Sunday, May 31, 2009

Raja Nong Chik cipta sejarah Menteri pertama yang berkomunikasi live dalam Facebook

Raja Nong Chik menaikkan nama Wilayah Persekutuan dan Kementeriannya dengan mengadakan Facebook hour setiap hari Rabu mulai 27/6 yang lepas.

Pada pukul 6 petang hari Rabu 27/6 tersebut, Raja Nong Chik mencatat sejarah menjadi Menteri Kabinet Malaysia pertama mengadakan Facebook Hour, iaitu satu jam dimana beliau duduk depan komputer beliau dan berinteraksi secara langsung dan terus dengan rakyat. Peristiwa ini turut disaksikan dan dirakamkan oleh wartawan suratkhabar The Star, yang melaporkan tentang peristiwa ini di akhbar mereka keluaran Jumaat.



Peristiwa bersejarah ini juga turut mendapat perhatian akhbar Malay Mail yang melaporkannya pada Hari Khamis. Rupa-rupanya salah seorang yang berinteraksi dengan Raja Nong Chik semasa facebook hour tersebut iaitu pengguna bernama Masami Mustaza ialah wartawan dari Malay Mail, yang menulis artikel tersebut.

Ini merupakan satu tindakan yang bijak dari Datuk Raja dan patut dicontohi oleh Menteri-Menteri lain. Dalam pilihanraya umum akan datang, dijangka 4 juta pengundi baru akan mengundi pertama kali dan mereka ini kebanyakannya mempunyai akaun dengan platform sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster dan menghabiskan beratus jam sebulan dalam platform-platform ini. Sudah tentu program reaching out terhadap golongan ini memerlukan kehadiran ahli politik sendiri dalam platform sosial sebegini, dan tindakan raja Nong Chik sangat kena pada tempatnya. APatah lagi memandangkan semua 10 orang MP Wilayah dari PAS, DAP dan PKR mempunyai akaun Facebook masing-masing disamping blog-blog yang aktif.

Semasa artikel ini ditulis, Raja Nong Chik yang mengelar dirinya RNC sudah mempunyai 706 pengikut Facebook, satu jumlah yang tinggi memandangkan beliau baru saja menggunakan Facebook. Lebih penting lagi, page beliau penuh dengan komen dan aduan - sesuatu yang positif kerana ini bermakna jumlah 706 tadi bukan artifisial sebaliknya betul2 rakyatyang berminat berkomunikasi dengan beliau.

Adalah diharapkan bahawa lebih ramai lagi politician terutama mereka yang "can make a difference" iaitu politician berjawatan tinggi menggunakan platform ini untuk berkomunikasi dengan rakyat. Barulah mereka tahu apa yang rakyat fikirkan -- rakyat bukannya sibuk nak tengok korang politik sana polityik sini, tapi mahu korang buat kerja.

Kepada politician BN, mulalah gunakan internet sebaiknya. Kalau tak berapa pandai, pergilah ke Kementerian Wilayah, belajar sendiri dengan Raja Nong Chik.

Monday, May 25, 2009

Saravanan juga yang backing Raja Nong Chik. Mana pergi UMNO Titiwangsa?

Raja Nong Chik Menteri WP dapat backing dari Timbalannya M Saravanan dalam isu Dr Lo' Lo'.

Thank you Datuk Saravanan. Masalahnya, kawasan ni kawasan Titiwangsa. RNC turun ni pun lawat satu Masalah besar dalam kawasan Titiwangsa yang dah jadi kudis, Pasar Datuk Keramat. Backing sikit, nnt senang-senang je Lo'Lo' menang balik. Tapi persoalannya, mana kenyataan pimpinan UMNO Titiwangsa?

Kebanyakan pemimpin UMNO Titiwangsa ada kat situ dan tahu sendiri apa yang sebenarnya terjadi. Masalahnya, mana statement diorang menyokong Menteri Wilayah Persekutuan yang datang dari Parti UMNO ini? Apabila Datuk Zulhasnan jadi Menteri WP, semua bahagian UMNO di Wilayah mesti sokong. Begitu juga sebelum itu dengan Datuk Isa Samad. Mesti sokong dia walaupun dia dari Nogori. Dan kini bila giliran Raja Nong Chik pula, Bahagian2 UMNO Wilayah kenalah bagi support, tunjuklah solidariti sikit!

Apapun, baca kenyataan Saravnan di bawah.


Minister Not Duty Bound To Inform MPs Of Visits - Saravanan

KUALA LUMPUR, May 23 (Bernama) -- Federal Territories Minister Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin is not duty bound to inform members of parliament (MPs) if he decides to make a surprise visit to their constituencies to check things on the ground, Deputy Federal Territories Minister Datuk M. Saravanan said today.

"These surprise visits are for the minister to gauge what's happening on the ground. What is the point of a surprise visit if everyone is informed earlier. We are working for the betterment of the people. Please do not politicise trivial issues that do not bring benefit to anyone except for your own political mileage," he told Bernama.

Saravanan was commenting on the lashing out of Titiwangsa MP, Dr Lo'Lo' Ghazali of PAS, at Raja Nong Chik for not having informed her of his surprise visit to Keramat Mall here on May 20.

At a news conference at the PAS headquarters yesterday she alleged that she had confronted Raja Nong Chik over what she described as his lack of courtesy for not informing her of the surprise visit and that she was given an unsavory reply on that day.

"I go everywhere and I don't need to tell you all. Now I'm going to the toilet. Should I tell you whether you want to follow me?" Raja Nong Chik allegedly replied, Lo'Lo' was quoted as saying by a news portal yesterday.

