Monday, July 18, 2011

Naluri pembangkang tolak kemajuan

Aku tertarik dengan entri blog Pisau.Net, yang ketengahkan isu puak pembangkang menolak penggunaan sistem biometrik dalam pilihanraya umum yang akan datang.



Antara ayat yang menarik perhatian adalah,

Sedangkan yang mengaut jutaan ringgit projek projek kerajaan ada juga datangnya dari haprak pakatan sendiri contohnya Hospital Temerloh apabila calon khawarij PAS turut mendapat laba daripada pembinaan Hospital tersebut tidak lama dahulu.

lagi,

Nak jadi pembangkang pun kena pandai jugak,jika pelaksanaan dasar kerajaan menguntungkan rakyat apa salahnya sokong.Nak bangkang biarlah bertempat jangan bangkan semborono tak tentu hala.
 
Bagi aku, memang perlu ada pihak pembangkang politik dalam sesebuah negara. Semua negara ada. Tapi macam mana pihak pembangkang bersama-sama memajukan politik di negara tersebut yang berbeza-beza. Jangan sekadar kerana parti pemerintah hendak laksanakan sesuatu, semua ditentangnya.

Contohnya isu Menara Warisan, menara 100 tingkat yang diumumkan oleh PM kita tahun lepas. Ada seorang sahabat saya yang pada pilihanraya nanti akan memangkah PAS tapi secara peribadi sangat menyokong menara warisan tersebut. Apabila ditanya kenapa, dia jawab sama jugalah macam menara KLCC. Banyak peluang pekerjaan, negara dapat pendapatan dan rakyat pun makin hidup senang. Ada ramai yang kata baik beri duit tu kepada orang miskin. Nanti masa depan macam mana nak jana pendapatan lebih untuk beri subsidi pada orang miskin tu?

Fikir-fikirkanlah, bukan main bantah semborono.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...