Seperti mana yang saya tulis dalam entri pasal Ambiga Sreenevasan sebelum ni, saya bukan tak sokong BERSIH 2.0 sebab Ambiga tu bukan orang Islam. UMNO pun bersekutu dengan MCA dan MIC. Depa tu pun bukan orang Islam. Jadi, tak ada sebab nak tolak perjuangan bersama-sama orang bukan Islam.
Dalam TheMalaysianInsider, ada tulis pasal Hadi cakap sapa-sapa yang bantah PAS sokong Ambiga, maknanya buta sejarah Islam. Jadi, secara tidak langsung, Hadi & PAS menyokong perjuangan Ambiga yang memperjuangkan Lina Joy murtad dan IFC yang menyatakan bahawa setiap bayi yang lahir tidak semestinya Islam walaupun ibu bapa nya Islam.
Jadi Hadi & PAS setuju kata budak-budak sekolah sekarang ni boleh dikatakan tidak beragama, dan boleh memilih agama masing-masing bila berumur 18 tahun? Saya mintak Hadi & PAS fikir balik stand perjuangan parti.
Saya mengaku saya bercakap dengan pengetahuan Islam yang teramat cetek. Tapi dengan ilmu yang sedikit ni pun saya tahu dengan menerima Ambiga, bermakna menerima perjuangan IFCnya. Dan bermakna masa depan Islam di Malaysia ni berada di bawah tapak kasut Ambiga. Adakah Hadi & PAS nak tengok masa depan sebegitu?
Nampak gayanya PAS kena tukar nama ni.
Orang Luar Pelopori Bank Digital Islam Pertama
10 months ago
0 comments:
Post a Comment