Lo'Lo' said she was "shocked and stunned" by Raja Nong Chik's reaction and was embarrassed because the latter's comments were audible to his large entourage consisting of ministry and City Hall officials.

Although Raja Nong Chik apologised to Lo'Lo' at another function the same day, she said it was important for her to publicise the issue to prevent it from happening again and that his comments bordered on sexual harassment.

Saravanan said: "The minister has apologised over the matter to her and there is no reason for her to hold a press conference to highlight the issue. This is not a gender sensitive case but more of one with political malice.

"The minister's comment would have been the same if it was a male MP asking him the same thing. I request the opposition MPs not to politicise everything. We know clearly now that they would politicise anything. Please stop this rhetoric and start working for the people, which is why we are here for in the first place."

-- BERNAMA

Tindakan Datuk Saravanan harus diberikan kredit. Sebagai seorang pemimpin BN yang ada tanggungjawab dalam WP, beliau memberikan kenyataan yang bernas dalam hal ini. Kita harap UMNO Wilayah bangun dari sikap remeh dan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan Menteri WP yang baru Raja Nong Chik.

Saturday, May 23, 2009

Lagi Tulisan-Tulisan dalam Blog yang menegur Dr Lo' Lo'

Rupa-rupanya, bukan saya sorang yang marah dengan tindakan hipokrit Dr Lo'Lo' tapi ramai lagi. Lihat tulisan-tulisan bloggers ini:-

http://merevolusikandiri.blogspot.com/2009/05/yb-pas-wilayah-dah-tiada-isu-ke.html

http://arifrusli.blogspot.com/2009/05/biadap-are-you-for-real.html

http://prorajanongchik.blogspot.com/2009/05/dr-lo-lo-membuat-spin-mengalahkan.html

Tapi yang paling kelakarnya, saya postkan komen-komen dari blog Dr Lo'Lo' sendiri. Sila baca dan lihat sentimen orang ramai:

loloq said...

yang Dr duk sibuk2 nak mengikut die tu ape pasal..org tu dah wat keje baru lah dr terhegeh hegeh nak mengikut...konon2 nak tunjuk kan dr pon buat kerja la..chet..pegi lah

1:09 PM

Anonymous said...

betul lah kata kata menteri itu..takkan la nak dtg situ kene bagitau YB Lo' Lo'....kalau saya nak dtg sana pon kene bagitau jugak ke?semua nak kene report ke?pikir la YB...jangan emosional...dan jangan kecik hati guna kan isu wanita..

1:16 PM

Blogger Melayu Islam.Benar said...

Salam Dr. Lo' Lo',

saya tak faham y bila tang tu, Dr. tahu pulak terasa & bercakap soal sensitiviti wanita muslimah yg menjaga sahsiah diri. tapi bila elizabeth yg berdua2an dengan lelaki islam, dr. & sahabat2 dr. bukan main memberi moral support sehingga tak timbul soal sensitiviti menjaga sahsiah diri ini & ciri2 pemimpin Islam yg dilaungkan. dimana pergi prinsip itu & mengapa ada double standard, Y bila time elizabeth , dr. & sahabat2 lain tak sensitif pasal Islam ??

lagi satu dato raja nong chik secara peribadi dengan rasa tanggunjawab & kesedaran telah memohon maaf pada Dr. tapi dr. lo'lo seolah tidak memaafkan (itu hak Dr.) malah memanjangkan citer di blog bagi semua orang tahu mengaibkan orang lagi & diri sendiri. Persoalan nya sekarang Adakah itu ciri seorang pemimpin Islam Muslimah yg terpuji, yang jujur ikhlas ? yg perlu diikuti & dihormati ?? Tepuk dada tanya selera. Ini komen ikhlas saya.

2:28 PM

Anonymous said...

Saya sebagai pengundi Titiwangsa amat tidak setuju Ahli Parlimen saya membuat hal daripada ungkapan sebegitu kecil. Kalau benar dia turun padang nak buat kerja, kenapa perlu ada protokol?. Jangan berperangai seperti UMNO dan Barisan Dr....kami singkirkan Dr kelak

2:46 PM

senyuman said...

saya setuju itu satu bentuk penghinaan, ataupun kata2 yg agak biadap..tp saya 150% tak setuju ia gangguan seksual..ia lebih kpd spontaneous counter arguement bila YB Dr. persoalkan menteri tu tak bgtau YB Dr kehadirannya..saya rase dia xbersalah, walaupun lawatan kerja..sebab dia berhak sebg menteri..cume mungkin kurg sopan sbb xjmpt YB sebagai ketua kawasan itu..

2:50 PM

aboudiabydoo said...

Saya juga pengundi Titiwangsa dan dah bosan sangat dah dengan politiking - tak kesah lah dari mana-mana parti YB. Bagi saya benda ni kecik sangat, takde pun gangguan seksual, cuma benda biasa yg Org Malaysia cakap kalau bengang dengan pihak yg satu lagi.

Ada sebab juga Raja Nong Chik buat gitu. Kenapa pulak perlu tanya YB kalau nak pergi Titiwangsa -- saya tak fahamlah, habis kalau Dr pergi kawasan Zulhasnan ada mintak kebenaran Zulhasnan, ada inform Zulhasnan dulu? Dulu sebelum YB menang pilihanraya Kawasan Titiwangsa, ada YB mintak kebenaran wakil rakyat BN sebelum buat program?

