus berdiam diri, bersetuju dengan 'keputusan sendiri' DAP, atau bangun menentang keputusan tersebut? 

Monday, August 1, 2011

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak - mari berpantun

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.




Ni ada sedikit pantun untuk tatapan semua.

Tanah melayu negeri beriman,
agama dan adat jadi pegangan,
hari ni sudah 1 Ramadhan,
salah dan khilaf mohon di maafkan.

Pucuk dicinta ulam tiba,
Pucuk dicerai ulam putus.
Ramadhan siap menyapa,
Maafkan beta wahai bloggers dengan tulus.

Di sini bukit di sana pula bukit,
Ditengahnya terhampar hutan cemara.
Ada salah banyak atau sedikit,
Kiranya pintu maaf segera dibuka.

Dalam samudera bisa diduga,
Dalam hati siapa tahu.
Ditunggu segera undangan buka puasa,
Pasti bermakna ibadah Ramadhanmu.

Selepas Tarawih selancar dunia maya,
Tak sengaja lihat gambar syur.
Tak apalah sedikit dosa,
Anggap saja pengantar makan sahur.

Selamat menjalankan ibadah puasa. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...