Monday, May 4, 2009

Terima Kasih, Raja Nong Chik

Raja Nong Chik sekali lagi mengejutkan kita dengan berita-berita pembaikan kawasan-kawasan perumahan di wilayah persekutuan. Itukan tugas beliau! Ya, memang betul tapi tanpa perancangan yang rapi dan betul, ia boleh membawa musibah yang besar. Dan RM6 juta bukan jumlah wang yang kita boleh bawa main-main setiap hari. 

Ini petikan berita yang saya ambil dari Berita Harian Online.

--------------------------------------------------------------------------------------

Sentral: RM6 juta tambah baik Kondo Rakyat Desa Pantai

Kerja pulih lif, bersih tangki dan penggera bagi keselesaan penghuni


KUALA LUMPUR 04/05/2009: Kementerian Wilayah Persekutuan memperuntukkan sehingga RM6 juta bagi kerja penambahbaikan kemudahan dan penyelenggaraan di flet Kondo Rakyat Desa Pantai di Pantai Dalam, di sini dalam tempoh antara enam bulan hingga setahun.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata peruntukan terbabit adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan selain untuk keselesaan penghuni di flet berkenaan yang merangkumi antaranya membaik pulih lif, membersihkan tangki air dan menyediakan alat penggera kebakaran. 

 “Kerja-kerja itu akan dilakukan secepat mungkin apabila ia diluluskan dan setakat ini penambahbaikan untuk kawasan perumahan kos rendah dan sederhana Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, sudah diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu lawatan beliau ke sana, baru-baru ini.

“Oleh yang demikian, kerja di kawasan di Vista Angkasa akan dimulakan dulu iaitu dalam masa tiga minggu ini diikuti flet Kondo Rakyat Desa Pantai,” katanya selepas merasmikan majlis penutup sambutan Maulidur Rasul Parlimen Lembah Pantai di flet berkenaan di sini.

Majlis turut diserikan dengan ceramah agama oleh penceramah, Datuk Siti Norbahyah Mahmud.

Raja Nong Chik berkata, buat masa ini kementerian akan lebih memberi fokus kepada proses penambahbaikan di flet rakyat dan perumahan kos rendah dan sederhana di bawah kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ke projek perumahan rakyat (PPR).

“Kita tidak hanya memfokuskan di kawasan Lembah Pantai saja, tetapi turut ke PPR lain walaupun ada sedikit masalah membabitkan kawasan bukan di bawah pengurusan DBKL, namun kita akan berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera untuk keselesaan dan kesejahteraan penduduk,” katanya. 

-------------------------------------------------------------------------------

Raja Nong Chik yang pernah berada di kalangan kita, tahu apa yang perlu diutamakan. Keselesaan tempat tinggal merupakan satu aspek penting yang perlu ditumpukan. Kerana di rumahlah nilai-nilai setiap generasi dipupuk dan itulah generasi yang akan meneraju negara suatu hari nanti. Terima kasih, Raja Nong Chik!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...