Biarlah YB. Yang penting hari ni dalam the Star dah dibgtau arahan akan dibuat pada DBKL supaya take action berkenaan masalah Peniaga Pasar Keramat. Eloklah tu.

Memanglah YB champion isu ni sejak menang itu hari, jadi baguslah dah ada perkembangan positif. Peniaga untung, rakyat pun untung.

Atau YB marah tak dapat kredit atau point dari rakyat. Nak jadi wakil rakyat nak dapat pujian atau kredit ke atau ikhlas nak tengok hidup rakyat dipermudahkan YB?

Muhasabah diri sikit YB. Marah kerana tak dapat kredit, bengang sebab Raja Nong Chik dapat coverage dalam suratkhabar -- itu semua hasutan atas kita orang Islam. Kalau betul Raja Nong Chik niat tak elok, serahkan pada Allah. Jangan tak elok, YB pulak buat tak elok, kemudian sebelah sana pulak mengata, YB pulak respon balik mengata balik. Last-last yang syok Setan, sebab berjaya menghasut, sdangkan asalnya kedua-dua pihak nak tolong peniaga - Nak dapat pahala dapat Bala!

Dia dah mintak maaf tu terima je lah. Lain kali saya pasti dia lebih sensitif.

3:29 PM

Anonymous said...

Salam Dr. Apa yang gangguan seksual nya? Dr. ni tak faham ke gangguang seksual tu apa? Kalau Dr. tak faham, saya cadangkan Dr. buang title "Dr." di depan nama tu.

Saya boleh kasi Dr. faham apa itu gangguan seksual seperti yang tertera di Labor Laws of Malaysia yang dipetik dari Datin Paduka Marina Mahathir :

First of all, a definition of sexual harassment in the Malaysian Labour Laws:
4. SEXUAL HARRASSMENT
4.1 What Is Sexual Harassment?

* Sexual harassment means any unwelcome verbal, non-verbal, visual, psychological or physical conduct of a sexual nature that might, on reasonable grounds, be perceived by the victim as placing a condition of a sexual nature on his or her employment because of his or her sex.
* Sexual harassment may also consist of an unwelcome verbal, non-verbal, psychological or physical conduct of sexual nature that might, on reasonable grounds, be perceived by the victim as an insult or humiliation, or a threat to his or her well-being, and has no connection with his or her employment.
* Sexual harassment in the office includes work related harassment which happens outside the office. Such work related harassment may includes situations taking place at work-related social gathering or functions, conferences, workshop or training sessions and during work assignments outside the office.
* Sexual harassment in the course of work-related travel is also considered sexual harassment in the office. Where sexual harassment occurs as a result of employment responsibilities or relationship over the phone and through electronic media, it is also considered sexual harassment in the office.


__________________________


Buat apa pulak Datuk Raja Nong Chik nak bagitau Dr?

Dia berkhidmat sebagai MENTERI! Jauh lebih besar pangkatnya berbanding Dr.

Bayangkan, Takkanlah Menteri nak pegi ke kawasan pemerintahan beliau, beliau perlu beritahu GUARD yang jaga? Suka hati dia lah! Tu rumah dia!

Lagipun, dia bercakap secara SINIS! Takkanlah Dr ni tak belajar sastera kot? Buat malu je. Dr. pun baru setahun jadi wakil rakyat, dah perasan femes. Sudah-sudahlah, kalau dah tak berguna tu, tak berguna juga lah. Tak payah lah nak buruk2 kan orang lain.

Shame on you!

-Arif-

4:56 PM

Anonymous said...

Saya rasa, kalau Dato' Astaman bertanding, sudah tentu Dr. kalah teruk pada PRU lepas!

Orang lebih suka Dato' Astaman!

aiyoyoyo aku rasa ni semua simptom tak dapat terima kekalahan nizar. muahahaha

4:59 PM

Blogger GOMO said...

APA MASAALAH DENGAN LUAHAN YANG MENTERI WILAYAH KATAKAN ITU???

EMMM DR NI DAH BUANG TABIAT AGAKNYA. UDAHLAH TU..KALAU TAKDA ISU TAKPAYAH LAH NAK DIREKA-REKA ISU. FITNAH TU BERDOSA. DR TAK TAKUT KE???

JANGAN INGAT DR SURE MASUK SYURGA. KITA NI UMAT ISLAM TAKPAYAH LAH NAK MENABUR FITNAH. KITA BERSATU DALAM MEMPERTAHANKAN ISLAM.

TAK NAMPAK PULAK YANG DR NI MEMPERTAHANKAN ISLAM!!!
TANG MANA TU ISLAM PADA DR???

YANG TERINDAH BUAT MU NIZAR BINTANG TIGA http://www.gomounited.com/2009/05/kenangan-indah-buat-mu-nizar-bintang.html

5:21 PM

Anonymous said...

Dato Raja Nong Chik cakap mcm tu nak perli Dr.

Apehal Dr. ni lembab sangat nak paham?

Dia nak pegi mana2 pun, suka hati dia lah. Dia punya kaki. Sibuk benar Dr. ni. Busybody.

5:22 PM

Blogger Saiful KONON said...

Salam,

Dr sensitif sangat kot,

saya pun sensitif gak, bila Nga pandai2 men2 ngan ayat quran kita utk tujuan politik,

Klu ikhlas nak masuk islam buat betul2 pegi jumpa pihak yg berkenaan,

wasalam.
5:30 PM

Anonymous said...

stuju dgn sindiran raja nongchik.
apa? ingat orang-orang pas beradap sangat ke?

banyak buat fitnah dan huru hara tu, beradap sangat ke tu?
5:35 PM

Blogger The Revolution said...

