Wednesday, July 27, 2011

Nasihat buat Izzah, kaum kerabat Anwar tak ke mana

Aku rasa kesian pulak kat Nurul Izzah, lepas baca blog entri dari Duke of UMNO. Tapi menarik jugak apa yang dibawa oleh Duke of UMNO.


Siapa tidak kenal dengan nama Bill Clinton, seorang bekas Presiden Amerika Syarikat yang pernah masyhur namannya kerana terlibat dengan skandal seks oral dengan pembantu Rumah Putih, Monica Lewinski. Memang parah. Setelah skandalnya diterjah, beliau “jatuh” dari kerusi Presiden sebuah negara besar dan paling maju di dunia. Jatuhnya tak bangun-bangun hingga sekarang.

Meskipun karier beliau cuba disambung oleh isterinya, Hillary Clinton, namun usaha tersebut tidak juga membuahkan hasil. Hillary tewas di tangan Barrack Obama pada pemilihan yang bakal Presiden negara “uncle sam” itu. Meskipun Obama berkulit hitam, namun atas dasar moral yang tercalar akibat skandal seks suami Hillary, Obama “terpaksa” dipilih rakyat Amerika.

Betul tak? Dah tu apa guna Nurul Izzah dok pong pang bagi ceramah la, jumpa orang sana sini. Sebab nak buktikan bapak dia 'bersih'? haha. Ibarat nak tutup bangkai gajah dengan nyiru. Sebab tu lah Nurul Izzah dan papanya beria benar perjuangkan bersih. Mintak-mintak rakyat nampak diorang tu 'bersih'. Taktik lama dohh~

p/s: Apa penyokong nampak kat Nurul Izzah sebenarnya? Apa yang Nurul Izzah buat sebenarnya? Aku tengok Lembah Pantai macam tu jugak. Nurul Izzah banyak ketengahkan isu antarabangsa dan isu satu negara. Oh, nanti kalau selesai masalah dunia dan negara, maka terbela lah nasib orang Lembah Pantai eh? Taktik baru ni..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...