Sunday, July 17, 2011

Dr. Lo'Lo' telah kembali Rahmatullah

Salam Perjuangan,

Saya mendapat berita dari kawan kawan Facebook bahawa MP PAS Titiwangsa telah kembali ke Rahmatullah, kira-kira sejam yang lalu. Semoga Allah SWT merahmati beliau, dan takziah saya ucapkan buat keluarga almarhumah Dr. Lo'Lo' bt Mohd Ghazali.



Walaupun kita berada di landasan fahaman politik yang berbeza, namun apabila dia telah kembali kepada Pencipta Yang Maha Esa, sebenarnya negara telah kehilangan seorang tokoh yang banyak berbakti kepada negara.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Dr. Lo'Lo', dan berdoa agar perjuangan beliau dirahmatiNya.

3 comments:

  1. pemerhati dalam diamJuly 18, 2011 at 10:32 AM

    al fatihah....

    walaupun berlainan aliran politik, agamanya dan kiblatnya tetap sama... yang pergi biarlah pergi dengan aman.... dah ditakdirkan pemergiannya... secara positif, kita kehilangan seorang yang selalu mewarnai dunia politik malaysia.... iringilah dengan doa

    -pemerhati-senyap-

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah buat Arwah...

    Harap dapat dilink blog hamba disini..

    Terima Kasih..

    http://klboyzwangsa.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...