SALAM...
SALAM REVOLUSI...

DAH TAK ADA ISU KE????
SAYA FIKIR INI CUMA ISU REMEH YANG CUBA MENGAIBKAN PEMIMPIN UMNO...

TIDAK PERLULAH UNTUK MEMBERITAHU DR. SEBELUM PERGI PASAR KERAMAT...
LAGI PUN ITU BUKAN PROJEK DR. YANG BUAT PUN...
DR DATANG TU PUN MELUM TENTU DIJEMPUT...
TETAPI, SEBAGAI WAKIL RAKYAT ORANG HORMAT LA...
DAH BAGI MASUK SEKALI PUN DAH BAIK...

KENYATAAN MENTERI ITU NAK PERLI DR SEBAB SETIAP KALI KERAJAAN BUAT MAJLIS, ORANG TAK JEMPUT PUN DR DATANG...
TETAPI, DISEBABKAN WAKIL RAKYAT ORANG TAK DE LA SAMPAI NAK HALAU...
BAGI JUGA LAH DUDUK KAT ATAS PENTAS TU...

LAIN KALI KITA KENA BERINGAT SEDIKIT...
ADA BATASNYA...
KALAU ISU2 MACAM INI LAH YANG DIMAINKAN DEKAT TITIWANGSA OLEH DR, TAK PAYAH LA LAWAN LAGI DEKAT TITIWANGSA INI...
BELUM TENTU MENANG LAGI...
KAMI TAK KAN BAGI UNDI LAGI DEKAT DR KALAU PERKARA BODOH SEPERTI INI PUN JADI ISU...

TERIMA KASIH...
SALAM...
5:43 PM

Blogger airul said...

Alah kat KL ni biasa aku tgk PEREMPUAN BERTUDUNG kelantan bersedudukan dgn jantan bukan muhrim. klu kelantan perempuan PAS lah. Pura-pura alim tp hancur.. Tp Tuhan maha mangetahui, sbb tulah doa PAS tak dimakbulkan Tuhan. Tahnian Dr Zambry..
5:58 PM

Blogger The Hobbit Frodo said...

Dr.... issue kecik jer ... jangan amik hati. Saya rasa Raja Nong lagi wibawa dari Dr. Kan gov dah tetapkan x yah red karpet or majlis besar2ran kalau nak g mana2.


Sensitiviti wanita & islam??? aiyooooo .... kes kak eli kita yg vouge tu lagi sensitip, tp xder tindakan pown. yg ada "tangisan dalam kepiluan sambil peluk2 bagai" ... xoxoxoxoxooxoxoo


Dr Lo'lo .... rilex yer ... mende kecik jer.
6:07 PM

Anonymous said...

Salam,

Dr tanya apa kesalahan Menteri WP yang lalu sampai digugurkan.

Saya masih ingat lagi apa yang Dr dan anggota pasukan petugas Dr senaraikan mengenai "kepincangan" Menteri WP yang tak salah saya dianggap sebagai menteri besar/ketua menteri haram kerana negerinya dibawah Pakatan. Masih ingat lagi?

Saya masih ingat lagi sessi penerangan yang dijalankan pada malam itu yang juga dihadiri oleh seorang lagi wakil rakyat KL daripada Pakatan.

Tolonglah Dr dulu masih dia berkuasa Dr boleh kata macam-macam tapi kini bila dia sudah digugurkan tiba-tiba beliau gentleman dan seorang yang tidak pernah melakukan kesalahan.


Sudah-sudahlah tu. Jangan buat saya menyesal mengundi Dr.

-Kg Baru Kings-.
6:12 PM

Blogger amieieda said...

saya nak ke zoo negara esok, mungkin akan melalui sebahagian besar kawasan parlimen dr.

saya mohon dr sedia maklum akan kehadiran saya melalui jalan2 dalam parlimen dr.

harap maklum!

*kalau menteri pun kena maklum pada dr apa lagi RAKYAT MACAM SAYA
6:14 PM

Anonymous said...

DR PENIPU! YUCCCKSSSSS!!!! keji sungguh! orang da mintak maaf. maafkan je lah. apesal nak letak dalam blog segalak? inikah Islam ? Podah la lu.
6:22 PM

pemerhati said...

Kalau orang tidak panggil tu, maknanya tidak dijemputlah...
Tak malu ke????
VIP yang tak dijemput...

Semalam datang baru lepas beriadah ke???
Pakai baju sukan je datang...
Ini majlis rasmi...
pakaian tu jaga la sedikit...

Tetapi, dah muka tak malu...
Nak buat macam mana lagi kan....
Kami faham yang YB terdesak kan???

walaupun tak dijemput, terima kasih la kerana datang dan sudi jadi VIP yang tak dijemput...
6:22 PM

Hamba Allah said...

Assalamualaikum wbt...

Sangat panas ttg topik ni, tp i hope semua orang jgn melatah terlebih2 dln hal ni, Allah jdkan semua manusia ada kelemahan dan kebaikan masing2 even die PAS or UMNO..kalau nak menegur guna cara yg berhikmah..Rasulullah pun x pernah gune bahasa kesat kalau nak menegur org...

Dlm hal ni,Rasulullah kalu nak masuk rumah sahabat pon minta izin...the same goes 2 the related thing. Kalu Rasulullah sbg manusia Paling Mulia, Kekasih Allah pon ade akhlak mcm tu kenape kite manusia yg hina dina ni masuk rumah org, kawasan org tak dapat nak inform... i think i already make my point there...
6:56 PM

Anonymous said...

