Raja Nong Chik menaikkan nama Wilayah Persekutuan dan Kementeriannya dengan mengadakan Facebook hour setiap hari Rabu mulai 27/6 yang lepas.
Pada pukul 6 petang hari Rabu 27/6 tersebut, Raja Nong Chik mencatat sejarah menjadi Menteri Kabinet Malaysia pertama mengadakan Facebook Hour, iaitu satu jam dimana beliau duduk depan komputer beliau dan berinteraksi secara langsung dan terus dengan rakyat. Peristiwa ini turut disaksikan dan dirakamkan oleh wartawan suratkhabar The Star, yang melaporkan tentang peristiwa ini di akhbar mereka keluaran Jumaat.
Peristiwa bersejarah ini juga turut mendapat perhatian akhbar Malay Mail yang melaporkannya pada Hari Khamis. Rupa-rupanya salah seorang yang berinteraksi dengan Raja Nong Chik semasa facebook hour tersebut iaitu pengguna bernama Masami Mustaza ialah wartawan dari Malay Mail, yang menulis artikel tersebut.
Ini merupakan satu tindakan yang bijak dari Datuk Raja dan patut dicontohi oleh Menteri-Menteri lain. Dalam pilihanraya umum akan datang, dijangka 4 juta pengundi baru akan mengundi pertama kali dan mereka ini kebanyakannya mempunyai akaun dengan platform sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster dan menghabiskan beratus jam sebulan dalam platform-platform ini. Sudah tentu program reaching out terhadap golongan ini memerlukan kehadiran ahli politik sendiri dalam platform sosial sebegini, dan tindakan raja Nong Chik sangat kena pada tempatnya. APatah lagi memandangkan semua 10 orang MP Wilayah dari PAS, DAP dan PKR mempunyai akaun Facebook masing-masing disamping blog-blog yang aktif.
Semasa artikel ini ditulis, Raja Nong Chik yang mengelar dirinya RNC sudah mempunyai 706 pengikut Facebook, satu jumlah yang tinggi memandangkan beliau baru saja menggunakan Facebook. Lebih penting lagi, page beliau penuh dengan komen dan aduan - sesuatu yang positif kerana ini bermakna jumlah 706 tadi bukan artifisial sebaliknya betul2 rakyatyang berminat berkomunikasi dengan beliau.
Adalah diharapkan bahawa lebih ramai lagi politician terutama mereka yang "can make a difference" iaitu politician berjawatan tinggi menggunakan platform ini untuk berkomunikasi dengan rakyat. Barulah mereka tahu apa yang rakyat fikirkan -- rakyat bukannya sibuk nak tengok korang politik sana polityik sini, tapi mahu korang buat kerja.
Kepada politician BN, mulalah gunakan internet sebaiknya. Kalau tak berapa pandai, pergilah ke Kementerian Wilayah, belajar sendiri dengan Raja Nong Chik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
baguslah kalau macam tu,yg penting kene konsisten.
ReplyDelete