Friday, May 22, 2009

Dr Lo’ Lo’ bermuka-muka dan hipokrit – Mahu orang hormat tapi tak hormat orang!

Hari ni Dr LoLo buat satu press statememt, tajuknya

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN TIDAK MENGHORMATI DAN BIADAP TERHADAP WANITA.

Katanya

"Saya merakamkan kekesalan saya atas sikap Menteri WP yang baru YB Senator Dato Raja Nong Chik yang sangat tidak menghormati Ahli Parlimen malah biadap tehadap wanita. YB Menteri dalam 'Lawatan Mengejut' ke Keramat Mall Kg Dato Keramat petang semalam Khamis 20 Mei telah mengeluarkan kata-kata berikut apabila saya mengkritik dia kerana tidak memaklumkan lawatan tersebut kepada saya selaku Ahi Parlimen Titiwangsa.

" I turun everywhere takkan nak bagitau you semua. NI SAYA NAK PERGI TANDAS, TAKKAN NAK BAGI TAU YOU, YOU NAK IKUT KE?"

Memanglah Dr Lo’ Lo’ bermuka-muka dan hipokrit – Mahu orang hormat tapi tak hormat orang!

Apa benda kecil sebegini pun mahu dibesar-besarkan? Yang pertamanya kenapa perlu Dr Lo’Lo’ mengkritik Menteri Wilayah kerana tak memaklumkan pada Dr Lo’ Lo’. Hak dia lah nak datang ke mana dia suka, Keramat tu dalam Wilayah Persekutuan juga, bukannya Dr. Lo’ Lo’ yang punya.

Apa yang Raja Nong Chik balas balik tu bak kata satu komen dalam blog Dr Lo Lo sendiri ialah “cuma benda biasa yg Org Malaysia cakap kalau bengang dengan pihak yg satu lagi.” Iye lah suka hati lah Menteri Wilayah nak lawat kawasan dalam Wilayah, kenapa nak bgtau Dr Lo’ Lo’ pulak.

Dan Kenapa Dr Lo Lo tiba-tiba terlalu sensitif kononnya dia tidak dihormati sebagai Ahli Parlimen. Adakah selama ini dia sensitif sangat dengan perasaan orang lain? Masa Zulhasnan menang Ahli Parlimen Setiawangsa, Dr Lo Lo menyiarkan dalam blog lama nya drlolo.wordpress.com dengan bangganya melaung-laungkan yang YB Zulhasnan should be appointed as Menteri Undi Pos!

Habis ingat Zulhasnan tak kecik hati ke. Kenapa tak hormat kedudukan Zulhasnan sebagai Ahli Parlimen Setiawangsa?

Dan ironisnya dalam kenyataan akhbar Dr Lo’ Lo’ sendiri Dr LoLo mengatakan –
“Saya ambil kesempatan ini untuk maklumkan secara terbuka kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak yang saya kira telah mengambil keputusan yang kurang tepat dengan melantik seorang yang bukan Ahli Parlimen, yang tiada latar belakang Pentadbiran dan hanya seorang Ketua Bahagian yang berlatar belakangkan dunia korporat untuk menerajui sebuah Kementerian yang penting seperti Kementerian WP; sehinggakan beliau tidak mampu memposisikan diri beliau sebagai seorang Menteri kepada semua warga WP dan bukan hanya seorang Ketua Bahagian UMNO.”

Dr LoLo kata RNC sangat tidak menghormati Ahli Parlimen.

Tapi bukankah ini namanya tak menghormati Perdana Menteri yang berhak pilih siapa yang dia rasa layak.

Dan bukankah ini juga tak menghormati Raja Nong Chik – konon beliau “tiada latar belakang Pentadbiran dan hanya seorang Ketua Bahagian yang berlatar belakangkan dunia korporat”.

Habis apa kelayakan pentadbiran Dr Lo Lo jadi Ahli Parlimen. Kenapa Dr Lo Lo hipokrit tak tegur kawan-kawan dia yang langsung tak layak nak jadi Ahli Parlimen – Loh Gwo Burne setakat ambil gambar Lingam tak reti berbahasa kebangsaan pun Ahli Parlimen – kenapa tak tegur. Liz Wong yang sibuk ber’NGO’ dan bergelumang maksiat, main skandal dengan laki orang ... layak jadi wakil rakyat? Kenapa tak tegur, kenapa tak kondem. Kenapa defend pulak?!

Raja Nong Chik seratus kali lebih berpengalaman mentadbir dari mereka-mereka ini, kenapa tak komen.

Akhir sekali, Malaysiakini melaporkan Dr LoLo berkata "Dalam sidang media pagi ini, Dr Lo' Lo' menjelaskan bahawa Raja Nong Chik telah memohon maaf kepadanya secara peribadi semalam. "

Jelas Raja Nong Chik sedar dia terkasar, dan sebagai seorang Islam, meminta maaf. Tapi kenapa Dr Lo Lo tak kata pun hal ini dalam blognya. Kenapa Dr Lo Lo? Sebab benda ni kalau masukkan kurang sikit umpph nak bantai Raja Nong Chik?

Janganlah begitu YB. Jangan jadi hipokrit lah. Awak nampaknya berjuang ikut nafsu saja. Malu lah sikit.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...