Ws, Hamba Allah. Jangan guna Hamba Allah kerana kami semua pun Hamba Allah.

Anonymous, memang benar masuk rumah ORANG minta izin. Masalahnye, Titiwangsa tu bukan rumah Dr. Yang dia sentap tu ape pasal? Menteri Wilayah Persekutuan diperuntukkan kuasa ke atas SELURUH KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN! Itu rumah dia! Itu kawasan jajahan dia! So? Kenapa perlu mintak izin?

Dr. Lolo masa buat event sebelum jadi wakil rakyat PERNAH KE MINTAK IZIN?

TOLONGLAH JANGAN NAK MENEGAKKAN BENANG YANG SEMEMANGNYA BASAH!
7:02 PM

Blogger The Revolution said...

Salam...
Salam Revolusi...

Siapa kata Pasar Keramat itu YB DR LO' LO' yang punya???
Siapa kata itu rumah die???
Itu rakyat dan penduduk Dato' Keramat yang punya...
Menteri sudah minta masuk daripada peniaga2 pasar Dato' Keramat...
Jadi, menteri dah buat apa yang dilakukan oleh RASULULLAH...
Menteri sudah minta izin masuk kerumah daripada tuan rumah...

Sedar lah diri tu sedikit...
Yang YB dipilih rakyat untuk bantu rakyat bukan suruh jadi TUAN RUMAH TITIWANGSA...
KAMI bukan suruh YB buat TITIWANGSA macam rumah sendiri...
TITIWANGSA itu ALLAH yang punya yang diberikan kepada KAMI BERSAMA...
PASAR DATO' KERAMAT itu bukan YB yang punya...
peniaga2 pasar KERAMAT yang punya...

Nenek saya seorang peniaga di pasar keramat...
Tidak ada kecoh2 pun...
Kenapa YB yang lebih2...
Sedarlah diri...
Saya bukan nak biadap tetapi kalau isu macam ini pun nak mainkan, tak payah la...

Terima Kasih...
Salam...
7:18 PM

Blogger Jedi Mastor said...

Salam Hormat,

Inilah yang dikatakan politiking...

Faktor yang terpenting dalam lawatan ialah bantuan, sumbangan dan kerjasama YB. Menteri untuk para Peniaga dan Penduduk Datuk Keramat agar permasalahan yang sekian lama diselesaikan...

Faedahnya kepada orang ramai dan pengundi.

Bukankah tugas YB. Dr. untuk membela rakyat, rakyat seharusnya menjadi keutamaan bukannya perasaan peribadi.

Semasa Rasulullah S.A.W mengembangkan Islam beliau dicemuh dihina dan berbagai hal lagi demi ummah... Rasulullah S.A.W sabar dan terus berjuang.

Ingatlah Firman Allah S.W.T:-

Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu katakan perkara yang tidak kamu ketahui, kemurkaan besar disisi Allah sekiranya kamua perkatakan perkara yang kamu tidak ketahui.

Janganlah Allah S.W.T pun kita nak politikkan. Allah mengetahui segala gerak geri kita. Janganlah tipu diri sendiri dalam mencari pangkat dan kedudukan... atau cuba jadi hero..
8:38 PM

Anonymous said...

Dr Lo Lo, Yang Dr serang pegawai agensi bawah KWP spt DBKL tak der pulak terasa? Bukan tak tahu, kami sentiasa menjawab bila ada soalan cepumas dari Dr Lo Lo dan team.

Heran bin ajaib juga bila masa Dr Lo LO nak pergi tandas lelaki?

1 tahun lebih Dr Lo LO memegang tampuk di KL takkan bila menteri baru datang baru nak tunjuk muka dan turun padang?

Puhleez, Dr Lo Lo kalau buat kerja sungguh-sungguh tak perlu publisiti..publisiti cari Dr..tengok Tan Si Lee Lam Thye...sunguh2x tolong orang....itu namanya true politician...bukannya nak cr baby bila tak dapat masuk berita!
9:43 PM

Penduduk Lrg Dtk Keramt said...

Betul kata dr..saya sebagai penduduk di sekitar tmpt tersebut amat terkilan.,wakil saya dihina seperti org yang tidak bertamadun.Sudah lah masuk ke rumah kita bagi salam pun x de.bila ditegur dia melenting pula.Ini kerana mereka ini sudah lama berkuasa sehinggakan mereka lupa menghormati hak2 org lain.Sekarang kita tahu siape sebenarnya yg gila kuasa.Orang mereka ini anggap merekalah berkuasa dan sanggup menjual dan mengambil hak orang lain.Mereka lupa yg berkuasa hanya satu ALLAH
9:44 PM

Blogger saplo182 said...

hek3. hati popuan mudah tersentuh.. keh3. kene sindir ponk tak paham adeh, dr bile nak masuk raja lawak.. kiteorg leh undi.ekkeke
9:51 PM

Blogger GOMO said...

KAH KAH KAH..
DR???
AWAT SENYAP JE???
KAT TANDAS KE???

NI LAH ALAM BLOGGER DR...
BIASALAH TU....
TABAH KAN HATI YE...

KAMI AKAN TERUS MENGHANCURKAN PAKATAN PEMBANGKANG!!!
JANGAN RISAU.

ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
10:48 PM

Blogger Tok Pawi said...

YB terkejut ke Menteri boleh sampai di tempat yang YB susah nak pergi?
10:54 PM

Anonymous said...

cayalah GOMO...wa sokong lu!

kehancuran dan kebenaran akan datang jua...ALLAHUAKBAR!

...aku sokong konsep SATU MALAYSIA
10:54 PM

Anonymous said...

korang ni apa lah. bagilah dr ni chance nak femes kan blog dia. ni la first time post dia dapat sambutan hangit. keh keh keh

Friday, May 22, 2009

Dr Lo’ Lo’ bermuka-muka dan hipokrit – Mahu orang hormat tapi tak hormat orang!

Hari ni Dr LoLo buat satu press statememt, tajuknya

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN TIDAK MENGHORMATI DAN BIADAP TERHADAP WANITA.

Katanya

"Saya merakamkan kekesalan saya atas sikap Menteri WP yang baru YB Senator Dato Raja Nong Chik yang sangat tidak menghormati Ahli Parlimen malah biadap tehadap wanita. YB Menteri dalam 'Lawatan Mengejut' ke Keramat Mall Kg Dato Keramat petang semalam Khamis 20 Mei telah mengeluarkan kata-kata berikut apabila saya mengkritik dia kerana tidak memaklumkan lawatan tersebut kepada saya selaku Ahi Parlimen Titiwangsa.

" I turun everywhere takkan nak bagitau you semua. NI SAYA NAK PERGI TANDAS, TAKKAN NAK BAGI TAU YOU, YOU NAK IKUT KE?"

Memanglah Dr Lo’ Lo’ bermuka-muka dan hipokrit – Mahu orang hormat tapi tak hormat orang!

Apa benda kecil sebegini pun mahu dibesar-besarkan? Yang pertamanya kenapa perlu Dr Lo’Lo’ mengkritik Menteri Wilayah kerana tak memaklumkan pada Dr Lo’ Lo’. Hak dia lah nak datang ke mana dia suka, Keramat tu dalam Wilayah Persekutuan juga, bukannya Dr. Lo’ Lo’ yang punya.

Apa yang Raja Nong Chik balas balik tu bak kata satu komen dalam blog Dr Lo Lo sendiri ialah “cuma benda biasa yg Org Malaysia cakap kalau bengang dengan pihak yg satu lagi.” Iye lah suka hati lah Menteri Wilayah nak lawat kawasan dalam Wilayah, kenapa nak bgtau Dr Lo’ Lo’ pulak.

Dan Kenapa Dr Lo Lo tiba-tiba terlalu sensitif kononnya dia tidak dihormati sebagai Ahli Parlimen. Adakah selama ini dia sensitif sangat dengan perasaan orang lain? Masa Zulhasnan menang Ahli Parlimen Setiawangsa, Dr Lo Lo menyiarkan dalam blog lama nya drlolo.wordpress.com dengan bangganya melaung-laungkan yang YB Zulhasnan should be appointed as Menteri Undi Pos!

Habis ingat Zulhasnan tak kecik hati ke. Kenapa tak hormat kedudukan Zulhasnan sebagai Ahli Parlimen Setiawangsa?

Dan ironisnya dalam kenyataan akhbar Dr Lo’ Lo’ sendiri Dr LoLo mengatakan –
“Saya ambil kesempatan ini untuk maklumkan secara terbuka kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak yang saya kira telah mengambil keputusan yang kurang tepat dengan melantik seorang yang bukan Ahli Parlimen, yang tiada latar belakang Pentadbiran dan hanya seorang Ketua Bahagian yang berlatar belakangkan dunia korporat untuk menerajui sebuah Kementerian yang penting seperti Kementerian WP; sehinggakan beliau tidak mampu memposisikan diri beliau sebagai seorang Menteri kepada semua warga WP dan bukan hanya seorang Ketua Bahagian UMNO.”

Dr LoLo kata RNC sangat tidak menghormati Ahli Parlimen.

Tapi bukankah ini namanya tak menghormati Perdana Menteri yang berhak pilih siapa yang dia rasa layak.

Dan bukankah ini juga tak menghormati Raja Nong Chik – konon beliau “tiada latar belakang Pentadbiran dan hanya seorang Ketua Bahagian yang berlatar belakangkan dunia korporat”.

Habis apa kelayakan pentadbiran Dr Lo Lo jadi Ahli Parlimen. Kenapa Dr Lo Lo hipokrit tak tegur kawan-kawan dia yang langsung tak layak nak jadi Ahli Parlimen – Loh Gwo Burne setakat ambil gambar Lingam tak reti berbahasa kebangsaan pun Ahli Parlimen – kenapa tak tegur. Liz Wong yang sibuk ber’NGO’ dan bergelumang maksiat, main skandal dengan laki orang ... layak jadi wakil rakyat? Kenapa tak tegur, kenapa tak kondem. Kenapa defend pulak?!

Raja Nong Chik seratus kali lebih berpengalaman mentadbir dari mereka-mereka ini, kenapa tak komen.

Akhir sekali, Malaysiakini melaporkan Dr LoLo berkata "Dalam sidang media pagi ini, Dr Lo' Lo' menjelaskan bahawa Raja Nong Chik telah memohon maaf kepadanya secara peribadi semalam. "

Jelas Raja Nong Chik sedar dia terkasar, dan sebagai seorang Islam, meminta maaf. Tapi kenapa Dr Lo Lo tak kata pun hal ini dalam blognya. Kenapa Dr Lo Lo? Sebab benda ni kalau masukkan kurang sikit umpph nak bantai Raja Nong Chik?

Janganlah begitu YB. Jangan jadi hipokrit lah. Awak nampaknya berjuang ikut nafsu saja. Malu lah sikit.

Thursday, May 14, 2009

Datuk Raja Nong Chik saran Masjid dan Surau mengumpul dana

Usaha Datuk Raja Nong Chik bergaul dengan jemaah masjid dan surau di ibukota adalah satu usaha murni. Idea Datuk tentang masjid dan surau mengumpul dana sendiri melalui perniagaan amatlah bernas kerana masjid dan surau akan mempunyai dana yang lebih untuk mengembangkan lagi aktiviti-aktiviti mereka.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kumpul dana sendiri

KUALA LUMPUR 10 Mei – Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan disarankan agar menjalankan aktiviti perniagaan dan menubuhkan tabung dana sendiri bagi memudahkan aktiviti dan dakwah dijalankan tanpa perlu mengharapkan bantuan kerajaan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, beliau membuat saranan itu kerana melihat ia adalah langkah terbaik bagi menggalakkan orang Islam menjana pendapatan masjid sekali gus menjadikan ia sebagai dana tetap untuk menjalankan aktiviti dan dakwah.

Katanya, pelbagai program boleh dilakukan untuk mengumpul dana berkenaan tanpa menjejaskan persekitaran masjid dan surau yang dibina.

“Masjid bukanlah hanya sebuah rumah ibadat, ia adalah tempat berkumpul dan melakukan aktiviti yang menjuruskan kepada kebaikan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
“Jadi tidak mustahil sekiranya kawasan masjid dan surau boleh dijadikan medan untuk menambah dana masjid itu sendiri dengan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Cafe Al-Ghufran di Masjid Al-Ghufran, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail di sini semalam.

Raja Nong Chik menambah, pembukaan Cafe Al-Ghufran diharap dapat menjadi contoh kepada jawatankuasa masjid dan surau di kawasan lain bagi mencari inisiatif menyemarakkan fungsi rumah ibadat itu.

Ujarnya, Cafe Al-Ghufran merupakan kafe pertama di Wilayah Persekutuan yang dijalankan oleh jawatankuasa sebuah masjid bagi mengumpul dana mereka sendiri.

“Jika dulu golongan remaja ‘segan’ untuk mendekati kawasan masjid apatah lagi memasuki masjid namun kini mereka akan lebih dekat dengan masjid sekali gus dapat menggalakkan golongan remaja untuk datang.

“Apabila mereka mula berada dekat dengan masjid sekali gus mereka segan untuk melakukan aktiviti yang tidak sihat di kawasan ini,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang kos pembinaan kafe tersebut, Pengerusi Masjid Al-Ghufran, Hassanuddin Ali berkata, pembinaan kafe yang berkonsepkan tradisional Melayu ini mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan dengan kos melibatkan RM180,000.

Ujarnya, kafe tersebut menyediakan menu istimewa seperti ikan bakar, nasi lemak ayam kampung dan menu masakan barat yang menawarkan harga rendah.

“Kafe ini akan dibuka dari pukul 6 pagi hingga 11.30 malam dan menyediakan pelbagai menu daripada hidangan ala carte hingga bufet.

“Kafe ini boleh memuatkan seramai 400 pengunjung pada waktu malam dan 300 pada waktu siang serta sesuai untuk majlis perkahwinan kerana mampu memuatkan 1,000 pengunjung jika adakan secara bufet.

“Pada mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kafe ini boleh menghubungi talian 019-2203 463,” ujarnya.

Utusan

Thursday, May 7, 2009

Raja Nong Chik bantu peniaga tulen

Raja Nong Chik ada berkata, "memang ramai peniaga Melayu tetapi di belakang mereka orang lain. Mereka mendapat projek tetapi yang untung orang lain." Justeru itu, Raja Nong Chik gariskan usaha-usaha bertujuan membantu peniaga-peniaga Melayu tulen demi meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Berikut adalah petikan berita yang saya ambil dari Utusan Malaysia Online.

------------------------------------------------------------------------------------

Hanya peniaga tulen dibantu

Oleh A. JAILANI ABDULLAH
kota@pengarang.utusan.com.my


KUALA LUMPUR 5 Mei - Peniaga kecil Melayu di ibu negara akan dibantu untuk dinaik taraf agar tidak terus berniaga di gerai-gerai kecil sahaja, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Katanya, usaha juga akan dilakukan untuk membantu golongan peniaga untuk menyara hidup yang kini berniaga secara haram.

Namun, tegas beliau, semua usaha membantu itu adalah untuk perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh peniaga Melayu sahaja.

"Memang ramai peniaga Melayu tetapi di belakang mereka orang lain. Mereka mendapat projek tetapi yang untung orang lain.

"Mereka ini bukan peniaga Melayu tulen. Sebelum ini, saya juga adalah golongan peniaga dan saya tahu peritnya kalah kepada peniaga bukan Melayu tulen ini," ujar beliau.

Ujarnya, peniaga kecil Melayu tidak seharusnya dibiarkan terus menjalankan perniagaan di gerai-gerai tepi jalan dan kompleks beli-belah sahaja, sebaliknya perlu diberikan peluang untuk memiliki kedai sendiri.

"Jika terus berniaga di gerai tepi jalan bila hendak maju," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Cawangan Kuala Lumpur ke-8 di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau akan meminta kerjasama agensi-agensi kerajaan lain untuk memastikan peniaga Melayu mempunyai aset kekal di ibu negara.

"Sudah sampai masanya kepercayaan diberikan kepada peniaga Melayu untuk memiliki premis yang disewa, contohnya daripada UDA Holdings seperti di Kompleks Pertama.

"Berniaga di dalam kompleks ini mempunyai risiko tapak perniagaan diambil balik, sewa dinaikkan dan sebagainya.

"Alasan bahawa takut untuk menjual lot kedai kepada peniaga bumiputera kerana mereka akan menjualnya semula kepada bangsa lain adalah tidak logik lagi... dulu mungkin tetapi sekarang orang Melayu telah berubah," tegasnya.

Raja Nong Chik berkata, beliau juga akan memberi tumpuan kepada kawasan yang ramai orang Melayu untuk membantu mereka menjalankan perniagaan yang berdaya saing.

"Kawasan-kawasan seperti di Kampung Baru, Lembah Keramat, Kampung Pandan contohnya, sudah lama dihuni oleh orang Melayu tetapi perniagaan mereka lebih tertumpu kepada membuka gerai.

"Jika dipindahkan ke bangunan yang cantik pula, kawasan itu mungkin tidak strategik dan mereka kehilangan pelanggan.

"Infrastruktur untuk menjalankan perniagaan di kawasan ini juga akan diperkemaskan," katanya.

Jelas beliau, oleh itu, kajian yang teliti perlu dilakukan terlebih dahulu agar bantuan dan perancangan ke atas golongan peniaga kecil Melayu ini tidak menjejaskan perniagaan mereka.

Katanya lagi, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga sedang melakukan kajian untuk memberikan lesen kepada peniaga sara diri yang terdiri daripada golongan susah, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) yang selama ini berniaga secara haram.

"Ada antara mereka yang berniaga satu atau dua jam di tepi jalan seperti menjual nasi lemak dan sebagainya untuk menyara keluarga. Mereka ini akan diberikan lesen.

"Perbincangan sedang dilakukan terhadap cara untuk mempercepatkan pengeluaran lesen, menghapuskan kerenah birokrasi dan sebagainya," jelas beliau yang menjangkakan hal itu akan diselesaikan dalam masa tiga bulan.

-Utusan
-----------------------------------------------------------------------------------------

Lihat kepada keadaan ekonomi sekarang, bukan sahaja Malaysia yang menanggung peritnya, malah seluruh dunia. Jepun yang dikatakan negara yang penduduknya adalah 'workaholic' itupun mempunyai statistik yang tinggi dalam pengangguran. Inikan pula Malaysia yang sedang membangun.

Usaha-usaha meningkatkan taraf hidup dan ekonomi rakyat, adalah apa yang diperlukan oleh negara sekarang, seperti mana yang dilakukan oleh Raja Nong Chik.

Monday, May 4, 2009

Terima Kasih, Raja Nong Chik

Raja Nong Chik sekali lagi mengejutkan kita dengan berita-berita pembaikan kawasan-kawasan perumahan di wilayah persekutuan. Itukan tugas beliau! Ya, memang betul tapi tanpa perancangan yang rapi dan betul, ia boleh membawa musibah yang besar. Dan RM6 juta bukan jumlah wang yang kita boleh bawa main-main setiap hari. 

Ini petikan berita yang saya ambil dari Berita Harian Online.

--------------------------------------------------------------------------------------

Sentral: RM6 juta tambah baik Kondo Rakyat Desa Pantai

Kerja pulih lif, bersih tangki dan penggera bagi keselesaan penghuni


KUALA LUMPUR 04/05/2009: Kementerian Wilayah Persekutuan memperuntukkan sehingga RM6 juta bagi kerja penambahbaikan kemudahan dan penyelenggaraan di flet Kondo Rakyat Desa Pantai di Pantai Dalam, di sini dalam tempoh antara enam bulan hingga setahun.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata peruntukan terbabit adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan selain untuk keselesaan penghuni di flet berkenaan yang merangkumi antaranya membaik pulih lif, membersihkan tangki air dan menyediakan alat penggera kebakaran. 

 “Kerja-kerja itu akan dilakukan secepat mungkin apabila ia diluluskan dan setakat ini penambahbaikan untuk kawasan perumahan kos rendah dan sederhana Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, sudah diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu lawatan beliau ke sana, baru-baru ini.

“Oleh yang demikian, kerja di kawasan di Vista Angkasa akan dimulakan dulu iaitu dalam masa tiga minggu ini diikuti flet Kondo Rakyat Desa Pantai,” katanya selepas merasmikan majlis penutup sambutan Maulidur Rasul Parlimen Lembah Pantai di flet berkenaan di sini.

Majlis turut diserikan dengan ceramah agama oleh penceramah, Datuk Siti Norbahyah Mahmud.

Raja Nong Chik berkata, buat masa ini kementerian akan lebih memberi fokus kepada proses penambahbaikan di flet rakyat dan perumahan kos rendah dan sederhana di bawah kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ke projek perumahan rakyat (PPR).

“Kita tidak hanya memfokuskan di kawasan Lembah Pantai saja, tetapi turut ke PPR lain walaupun ada sedikit masalah membabitkan kawasan bukan di bawah pengurusan DBKL, namun kita akan berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera untuk keselesaan dan kesejahteraan penduduk,” katanya. 

-------------------------------------------------------------------------------

Raja Nong Chik yang pernah berada di kalangan kita, tahu apa yang perlu diutamakan. Keselesaan tempat tinggal merupakan satu aspek penting yang perlu ditumpukan. Kerana di rumahlah nilai-nilai setiap generasi dipupuk dan itulah generasi yang akan meneraju negara suatu hari nanti. Terima kasih, Raja Nong Chik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...